1. alhamdulillah selesai mid sem exam! hoorey!
siapa sangka, exam duduk sebelah sebelah? hahah.. gara gara buat hari ahad. bro yang pegang kunci exam hall tu cuti. pintu tak boleh bukak. terpaksalah buat dalam kelas je.
2. lagi seminggu final exam pulak :(
pelik betul short sem. memang short betul. mid sem exam pun baru habis dah nak prepare untuk final pulak!
3. hari tu ada sister tanya : "batch korg ada adik- beradik ke?" :-/
tak faham
4. then, semalam ada lagi sister tanya: "batch korg dah ada yg kawen ke?" :-s
ok. baru faham. concern betul sister sister ni. anda batch cts 101 mungkin lagi faham. bukanlah saya untuk kecoh pasal benda ni. tapi benda dah depan mata. orang pun dah mula cakap cakap (sebenarnya dari awal sem 1 lagi). saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat atau melarang kerana saya tahu kamu kamu semua lebih faham dan arif perihal hal hal berkaitan agama ni dari saya. tapi kita sebagai satu family. mungkin ada yang terlupa. tugas kita untuk saling mengingati. mungkin dah ada yang menegur. mungkin. atau semua macam saya? (ambil langkah iman yang paling rendah- mencegah dalam hati?).
nasib baik ada blog. sambil tulis ni saya nak mengingatkan diri saya juga. mungkin lepas ni kalau saya pula ada buat salah ke, kamu kamu semua boleh menegur saya. saya amat menerima dengan hati yang terbuka. (insyaAllah).
harapan saya tidaklah besar, cuma berharap kita dapat lebih berjaga dan saling jaga menjaga. bersesuaian dengan slogan 72 mathematicians; 52 gorgeous young women guarded by 20 awesome matured men . lelaki yang mature lagi gentleman bagi saya cukup dengan melindungi kami kaum hawa dari fitnah dan bahaya. ok fine. saya salahkan lelaki. haha.. wanita tu kan ada 9 nafsu 1 akal. lelaki lah yang perlu guide kalau perempuan tu tak dapat nak guna 1 akal dia. dan sebab bak kata dr razak, laki takkan kawin dua kalau dia sendiri yang tak nak. nabi Yusuf takkan terpujuk dengan Zulaika kalau dia sendiri tak dapat kawal nafsu dia. betul tak? so, tanggungjawab lelaki memang besarlah untuk protect wanita kan. dan amat baiklah di kalangan kita apabila diuji dengan ujian sebegini, kita dapat mengawal nafsu kita dan meneruskan kehidupan dunia di jalan yang lebih diredhaiNya.
saya tak pandai nak tapis tapis ayat. memang jenis direct dan terus terang. jadi maaf banyak-banyak kalau terasa.
5) 2 hari lepas present pasal topic islamic insurance. entah kenapa menggeletar habis.
ini masalah yang saya kenal pasti sejak mula masuk sini. entah kenapa darah gemuruh menjadi-jadi. kat cfs dulu biasa je. peristiwa yang paling obvious mendebarkan hati saya ialah masa kelas tajwid dengan ustaz kamaruzzaman masa first sem dulu. dasyatnya sampai ustaz suruh saya tenang dan minum air dulu sebelum start baca alquran.huhu.. then ada lagi satu time ketua batch lama (yang suka main point point nama orang) suruh saya bagi tazkirah/ speech apa apa kat depan kelas on the spot. masa tu memang melalut la cakap kat depan. dan memang rasa macam nak belasah je orang yang pointkan nama tu. macam mana nak kurangkan penyakit ni?
6. 2 hari yang lepas juga dalam kelas yang sama leanna buatkan fb :|
saya terima untuk buat fb ni pun sebab nak contact kawan kawan lama (especially budak budak pufo). tiba tiba rasa macam lost contact betul sebab tak de fb. semua orang macam memang dah betul2 depend on fb ni sampai nak contact guna phone/ym pun macam susah.. tapi yang geramnya, tak sampai 24 hrs berita saya dah buat fb meluas tersebar dalam kalangan budak budak kelas. ingat guna nama lain boleh main nyorok nyorok. isy.
7. saya rasa macam ada orang cuba lari dari saya :((
minta maaf banyak banyak kalau ada buat salah.ohh.. mungkin kita dah lama tak hangup sama sama. borak sama sama. saya faham. kita perempuan ni memang hati halus. cepat terasa. tapi saya harap kamu tak ingat yang saya dah lupakan kamu. harap kamu faham. saya tak bemaksud nak menyinggungkan hati siapa siapa. cukup lah selama ni dah banyak hati yang tersinggung dengan sikap annoying saya. maaf!
setakat ini saja. peace!
Best regards,