Friday, October 25, 2013

Sumber kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim..





Kekuatan barangkali boleh dibahagi kepada dua yakni kekuatan fizikal dan kekuatan rohani. Tidak berpada/cukup kalau seseorang itu punya kekuatan fizikal sahaja dan menumpukan hanya untuk memperkasa kekuatan fizikal tanpa jiwa rohani yang kental. Kekuatan fizikal yang tampak hebat dimata manusia bila-bila sahaja boleh tumbang jika rohaninya lemah.

Sebab itu mudah sahaja kita dengar cerita-cerita manusia (malah kisah hidup kita sendiri) yang bekerja keras mengejar dunia tetapi hidup sering-kali berasa kecewa dan gelisah kerana sentiasa tidak berasa cukup dengan segala yang dikecapi. Kita mungkin punya kekuatan fizikal untuk mengejar cita-cita (duniawi) kita tapi tak cukup kekuatan rohani untuk redha dengan segala ujian Allah dipertengahannya dan ketentuan Allah diakhir usaha kita..

Ada satu tips yang dikongsi oleh Ustazah Nor Hafizah dalam Usrati di IKIM.fm tadi untuk kita mungkin boleh sama-sama beramal agar diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah.

Kata ustazah yang ketika menukilkan satu hadis, kemulian seorang mukmin adalah pada bangun malamnya. Dan dalam surah al-Muzzammil juga Allah mengajak kita untuk bangun solat pada waktu malam kerana padanya lebih kuat mengisi jiwa dan menyiapkan kita untuk menempuh siang yang panjang dan sibuk.
 
Ya, yang selama ini kita cari adalah kekuatan jiwa/rohani/ ukhrawi (namakan sahaja apa yang seangkatan) untuk menempuh kehidupan dunia dan akhirat dengan jayanya tapi kita manusia sering tersalah pilih kerana pandangan alam kita yang limited yakni hanya untuk duniawi.  Maka kita lupa untuk memperkuat rohani kita setiap hari walaupun hanya untuk bertahajud 2 rakaat.

[1] Wahai orang yang berselimut!. 
 [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 
 [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, 
 [4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. 
 [5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). 
 [6]Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. Al- Muzzammil, 73: 1-6


Indahnya Islam! Semuanya dah diajar dalam kitab yang mulia dan suci al- Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Semoga kita ditingkatkan ilmu dan kefahaman juga diberi kekuatan untuk terus istiqomah beramal dengannya..

Salam Jumaat yang penuh berkah!
Mahallah Maimunah 8, IIUM Kuantan



Wallahualam.

Sunday, October 20, 2013

Kawal hati dan kawal mata

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila kita mencari-cari, kadang-kala Allah beri kepada kita dengan cara yang kita tak sangka-sangka. Subhanallah.. Peringatan yang cukup 'menembak' jantung aku pagi ni. Terima kasih Allah!

Nasihat buat hati:

"Hendaklah anda mengawal hatimu supaya tidak memikirkan sesuatu yang tidak halal. Kemudian hendaklah mengawal matamu dari melihat hal-hal yang tiada diharuskan agama melihatnya." - [Al-Habib Abdullah Alawi Al-Haddad]

Hati umpama 'perdana menteri', manakala bahagian anggota lain umpama 'rakyat'.



serius, jihad yang paling sukar- melawan nafsu dalam diri, dalam jiwa.

Sunday, October 13, 2013

Masa mematangkan

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry yang lama terkubur.. perhaps it should be shared :)

***


Masuk 5 September 2013, pejam celik pejam celik terasa betapa cepatnya masa berlalu. Baru beberapa hari sudah usia melangkau 23 tahun tapi zaman kanak-kanak rebina, hingusan, terejal gila-gila hinggalah saat meniti zaman mencari identiti dan maksud hidup yang sebenar masih seperti baru saja berlalu. Pantas berlalu macam sesaat tengok trailer movie..!

Entah kenapa malam ni lepas habis baca soft copy Dakwah Fardiah daripada Mustapha Masyhur ni fikiran menerawang ke kisah-kisah zaman muda keras hingga mata ditekan untuk tidak tutup..

Zaman sekolah dulu tahu hidup nak gembira-gembira je, kena marah sikit nangis, rebel dan semua rasa tak betul kalau tak mengikut kehendak hati. Dan peristiwa-peristiwa zaman sekolah meniti zaman remaja menjadi sejarah dan pengalaman hidup yang bermakna dalam diri. Dan sememangnya pengalaman mematangkan.

Tak semena, dengan rahmat Ilahi Allah didik jiwa nakal ini dengan tarbiyyah di bumi UIA tanpa diri sendiri sedar (tak pernah terlintas langsung untuk sambung belajar di UIA). Pemulaannya pastilah di bumi cfsiium (centre for foundation study iium), pj yang mana aku yakin teman-teman sebilik, rakan-rakan sekelas, persatuan, club, program-program yang dianjurkan, guru-guru, pak guard mak guard, sistem pendidikan serta seluruh tenaga dan gerak-kerja yang menghidupkan bumi cfs dengan 'Islamic Culture' punya saham yang besar dalam memaknai hidup manusia seperti aku.

