Wednesday, September 28, 2011

apa khabar?


ohh tidak! dah lama giler tak tulis kat sini.

bismillah..

assalamualaikum n good evening everyone!


huh.. tak sangka masa cepat betul berlalu. dah masuk minggu ke-3 lectures. lectures yang berjalan laju macam kilat. tak cukup nafas je rasa. Alhamdulillah dipanjangkan umur juga oleh Allah untuk merasa kehidupan yang singkat ini. moga bermanfaat.

Cakap pasal umur, i'm now officially 21! saat melangkah umur 21 tu ingat lagi masih di Melaka. beraya di kampung. baru 4 syawal rasanya masa tu. dan lain daripada tahun2 yg lepas, mama bagi hadiah yg menakutkan dekat aku. katanya tahun ni mama kasi ' kunci kebebasan'. yup KUNCI KEBEBASAN yg selama ni aku nak. haha.. lawak bila teringat. tapi sekarang ni jadi cuak bila melihatkan segala keputusan, tindak tanduk dan segala benda yg aku buat akan jatuh di atas bahu sendiri.(ceh, padahal sejak aku baligh dulu dah memang dosa2 yg aku buat kena tanggung sendiri). semoga usia kita ini diberkati...ha.. hari tu juga seorang wira negara terkorban di somalia ketika membuat liputan di negara miskin tersebut. al-fatihah buat allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.. semoga penghujung hayat kita juga sama2 berada di jalan Allah..

hmm..

Semalam aku belajar something dari seorang kawan.. belajar untuk menerima segala teguran orang sekeliling. kadang2 kita tak sedar yang kita ni dah melakukan kesilapan.maka pentingnya orang sekeliling untuk mengingatkan kita. dan siapa sangka dengan teguran itulah kita boleh baiki kelemahan2 yg ada dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Itulah KUASA TEGURAN. kuasa yang dah lama diberi mandat oleh Allah dan diajar turun-temurun sejak zaman Rasulullah lagi untuk kita laksanakan. (atau mungkin anda lebih familiar dengan words amar maruf nahi munkar). Bukan mudah nak buat. perlu mengumpul segala daya kekuatan kut. tapi nak tak nak kena cuba dulu kan? thanks teman kerana menegur! :)


apalagi ye..

Seperti yang dijangka tahun ke-2 ni agak padat juga. tapi Alhamdulillah sem ni  semua lecturers best2. what a bless. dr samsun dengan math method, dr pah dengan advanced calculus, dr nik intro to statistic, madam yati, and bro sharaff utk EAW (stands for English for Academic Writing) dan tak lupa kepada 2 lecturers edu yg fantastic lagi energetic, dr mohyani dan dr joharry.. Sem ni dah start ambil subjek minor.. insyaAllah aku yakin minor of education ni adalah pilihan yg terbaik buat aku. Apa yg terjadi lepas ni kita serah kepada Dia yang Maha Mengatur..

ohh.. memang byk betul benda berlaku sejak tiga minggu ni.  khamis ada quiz. presentaion lagi. topik2 yang bertali-arus berlalu tanpa sempat dijengah dan difahamkan semula. hmm.. harapan cuma satu. sem ni moga berlalu dengan tenang dan jayanya. tak nak procastinate things banyak sgt. ..semoga mood gemilang satu masa dulu dapat dibangkitkan semula. Amin..


quiz pertama petang td :DDD



thank you Allah for this wonderful life!



p.s: entry ni ditulis malam semalam tp tak sempat post sebab internet yg mcm siput. sekian.




Wednesday, September 7, 2011

under construction

Bismillahirrahmanirrahim..




blog yg dlm construction. ohh sungguh tunggang langgang.

ramadan dah habis. raye pun sudah. sabtu ni insyaAllah kalau tak de aral melintang balik uia. minggu depan dah start kelas ooo. insyaAllah tahun ke-2 sbg pelajar mathematical science ; D

ada pasang apa2 azam baru? kalau sudi bolehlah kongsi2. :)




Sunday, September 4, 2011

berubah

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum semua dan selamat malam!

Dikesempatan ini saya nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengenali diri ini dan sesiapa yg melawat blog ini. minta maaf kalau sepanjang perkenalan kita ada saya terkasar bahasa, tersalah bicara, terguris hati dan apa-apa jelah kesalahan yg saya lakukan sama ada dlm keadaan  minda sedar, separa sedar atau tidak sedar sekalipun. minta maaf banyak2. seriusly.

Insyaallah dalam pada kita meminta maaf, kita lapangkan dada kita memafkan segala kesalahan org lain terhadap kita. moga-moga Allah memudahkan org lain memafkan kita juga :)

Apa yg gembiranya hari raya ni?
hari raya paling best sbb dpt berkumpul dgn sepupu sepapat dan kaum kerabat yg lain. dpt duit raye. dpt mkn macam2. dpt bergambar ramai2. dpt ruang untuk bermaaf-maafan dgn ahli keluarga dan pelbagai lagi nikmat yang tak terhitung banyakknye drp Allah swt.

Tapi ada yg lagi best dari segala nikmat  kt atas ni iaitu mendapat level taqwa yg Allah janjikan bagi org yg betul2 bersungguh-sungguh beramal dlm bulan Ramadan. Insyaallah.. kata ustaz2 dlm tv tu taqwa tu dpt kita rasa bila kita jadi manusia yg lebih baik berbanding sebelum ni. kita cuba melakukan dan mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. semoga kita dpt istiqomah sepanjang menempuh hari2 yg mendatang ini.

dan sekali lagi saya nak minta maaf ats segala kesalahan saya kepada anda semua.

peace!