Friday, May 21, 2010

hadirkan hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah tak
korang hadapi situasi bilamana ada seorang meminta tolong
tak kisahlah kawan ke jiran ke..orang yang tak kenal ke
dia cakap dekat kita,
mengadu masalah ke
tapi sibuk duk buat benda lain
makan lah, cakap kat talipon lah, sambil bermain internet lah
macam-macam lagilah
pendek kata bukan dalam posisi 'duduk sedia' atau lebih senang, beri tumpuan tentang apa yang nak dicakap
anda rasa apa?
rasa nak dengar tak? nak tolong tak?
dia macam nak tak nak je minta kita tolong dia..

Hmm..
inilah yang aku terfikir tadi
masa nak solat isyak
wuishh..sempat lagi

Fokus.
Khusyuk.
aku admit, selalu saja tak khusyuk dalam solat
mungkin ramai juga yang mengalami masalah macam aku
tengah-tengah solat tu, boleh pula terlintas benda yang bukan-bukan.
tak yah cakap lah apa..macam-macam kadang-kadang tu
astaghfirullah..

Tu yang aku terfikir tiba-tiba tadi masa nak solat
bukan senang  nak betul-betul dapat khusyuk sampai habis salam
banyak sangat fikir hal duniawi ni
hidup kita penuh dengan hal dunia,
lupa satu hari nanti kita akan menghadap Rabb kita
hati kotor
penuh dengan sifat mazmumah
mudah betul nak dikawal oleh nafsu dan syaitan
patut bukan kita ke yang kawal benda tu?

Nasib kita baik
walaupun macam tu, Allah Ar- Rahman tetap tunaikan doa kita
tak cepat, lambat
tak pun lebih baik dari apa yang kita nak.
Maha Penyayang Allah dia ampunkan dosa-dosa kita bila kita bertaubat

Sebagai manusia, nak tak nak,
kita kena usaha dapatkan solat yang khusyuk
sebab solat yang khusyuk je yang diterima Allah
solat yang ada
al-hudhurul qalb, hadirnya hati
ta'zim, membesarkan
haibah, rasa gerun
raja', mengharap
hayaa', malu..

Selagi boleh melangkah
hidup dikandung badan
aku cuba..insyaAllah
usaha tu penting.
nasihat seorang ustaz,
baca An-Nas before solat, cuba benteng diri dari syaitan terkutuk tu
semoga dikurniakan solat yang khusyuk..insyaAllah.
***
"Sembahlah Tuhanmu seakan-akan engkau melihatnya dan jikalau engkau belum mampu, tanamkanlah di dalam hatimu bahawa sebenarnya Tuhanmu melihat segala perbuatanmu."

No comments: