Bismillahirrahmanirrahim..
Malam ini aku ingin berkongsi cerita sedikit tentang pengalaman 3 hari (3-5 Mei) berada di Pusat Latihan NUBE, Port Dickson. Seramai lebih 23 org pelajar perempuan dan 40 org lelaki terpilih untuk disenarai pendekkan bagi mendapat biasiswa Yayasan TM. saingan amat sengit kerana mereka2 ni antara pelajar hebat yg SPM straight A, pointer 4 flat.huisshh..tercabar aku dengar.
1. First day, pagi tu mcm biasa daftar, taklimat ttg apa yg bakal kita lalui spnjg 3 hari, ttg biasiswa. Heaven juga la sape yg dpt. Every month dpt 700, xtermasuk allowance buku & allowance2 lain every sem. Laptop dpt 1 + broadband. Hehe..
2. Dalam bengkel ni, kita kena tempoh 5 station interview tp semua dalam group. Ada station isu semasa, politik, social, moral & sahsiah & last but not least, English station (topic apa2 aja, tp in English, of course). 5 elemen penting ni memang sudah disusun khas supaya kita bersedia utk ke mana2 interview lain di luar sana sama ada untuk dapatkan tempat di university atau alam pekerjaan.
3. Kami dipecahkan kepada beberapa group. Kuning, merah, purple, hijau, biru. Dan aku amat bertuah dpt group yg diberi nama ‘Royal Yellow’.hehe..Semuanya 13 org. 6 perempuan & 7 laki. Ketua kami Azfar (mmg paling tua dlm group.baru lepas diploma), aku perempuan paling tua (yg lain semua lahir tahun 91 & mostly baru lepas matrik). Aiza, amalina, ili, Maggie,shien lin, subhi, ali, rizal, syamil, afiq, azwan (maaf kalau salah eja). Mereka ni teammate yg best, bekerjasama & bantu-membantu antara satu sama lain.
4. Checkpoint pertama kami di English station bersama En. Azman. The issue is ‘Should sex education be tought as early as primary school?’. Kami dipecahkan kepada 2 group & saya di pihak penyokong (bersama2 maggie,aiza,azfar, syamil & afiq). Byk yg didebatkan terutama tentang syllabus yg bakal diajar, penerimaan umur,masalah moral & agama yg perlu di ‘syncronized’ . debate dalam 1 jam setengah mmg mencabar dan dinilai melalui 4 aspects:
1. Fluency & competence
2. Content
3. Confidence
4. Ability to argue
5. The next day,4 station terus. 2nd station ( isu semasa) dgn En. Nik. Kami berdebat tentang isu yg hangat sekarang, isu Aminulrasyid ditembak ( isu ini dicadangkan oleh Rizal). Banyak yg diulas seperti peranan pihak polis, ibubapa, media massa, campur tangan pihak lain, masalah rasuah dan cara penyelesaian. Memang menarik la. En nik ada keluar 1 buku, Rahsia Pelajar Super ( penerbitan Melur). Bagus buku ni. Ada dimuatkan strategi, tips, persedian dan doa2 untuk berjaya. En. Nik juga antara org hebat yg aku jumpa kat sana. tazkirah mantap. muda2 lagi dah berjaya.
6. Station politik bersama En. Fauzan (ex law student uia ). Tajuk yg perlu di bentangkan ialah ‘Peranan sebagai pelajar dalam politik’ dan ‘Personaliti calon- adakah memberi kesan kepada pengundi di kalangan pelajar?’. Semua kena beri hujah masing2. Bagi aku, ni checkpoint paling though lah lagi2 bila berhadapan dgn lawyer. Mesti dia dpt lihat lemahnya facts & evidence yg aku (terutamanyalah) dan member2 lain berikan. Dekat sini aku belajar yg kita semua kena ambil tahu pasal politik ni sebab kita yg bakal memilih pemimpin kita nanti. Sama ada capability/ personality yg dinilai, semua bergantung pada individu yg mengundi.
7. Next, with En. Rahim. Pening juga nak argue dgn dia. Topic dia, ‘Kita tidak perlu bercita-cita langsung untuk membalas jasa ibu bapa.’ Ramai yg tak setuju dgn kenyataan; dah memang jadi tanggungjawab ibubapa itu menjaga dan mendidik kita dan mereka pun tak mengharapkan kita balas balik.hmm.. pastu ada diskus cara memperkukuhkan institusi keluarga. Aku amat setuju dengan mewajibkan pasangan yg ingin berumah tangga mengikuti kursus perkahwinan dan keibubapaan before kahwin. kalau kita tengok anak2 terbiar sekarang ni kebanyakan ibubapa mereka tidak ada ilmu nak jadi ibubapa/ suami isteri yg baik (walaupun mereka berkerjaya & berpendidikan tinggi). The ugly fact, bila Islam itu tidak dijadikan cara hidup dan biah solehah dlm keluarga tu da tak ada.hmm..fikir2 lah kan. kalau parents kita tak start, apa kata kita yg start dulu. Now!
8. Last but not least, dgn Tuan Hj Zailan. Well, apa yg aku boleh ckp mmg menguji critical and analytical thinking aku.dlm masa satu saat, cuba fikirkan perbezaan moral, akhlak & sahsiah? Dlm masa satu saat juga pilih siapakah yg sekarang ini lebih gawat, remaja/ org dewasa? & bentang hujah2 anda =)hebat tak hebat!
9. Kenyataan paling hebat, bila mana kita dpt anugerah lubang hidung paling besar antara ahli group.haha..tak pernah dibuat orang! Apa yg aku boleh katakan di sini, I'm proud! siapa pernah bagi award macam ni. lagipun hidung tu kan anugerah Allah. Aku patut bersyukur sebab kalau tak ada lubang hidung yg cukup besar ni, aku mungkin akan bernafas melalui mulut, mungkin sesak nafas atau mungkin memerlukan inhaler sepanjang masa. siapa tahu? Jadi bersyukurlah dgn apa yg ada pada anda sebab itu semua yg terbaik utk anda.
"Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin." (Luqman:20)
10. Pagi2 kita org ada senam aerobic, ada poco2. yg paling aku suka tarian ala2 brake dance yg laju giler tu.hehe.. tapi tak boleh belah yg tarian 'mengayat hati'. sentimental kot..En Syaiful memang mantap lah!
11. fasi2 semua best2. thanks to Kak Ima, En. Azman & Pak Abu yg jadi fasi tetap 'Royal Yellow'. Superb & sporting. makan tak payah cakap. 6 kali sehari.
12. Selain berdebat, bersenam dan makan, kita org juga didedahkan dengan solat berjemaah, tazkirah, peringatan sebagai seorang remaja, persediaan sebagai mahasiswa, rahsia & teknik berjaya, panduan ke interview dan macam2 lagi. Memang best lah bengkel ni. Dan kalau sekalipun aku tak dapat scholarship ni, aku tetap bersyukur terpilih ke sini.
p/s: gambar tak dpt lagi. menunggu Kak Ima & En. Syaiful