Sunday, May 16, 2010

dah buat fb =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamuailaikum dan selamat petang buat semua..

Base on tajuk di atas , agak begitu lambat bagi orang lain kalau aku baru nak buat accaunt fb.

Mungkin dari dulu aku tak buatnya sebab isu fb yang aku paparkan di blog lama aku (sudah ditutup). Iyalah, orang kata kalau cakap tapi tak buat, buat apa. Cakap macam tak serupa bikin! Jadi aku membatalkan niat aku seketika. Contentnya seperti ini: klik sini! (Sumaiyah, aku buat link kau eh)

Lepas tu ramai yang memujuk suruh buat (ceh..bajet)..dugaan..


Mostly yang nak buat fb sebab nak jumpa balik kawan-kawan lama. Macam aku, kalau boleh nak jumpa balik dengan kawan-kawan aku start dari aku tadika dekat Taska Daya Murni (Taman Melawati)- Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya- Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, Seremban- Sekolah Mohd Khir Johari- Sek Men I.J Convent, JB- Sek Men Sains Muar..banyak juga aku pindah sekolah dulu. Kalau kumpulkan kawan-kawan semua, kut penuh satu Dataran Merdeka!

Bro Syahir (ex-head prefect sekolah lama) ni pula ada menulis dalam artikel dia tentang facebook satu keperluan..cubaan lagi buat aku.

Dan bila Ustaz Zaharuddin membincangkan perkara yang sama dalam blognya, aku berfikir lagi.

Aku takut sangat bila aku terlalu leka dengan benda2 hiburan ni (internet, tv & music). lagha dan melalaikan..Lagi, bila masuk laman2 yang meng'link'kan kawan-kawan. macam facebook, my space, friendster dan blog ni.

Yelah..berapa ramai kawan-kawan kita yang dekat luar pakai tudung, baju tutup aurat semua tapi bila bab 'showtime', expose segala gambar yang mendedahkan rambut dll. Sudah terang lagi bersuluh yang benda ni salah. Mungkin mereka kurang peka..Kadang-kadang aku takut juga kalau link kan mereka dan meyebabkan ramai pula yang view mereka. Bukan apa, aku takut termasuk juga dalam dosa bantu-membantu dalam melakukan maksiat.(maksiat mata, maksiat hati..etc)

Dan manalah tau bila ada sesiapa yang tak puas hati dekat aku, jadi commenter terbaik tulis bahasa2 kesat dekat profile aku.huh.. (fikir over pula)

Teringat pula dalam Kitab Bidayatul Hidayah karangan Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a dalam fasal pertama: Cara-cara meninggalkan maksiat yang zahir. Bab menjaga dua tangan.

"Maka hendaklah engkau menjaga kedua tanganmu daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah dan engkau jaga pula tanganmu daripada mengkhianati amanah atau simpanan orang dan daripada menulis sesuatu yang tidak boleh dituturkan, kerana tulisan adalah satu di antara dua lidahmu maka hendaklah engkau jagakan qalammu (tulisanmu) daripada menulis sesuatu yang diharamkan memperkatakannya."

Akhirnya, aku buat juga kata putus..

Tak jadi buat facebook!

Tajuk di atas tu? (scroll kejap). Umpan je buat kawan-kawan yang teringin sangat suruh aku buat fb. haha..

Dan buat tuan punya badan yang dari dekat terminal seremban tanya aku the reason why aku tak buat. (you know who you are). Maybe kau boleh proceed dengan kajian kau dan bentangkan dekat aku. aku support! debater kan hebat!

Aku rasa banyak lagi perkara penting yang perlu dikejarkan. duduk dekat blog buat entry ni je pun dah makan masa (walaupun asyik buat link je, malas nak tulis) . Banyak pros and cons. Kalau aku buat maybe banyak yang kontra dari niat sebenarnya. Entah.. benda yang tak sure ni baik aku lupakan.hmm..

Wallahua'lam.

1 comment:

Anonymous said...

cesh.ko memang dah berjaya umpan aku ni.hahah.sabar je la.

tda apa2 la.kalau tada fb,tak semestiny tak leh jumpa kawan2 lama.
ada rezeki tak kan ke mana. :)

p/s:ni anis la.mals nak login blog. :)