Thursday, May 13, 2010

kisah di kedai gunting rambut

Bismillahirrahmanirrahim..

Ada seorang lelaki ni, pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya.Apabila barber itu mulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara..

 sedap juga kalau tidur..Zzz

Mereka mula berbicara mengenai Allah, barber tu pun berkata,
 "Saya tak percaya Allah tu wujud"
"Kenapa kamu kata begitu?" tanya si lelaki tadi. terkedu seketika.
"Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit dekat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. saya tidak dapat bayangkan Allah Yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku."

Si lelaki itu berfikir sejenak..

Lalu dia mengambil keputusan untuk tidak memberi sabarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Dalam beberapa langkah keluar, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan jambang tidak terurus.

Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,
" Kamu tahu tak yang sebenarnya barber juga tidak wujud?"
"Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi." kata barber.
" Tidak! Kalau barber wujud dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta rambut yang panjang dan kotor macam lelaki dekat tepi jalan tu."
"Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tak datang pada saya untuk menggunting rambutnya. Barber tetap wujud!"
"Tepat sekali!"
"That's the point! Allah pun wujud. Itulah yang terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatiNya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan."

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. "(Al Baqarah: 186)

2 comments:

Anonymous said...

mmg mcm 2 la kan..psss,ada bljr ungs.lecturer ckp,utk contoh t'dkt,bg analogy cm angin 2.kita rasa,tapi kita tak nmpk angin..:)

nay. said...

ohh..tq =)