Tuesday, June 22, 2010

Cagu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum rakan-rakan semua!

Lama juga saya sudah tidak mengupdate blog. Sejujurnya, sudah 4 hari berturut-turut saya berada di rumah. Selalu sahaja online tetapi tiada idea untuk menulis.

Ingin saya berkongsi dengan anda mengenai cagu atau cengkam kuku. Inilah yang sedang saya alami sekarang.

Cagu ni adalah satu penyakit berlaku di ibu jari kaki. Pada awalnya, ia memang amat-amat sakit. Ibu jari kaki saya membengkak dan berdenyut-denyut (rasa macam tak boleh jejak kaki kat tanah. sakit sangat). Beberapa hari lepas tu, ia mengeluarkan nanah yang amat-amat busuk. Pada mulanya saya ingat ada bangkai tikus mati dalam rumah saya. Rupanya tidak sama sekali.

Kata orang tua2 cagu ni mungkin disebabkan:
1. Salah potong kuku. Baru saya tahu kuku hendaklah dipotong lurus seperti pahat, bukannya bentuk bulat/ U (tapi tak cantik la)
2. kasut sempit
3. kena hempap something yang berat hingga kuku tu memakan/mencengkam isi jari kaki hingga bernanah
4. penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik

Untuk saya, mungkin disebabkan no 1 atau 4.  No 4 sebab saya rasa semenjak 3 minggu bekerja ni, saya sering membiarkan kaki saya lembab di dalam kasut terutama lepas berwudhuk. Kedudukan surau dan tempat berwudhuk yang kurang strategik (terbuka) menyebabkan saya lebih selesa berwudhuk di tandas yang bersih berdekatan tempat saya bekerja. Lantas menyarung saja kaki yang agak lembap di dalam kasut. Mungkin tanpa pengetahuan saya, kuman-kuman sedang sibuk membiak di ibu jari kaki saya sebagaimana saya sibuk merework pvc sheet tu.

Saya hanya merawatnya menggunakan dettol secara berkala dan makan ubat-ubatan yang doktor berikan (antibiotik, ubat tahan sakit & prolase). Pertama kali saya dapat habiskan kesemua biji ubat tahan sakit! Tidak dilupakan, rawatan tradisional menggunakan inai-tumbuk-sendiri. Ia boleh megecutkan jari anda.

Langkah-langkah awal merawat cagu

Ohh.. esok saya start semula kerja. Saya hanya berharap yang baik-baik saja berlaku. Semoga kesakitan ni menghapuskan dosa-dosa saya yang banyak telah saya buat selama saya hidup ini amin..


itik pun tau salah kalau merungut.manusia..manusia..


p/s: nampak sopan pula menggunakan 'saya' instead of 'aku'. hehe.. saya nak jadi baik macam kawan-kawan saya. Bersopan-santun adalah salah satu ciri-ciri yang patut dicontohi. Mari praktikkan personaliti insan soleh wa solehah!

Best regards,

4 comments:

nay. said...

alhamdulillah, cara bersihkan jari yg terkena cagu itu dgn kapas dan dettol mmg worth it!

Kuku di ibu jari tu dicabut sendiri oleh saya dan sekarang ia tumbuh cantik seperti sedia-kala.

setiap apa yg terjadi mmg ada hikmahnya..

Pena Biru 🖊️ said...

Hai sis Atiqah! Saya pun ada problem yang sama juga 😣 Rasanya sebab kasut ketat dan kurang penjagaan kaki huhu. Kasut ketat sebab saya tengah saving untuk puasa dan raya nanti 😂 jadi tak sempat beli kasut baru hahaha. Lepas letak dettol tu, nak balut ke kaki? Okey, doakan saya cepat sembuh ya 😊

Pena Biru 🖊️ said...

I mean balut kuku yang terkena cagu tu. Hahaha

Pena Biru 🖊️ said...

I mean balut kuku yang terkena cagu tu. Hahaha