Friday, October 1, 2010

Separuh Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim..




Mid Sem Exam Tilawah (22/9/10)
Gathering Raya CTS (25/9/10)
Mid Sem Exam Calculus (29/9/10)
Assignment UNGS (30/9/10)
Open House Rumah Jesni (2/10/10)
Hafazan Study Circle (10/10/10)
Interview Manager Project (15/10/10)
Final Exam (3-14/11/10)

Alhamdulillah.. selesai juga beberapa perkara yang membebankan selepas cuti raya. Mid Sem Exam semua dah selesai, assignment UNGS yang menuntut tidur 4 pagi gara-gara last minute kerja telah submit (kerja luar alam!)..Ohh.. yang tinggal hanya yang ringan-ringan saja sebelum menempuh final exam bulan 11 nanti.
Terasa sungguh indah pagi Jumaat ini =)

Kehidupan di UIA sebagai pelajar jurusan sains matematik tidaklah setenang dan se'rilex' yang disangka. Kalau rasa baru nak siapkan soalan 1 Tutorial 6 Number Theory, ada Tutorial 7 & Tutorial 8 sedang menanti dalam fail untuk di kerjakan. Jadual yang agak pack memang satu kejutan buat kami (saya je kut yg rasa) yang dah biasa contact hour bawah 15 jam dekat cfs dulu.

Cabaran dan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang mahasiswi lebih terasa bilamana persiapan awal diperlukan dalam segala macam hal (lupakan seketika assignment ungs). Kalau di cfs dulu kelas jam 8 pagi, pukul 7.45 pagi masih boleh terhegeh-hegeh bersiap di mahalah kerana jarak yang hanya 3,4 minit dari kelas ke mahalah. Kalau sekarang kena ikut shift 'abang' bas RJ Liner. Pagi, setiap 15 minit dia akan pusing sekitar campus, petang pula setiap 30 minit.

Persiapan awal juga perlu bagi menghadapi exam-exam yang mendatang. Saya masih cuba mengadaptasi dan mengexperiment cara belajar yang sesuai dengan diri dan subjek yang diambil. Caranya tak boleh sama macam SPM dulu yang lebih kepada exam-oriented. Saya mula faham, pentingnya memahami setiap subjek itu dari pelbagai aspek dan diaplikasikan dalam kehidupan. Bukan lagi belajar untuk hafal dan exam semata. Then, dapat A dan lupakan semua yang dah lepas exam. Mungkin saja boleh dirombak atau dikekalkan strategi belajar yang sedang 'diexperiment' bila melihat keputusan exam baru-baru ni. Apa-apapun, saya dapat mengenalpasti serba-sedikit corak soalan exam lecture-lecturer saya. Contohnya,

Prof. Nasir (Analytic Geometry): kena buat latihan dia dalam kelas, soalan exam hari tu mostly apa yang dah buat masa beberapa hari kelas sebelum exam.

Dr. Pah (No. Theory): siapkan semua Tutorial! Then, tengok semua theorem dan proof yang bincang dalam kelas.

Jesni (Calculus): Fahamkan Concept!

UNGS (Dr Razak): Read the notes again and again .

Dalam masa yang sama, persiapan awal juga sebenarnya penting dalam semua perkara. Kalau kata nak dating, ada laki sanggup pinjam duit kawan nak belanja aweks nya sehari suntuk.Kalau kata nak balik rumah, kena beli tiket awal takut tiket habis. Belum lagi persiapan untuk kahwin, untuk dapat Wedding of The Century. Nak dapat anak yang bijak bestari. Persiapan nak jadi  isteri, menantu, wanita yang solehah. Persiapan nak memacu keluarga, bangsa dan negara ke arah kehidupan yang bersyariat (besarnya harapan) Persiapan nak hadapi mati. Kalau tak bersiap-siap, bersediakah kita nak hadapi event-event besar dalam kehidupan kita kat dunia dan akhirat kelak?Wallahua'lam.


Tak sangka dah 20.



Best regards,

2 comments:

Sumaiyah said...

pergh
taksangka komen aku hebat :P
tapi aku taktulis ape lagi

all da best wei.
tengok gambo kat atas tuh, takboleh bayang aku korang duduk dalam hutan. kehkeh

selamat hari lahir. umur kita meningkat setiap saat. miss our moments! :D

take care ;)

nay. said...

ko kan memang hebat.
huhuhu..

best ape live in nature
duk dlm hutan, adventure! ;)

btw, birthday aku sebulan yg lepas la..