Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!
Saban hari semalam dengan nota-nota bahasa melayu, otak ni ligat berfikir benda lain. respon kepada apa yang dilihat daripada keadaan sekeliling.
all this while, i've just realized that our actions indeed give a very huge impact to us today and to our future. they too affect the people around us.
saya tak tahu nak cakap macam mana. tapi, hmm..macam mana nak mula eh.
tanggungjawab kita dekat dunia ni amat besar. amat amat besar sampai kadang2 saya rasa nak nangis bila tengok diri sendiri lepas pandang tugas2 tu begitu saja. even tak de pegang jawatan tinggi-tinggi pun, tanggungjawab jadi kakak, jadi anak, jadi student, kawan kepada kawan, roommate kepada ahli bilik 2.8, salah seorang dari masyarakat setempat ni pun dah cukup dah. kalau ada list of duties yang saya perlu buat tak tahulah saya dah fulfill semua ke belum. mesti ada banyak petak2 kosong yang belum tick lagi.
kadang2 kita tak sedar bila kita ada peranan dalam masyarakat sekeliling, segala apa yang kita buat akan diperhatikan oleh orang. lagilah besar tanggungjawab tu bila diamanahkan dengan tugas sebagai ketua negara, ketua keluarga, ketua kampung, segala jenis ketua termasuklah jadi orang paling tua dalam kelompok sesuatu masyarakat. he..segala perkara, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. cara kita berpakaian, pembawakan diri, pergaulan semua akan dilihat. barangkali dijadikan contoh dan diikuti. macam artis.
pernah dulu, saya marah adik saya sebab dia suka sangat dengar lagu rock metal yang entah apa2 dan memeningkan kepala bagi saya. apa dia jawab, kakak tu asik dengar lagu mariah carey boleh pulak. haha sama je tak de beza.dusshhh.. amek kau. kena sebijik! dan teguran budak kecik ni kadang2 terkesan juga.
teringat masa zaman asrama dulu, setiap petang before maghrib tu mesti ada naqibah yang on duty pergi bilik ke bilik minta turun musolla baca mathurat dengan solat jemaaah maghrib. tapi masa tu memang agak keras kepala sikit. lagi2 bila tengok ada je naqibah yang tak turun, borak2 makan2. apa lagi, tunjuklah rebellious sikit. dorang boleh takkan kita orang tak boleh. apalagi, selamba melepak dalam bilik. turun lambat2. atau terlalu lambat sampai kena sodom (solat dalam dorm). buruk betul perangai.
bila dah besar sikit ni saya terfikir kenapa kita suka ikut orang kalau mereka buat perkara yang tak elok? i mean, perkara yang tak elok tu lebih kepada perkara yang Allah larang atau perkara yang sia-sia.dan kenapa kita yang dah besar ni tak boleh jadi qudwah hasanah pada orang sekeliling kita. yes, we are all human and human do mistake. i do mistake. you too. boleh ke kita salahkan kelemahan2 kita ni untuk terus bergelumang dengan segala perkara2 buruk ni. Allah gives us aqal for us to think and make changes.
kadang2 kita tak perasan yang selama ni kita campur adukkan diri kita dengan perkara baik dan tidak. kita rasa dah ok cukup solat 5 waktu, puasa, sedekah segala bagai tapi dalam masa yang sama kita buat juga tabiat2 buruk yang lain. kalau rasa nak berubah tu sebenarnya betul ke kita dah letakkan kedua-dua tapak kaki kita dekat jalan yang kita pilih tu? ke satu tapak lagi teragak-agak nak ikut jalan tu ke tak. kalaulah diibaratkan seperti syurga dan neraka, boleh ke kita duduk tengah2, separuh badan kat syurga separuh lagi nak rasa2 api neraka tu?
entahlah. kenapa kita begitu mudah terpedaya dengan nafsu kita? susah nak jawab. saya pun tengah cuba bertarung. sebab saya pun selalu kalah dengannya.begitu bermaharajalela nafsu ni.
dan kadang2 kita begitu letak pengaharapan yang tinggi pada seseorang hingga bila orang tu hancurkan segala harapan kita, segala kepercayaan kita, kita jadi begitu kecewa. kita lupa yang manusia ni kadang-kadang lupa. kadang-kadang tersasar juga. kita lupa yang Allah tu ada untuk kita bergantung harap. lupa pada Rasulullah SAW yang boleh dijadikan contoh terbaik.
there was one time kak alya had quoted one hadis,
Ada 3 perkara, barangsiapa yang memiliki 3 perkara tersebut maka dia akan merasakan
manisnya iman:
1. Cinta pada Allah dan Rasul lebih dikasihi olehnya daripada selain kedua-duanya
2. Tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api neraka
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)
and Rasulullah SAW once said,
if you feel no shame, do whatever you wish. and i really hope one day, we all can feel the sweetness of iman by having a little shame of doing some bad things.bit by bit. one day insyaAllah..
p/s:this is only my mere observation and opinion. a kind of self reflection that perhaps will be nicer if it could be shared with you guys. i know i'm not good enough to talk about religion related topic .. but yet it's our duty to try our best to learn, practice and share the knowledge that we'd learned. tugas amar maaruf nahi munkar tu takkan terlaksana kalau semua orang nak tunggu diri jadi perfect.
Best regards,