Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah menggerakkan hati ini untuk mendaftar ke Himpunan Helwa Kebangsaan 2013 dan mempermudah urusan ke sana.
Pertama kali melihat posternya dan membaca tentatif program, hati aku sudah melonjak-lonjak untuk ke sana Ini bukan perhimpunan biasa! Perhimpunan yang menghimpunkan sebahagian wanita-wanita hebat yang telah banyak membawa perubahan ke arah ketamadunan umat dengan program-program berunsur dakwah dan kebajikan.. lalu hati terus tekad dan memasang cita-cita untuk ke sana dengan harapan ada mutiara yang aku dapat bawa pulang untuk dinikmati dan dimanfaatkan :)
Hari Jumaat, sehari sebelum program berlangsung dengan berat hati aku pulang ke UIA terchenta. Tak sangka jumpa 2 orang sister yang sama nak ke uia dalam satu bas. Sempat berkenalan sewaktu bas berhenti rehat. Yang namanya Afiqah tu aku perasan naik dari terminal kota tinggi. Tengok dari 'gaya'nya aku dah agak ni mesti nak balik uia. Sorang lagi namanya Syaza naik dari Rompin. Budak uia ni memang senang nak dikenalpasti walaupun tak kenal sebab gayanya yang tersendiri. lagi-lagi sister. Mungkin kata orang luar (aku dulu pun pernah kata), gaya kampung! Tapi bagi aku sekarang pakailah apa sahaja yang penting menutup aurat serta cantik dan kemas mengikut sunnah nabi. Yang penting kata Allah, pakai pakaian taqwa. Bila kita pakai, kita rasa makin dekat dengan Allah dan tambah takut kepada-Nya.
Jujurnya, aku amat segan untuk berjumpa kakak-kakak dari faciteam yang merangkap orang kuat pkpiam ni. Mana taknya, aku jarang sekali join program2 bersama mereka. Tapi, perjumpaan bersama mereka pada awal dulu telah mengikatkan hati ni untuk tidak tarik diri kerana aku nampak matlamat mereka yang jelas untuk membantu masyarakat kembali kepada cara hidup fitrah dan ukhwah yang dibina tanpa mengenal jurang latar belakang. Barangkali ilmu dan pengalaman bersama mereka boleh aku guna pakai untuk aku memula langkah dengan 'circle of influence' aku sendiri dulu.
Petang tu, aku sempat dinner di bilik kak ira bersama kak ana dan kak sakinah. Sambal jawa yang dibawa dari rumah mendapat sambutan mereka yang baru pertama kali merasa masakan Johor ni.hehe..kak ana rancak bercerita pengalamannya bersama beberapa ahli faciteam membuat program di Ranau, Sabah. Sungguh, mereka ini tiada topik lain yang disembangkan melainkan berkisar dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan dakwah. *respect*..namun mereka bersembang tanpa meninggalkan aku dibelakang *ukhwah*
Bergerak dari Rumah Puteri Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Husna, Bukit Sekilau lebih kurang jam 12.30 malam dengan sebuah bas mewakili kontijen dari kuantan. Daripada UIA Kuantan sendiri ada lebih kurang 8 orang termasuk aku, kak ira, kak ana, kak ina, kak sakinah, kak eifa, lisa dan basyirah. Kemudian menyusul su, mira, ecah dan lain-lain yang bergerak dari rumah sendiri.
Kami tiba seawal 5.30 pagi, singgah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk solat subuh dan bersiap. First time pergi masjid ni. Masjid terbesar dan terbesar di Southeast Asia, punya dome terbesar di dunia dan menara tertinggi di dunia. Sangat cantik. Sangat ramai jemaah walaupun solat Subuh kerana banyak program-program yang telah diaturkan oleh ajk masjid seawal subuh. Waktu kami datang, selepas subuh jemaah akan membaca al-quran bersama-sama imam kemudian terus ke dewan kuliah kerana ada talk dari penceramah luar. Di luar masjid, kereta keluar masuk dengan ibu bapa menghantar anak-anak mereka. Mungkin ada aktiviti untuk mereka sebab aku lihat ada gelanggang futsal, takraw dan trek jogging di sana.sangat hidup!
sambung..insya-Allah