Dua tahun berada di cfs, aku bersyukur kerana bukan sekadar berjaya menamatkan foundation dalam physical science dengan flying colors (yang tak sangka2 sangat, impian untuk naik stage termakbul lepas dianugerahkan the best physics student waktu agd terakhir di sana) malah Allah jentikkan pula kesedaran untuk perbaiki dan pertingkatkan ilmu agama sebagai panduan hidup. Di sana aku mula kenal apa itu talaqi, usrah, erti ukhwah, muamalat, menutup aurat mengikut syariat dan pelbagai lagi yang sebelum ni tak tahu malah tak ambil tahu pun. Tambah lagi, dengan kurangnya minat dalam membaca membuatkan diri lebih 'gila' untuk ke majlis-majlis ilmu untuk mengutip mutiara kata dari mereka-mereka yang alim. Tapi tak semua yang dapat diamalkan tapi permulaannya barangkali cukup untuk melunakkan jantung ini untuk senang menerima kebaikan dan membuang kejahatan yang sudah bersarang lama..

Seperti air laut ada pasang surutnya, begitu juga dengan semangat aku dalam memotivasikan diri untuk istiqomah dalam mecari redha-Nya pun ada turun naiknya. Masuk di Kuantan menyambung degree, sahabat lama semakin jauh meninggalkan dengan perbezaan course dan komitmen masing-masing. Aku pun sibuk dengan urusan akademik dan penyesuaian diri yang aku rasa mengambil masa terlalu lama selepas 'culture shock' dengan study environment di UIA, Kuantan di tahun pertama. Masa berlalu, dan diri pun semakin leka dengan tuntutan duniawi..

Macam-macam kisah suka-duka sepanjang nak masuk empat tahun aku di Kuantan yang aku pun tak pasti kenapa aku tak dapat nukilkan walau secebis kisah-kisah tersebut dalam blog atau private diary aku. Kisah lecturer phobia aku kat kuantan (first time kut aku phobia nak pi kelas and jawab exam!), kisah aku dengan 3 org roommate yang tak berganti sejak aku first year lagi (sampai jadi 'mommy' pada mereka juga pernah jadi 'mommy' pada blok M8 tu!), cerita aku naik jadi batch leader hinggalah pangkah nama sendiri sampai jadi treasurer SCIENCESS la ni (lol), pengalaman-pengalaman sepanjang program yang aku join semuanya ada ibrah tersendiri untuk mematangkan diri.

Nak dijadikan cerita, betapa indahnya susunan hidup yang Allah aturkan untuk aku (malah semua kehidupan kat dunia ni termasuk kamu yang membaca!) yang kadang-kadang kita sendiri tak nampak cantiknya terutamanya saat ia itu berlaku. Makanya, untuk setiap yang berlaku yakinlah pada diri yang semuanya ada hikmah. Cakap pasal hikmah, teringat kisah yang dinukilkan oleh Habib Najmuddin sewaktu Daurah Firasy time Ramadhan baru2 ni. Maybe boleh buat satu entry untuk itu. InsyaAllah..

Menulis kembali

Bismillahirrahmanirrahim..

Write! Write! Write! Even though you are very bad in writing.hehe

Dulu. Salah satu tujuan untuk adakan blog sendiri pun sebab nak praktis menulis. Menulis untuk berkongsi. Biarlah pi ayat tak sesedap mana, grammar lintang-pukang. Menulis diblog boleh menjadi satu medan perkongisan. Berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan segala yang bermanfaat.

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat."
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Hadis Rasulullah saw ni juga mungkin menjadi salah satu faktor pendesak untuk aku teruskan blog ni.

Kenapa memilih untuk menulis?
To be frank, sebenarnya aku sendiri tak pasti apa kelebihan (bakat dan talent sebetulnya)  untuk aku sumbangkan pada masyarakat dan pada Islam sebenarnya. Still walau umur dah 23 tapi masih tak jumpa2. Kalau nak fikirkan memang sedih dengan sendiri. Tapi alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk aku hidup dan terus mencari erti hidup.

Aku try segala peluang dan ruang lingkup yang ada dengan keterbatasan masa dan kudrat. Percubaan untuk menulis, inilah hasilnya yang tak seberapa. hmm. Untuk bercakap di khalayak ramai, gugup. Hanya pada circle of influence yang aku selesa. Itupun tak meluas mana. Aku juga cuba untuk berprogram dan ber-society, dan itu nampak lebih dekat dengan diri dan lebih menggembirakan hati walaupun kadang-kadang aku naik risau bila tak sempat nak ulang-kaji. ala kulli hal moga Allah ikhlaskan hati dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan..insyaAllah.

Apa gunanya ilmu kalau tak dikongsi bukan? Bak kata Zul Fikri Zamir dalam bukunya Sekolah bukan Penjara, Universiti bukan Kilang; 'ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat'. Sifat ilmu itu bukan hanya terbatas dikertas peperiksaan tapi dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh masyarakat. bukan syok sendiri je!

Menulis ini adalah salah satu titik permulaan untuk berkongsi pemikiran, idea dan pengalaman dan sememangnya menzahirkan segala yang difikirkan dengan perbuatan dan pelaksanaan, itulah sebaiknya.

Memang dalam hidup ni banyak benda nak dibuat dan nak kena buat. Yang penting kita buat yang terbaik sebab nabi saw kan cakap Allah suka bilamana hambanya buat sesuatu tu, dia buat dengan itqan yakni bersungguh-sungguh, seriously.

Apa-apapun, in everything we do, do it for the sake of Allah not to please other people because..


a reminder to me.