Malam menyambut 2010 di Dataran Merdeka
Assalamualaikum buat semua rakan2 seislam..
Bila masuk tahun baru ni, mulalah ramai duk fikir2 azam2 baru yang hendak dicapai. Tak kurang juga yang bawa saja azam tahun lepas yang banyak lagi tak tercapai ke tahun baru ni.hmm..ok lah tu. Yang penting ada azam dan cita2 yang tinggi supaya kita tahu hala tuju kita untuk tahun ni.
Azam saya tahun ni banyak la juga. Semuanya saya dah list kan dekat dalam diary baru saya. Diary terbaru dan tercanggih untuk abad ini: electronic diary. Tak perlu dah risau kalau adik2 saya atau mama atau papa terjumpa diary saya lalu pantas membacanya.isy2..Tidak perlu juga susah2 mengeluarkan duit untuk membelinya. Hanya perlukan internet connection serta password yang betul untuk start menulisnya.
Ok. Salah satu azam tahun ni ialah untuk tidak mengata perihal orang lain atau bahasa yang mudah difahami ialah elakkan sebarang mengumpat atau menjerumuskan diri ke dalam situasi mengumpat.
Mengumpat. Memang perkara lumrah budak2 perempuan termasuk juga makcik2 bila berkumpul bersama rakan2. Memang tidak dapat dinafikan. Walaupun kita tahu dosa mengumpat atau bercakap belakang orang lain amatlah besar tapi perkara tu dah jadi macam darah daging.
Saya pernah terbaca, kalau dosa2 besar sekalipun kita buat, then kita bertaubat kepada Allah insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun. Allah akan ampunkan dosa2 kita tu. Tapi kalau dosa mengumpat ni, selagi kita tak minta maaf and selagi orang yang kita umpatkan tu tak maafkan kita selagi tu kita tanggung dosa2 mengumpat tu sampai ke akhirat.nauzubillahi min zalik.
Oleh itu, saya berazam tahun ni untuk tidak mengumpat orang lain. Saya juga ingin mengajak rakan2 saya yang lain untuk stop cakap pasal orang lain kerana dosa mengumpat ni bukan saja terkena dekat orang yang mengumpat saja malah juga orang yang hanya mendengar even tak beri apa2 respond. Saya perlukan sokongan dan kerjasama anda semua untuk mencapai cita2 ini.Kalau saya ada tercakap pasal orang lain, tolong ingatkan saya untuk stop ok!
Minta maaf semua kalau selama ini saya ada bercakap perkara2 buruk di belakang korang sama ada dalam sedar atau tidar sedar.
Maafkan saya, please! Saya pun dah maafkan sesiapa saja yang pernah termengumpat tentang saya. Lets start a new year with zero backbiting sin! (and other sins also)
~p/s= ber
husnu zon a.k.a bersangka baik; Allah akan membuka 70 pintu taufiq. Mari rebutnya!~
Malam peringatan kemerdekaan Republik Indonesia oleh Habib Munzir