Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. puasa pertama berjaya disempurnakan! (cehh..bunyi macam baru mula nak belajar puasa je..) Segala puji bagi-Nya yang memberikan kekuatan untuk aku berpuasa dan memberi nikmat untuk aku berbuka puasa..
Puasa pertama hari ni di rumah Tok Mah dengan kehadiran pak cik, mak cik dan sepupuku seperti biasa dikala cuti ni. family mak tam, mak teh, pak ling, mak ling dan pak mi ... Ya Allah aku harapkan ukhwah ini terjalin atas keredhaan-Mu dan hindarilah rasa hasad dengki, iri hati, buruk sangka dan sifat-sifat mazmumah yang lain dalam hati kami...
Awal pagi puasa tadi aku dah teruji dengan rasa haus..isy isy.. cepat betul!Kebiasaannya pagi-pagi sebelum masuk tengah hari aku biasa habiskan air sebotol ( 1 liter). Tapi bulan puasa ni biasalah mana ada input air selepas sahur tetapi outputnya tetap diproses oleh urinary bladder aku.hehe..
Inilah puasa yang diwajibkan bagi kita umat Islam. Bukan setakat melatih kita untuk tidak makan dan minum di siang hari tetapi juga mengajar kita untuk mengawal diri dan untuk berkata tidak kepada kemahuan kita.
Tidak makan walaupun ada makanan, itu satu pelajaran.
Tidak minum walaupun ada air, itu satu latihan.
Ketika kita ada segalanya tetapi kita memilih untuk berkata TIDAK kerana mentaati Allah, itulah latihan untuk mengawal nafsu kita yang sering menjadi musuh yang membinasakan diri kita selama ni.
Hari ini aku mengecewakan diri aku sendiri kerana tidak berjaya melakukan beberapa perkara yang aku azam untuk lakukan hari ini tapi insya-Allah 29 hari lagi ada jika umur masih panjang. Amin..Ayuh tanamkan harapan dan berusaha! Inilah yang dikatakan cabaran terbesar kita di bulan yang penuh barakah ini. Walaupun syaitan dah dihambat tapi nafsu yang dah bersarang dalam diri itulah musuh terbesar yang perlu dididik. Insya-Allah..
" Wahai Orang-orang yang beriman, puasa telah difardukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa." (Al- Baqarah 2: 183)
kredit to:
-
brotherhoodarts (for the cute poster)
-buku: Tranformasi Ramadan, Hasrizal Abdul Jamil
Best regards,