Thursday, December 31, 2009

Hari ni Khamis

Khamis bermakna sekejap je lagi aku akan weekend..haha..Almaklumlah tak de class jumaat, sabtu and ahad. Apa2 pun pukul 11 ni ada presentation chem. Dah lama tak present ni. Cuak gak!

Dari Anas bin Malik r.a ia berkata: " Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: Mengapa demikian ya Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana Nabi Ibrahim as. masuk menghadap Raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapat hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar."

Para ulamak telah mengisahkan bahawa ada 7 Nabi dan wali memperoleh sesuatu pada hari Khamis:

1. Nabi Ibrahim as. menemui Raja Mesir pada hari Khamis, maka beliau dapat Siti Hajar.
2. Tukang memberi minum raja Mesir keluar pada hari Khamis, maka ia mendapat kebebasan dari penjara.
3. Saudara2 Yusuf menemui Yusuf pada hari Khamis, maka mereka mendapat kenikmatan.
4. Bunyamin masuk ke Mesir pada hari Khamis maka ia berjumpa dengan abangnya Yusuf.
5. Ya'kub as. masuk ke negeri Mesir pada hari Khamis maka beliau mendapat keamanan.
6. Musa as. masuk ke Mesir pada hari Khamis maka beliau bertemu dengan Qibti.
7. Nabi Muhammad SAW memasuki Kota Mkah pada hai Khamis maka baginda mendapat kemenangan.

Moga2 presentation hari ni berjalan dengan lancar.Insya-Allah.Amin..


Muhammad Isa Selamat, Rahsia 7, Darul Nu'man, m/s 104

Sunday, December 20, 2009

..

Solitude
is where you will find dignity.
repose,
happiness,
and..
security.

You should treat company like a fire:
warm yourself but do not fall in
[You may draw near but without going right in]

Saturday, December 19, 2009

laparnya..

5:36 am.
masih bersengkang mata menyiapkan kerja2 yg menuntut untuk disiapkan before naik cuti iaitu isnin ni (tolak hari ni=1 hari lagi!!
and..
I found this nice blog and this while searching for my btq assignment. Boleh la view balik kalau free lepas ni.Hope next week gonna be ok.insyaallah.

Friday, December 18, 2009

man_of_disaster

Pantang!
Cukup pantang betul bila depan mata sendiri lihat, telinga sendiri dengar lelaki marah2, tengking2 or naik tangan kat perempuan. Hello! Siapa kamu nak kasar2 dan nak tunjuk macho (konon) sebagai seorang lelaki. Anda bukannya ada sebarang ikatan pun untuk suka2 hati marah orang perempuan. Ok.

Lelaki oh lelaki..
Memang tak patut berkasar dengar kaum hawa. Even as a husband or brother, kalau ada saudara wanita yang buat silap pun, at least cakaplah baik2. Sekasar-kasar seorang perempuan pun, hati wanita ni cukup halus and sensitive you know!? Bukan ke lelaki yang sepatutnya guide and protect women? Inikah contoh terbaik bakal pemimpin keluarga merangkap pemimpin negara kelak? Tepuk dada, tanya jap kat diri sendiri.

Wake up girls!
Memanglah perempuan tu secara amnya lagi lemah dari lelaki. Tapi, selemah-lemah perempuan pun tak bermakna lelaki yang 'kononnya' comfirm nak kahwin dengan kita nanti tu boleh buat sesuka hati dekat kita. Are you really sure about that? Hati manusia boleh saja berubah2.. Tapi memang geramlah and kesian juga tengok perempuan yang biarkan saja lelaki buat sesuka hati kat dia. The power is in our hands! Kalaulah aku ada power macam superman; bawa lari perempuan2 yang dikasari (cewah,ayat!) ke tempat lain yang lebih selamat atau jadi ultraman; campak laki2 tak guna ni ke hujung dunia.hmm.. macam best je bunyi.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru!

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


***

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s: kalau tak berapa jelas, refer sini