Offer letter untuk pelajar ke iium kuantan sudah pun keluar..
Insya Allah, 6 julai 2010 aku akan mendaftar di sana sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda sains (kepujian)..
Itupun kalau sempat, kalau umurku panjang.. lebih kurang dalam 2 bulan lagi.
Tetiba aku terfikir, sepanjang cuti ni, ada tak aku isi masa dengan berfaedah. Apa yang aku dah sumbang dekat orang sekeliling?
Kalau tanya kawan2 aku, masa cuti ni lah ada yang belajar memandu, ada yang kerja cari duit lebih, jadi cikgu la, jadi cashier la, yang banyak duit sikit sakan melancong satu Malaysia..yang pergi Tanah Suci buat umrah pun ada..tak kurang juga yang running cerita korea siang malam..eheh..
Seingat aku kita orang dah start semester vacation 18 feb hari tu..(terutamanya budak2 physical science la). Last paper physics lab..
Then aku rehat kejap dekat rumah. Balik semula cfs 23 feb untuk baktisiswa dekat Terengganu. Lama juga la..kalau ikutkn bulan, ada la dalam sebulan (sebab sampai mac. Hehe..). 9 hari kita orang berkampung di sana. Then, aku balik rumah. 2 minggu rehatkan kaki yg terseliuh dek main terompah gergasi dan jatuh motor dengan shaz kat sana..
Sembuh je kaki sikit, terus aku cari kerja. Niat dihati nak timba pengalaman dan cari duit lebih untuk guna masa first sem kat main camp nanti. Ramai yang kata scholarship 2nd sem baru dapat. So, ni persediaan aku je lah dulu. Aku siap ada target, kalau dapat gaji at least la 800/month, cukup 3 bulan dpt lah dlm 2400. Banyak kut untuk budak hingusan macam aku.hehe..
Dari cari keje dkt tauke cina tu sampai lah dapat keje dekat syarikat melayu sebagai clerk. Lebih sebulan juga aku kerja kat sana. Silap2 dah boleh buka kedai Photostat sendiri! Aku tak nafikan banyak kelebihan kerja dekat syarikat melayu ni. Tempat bersih, lebih friendly & memahami. Kalau korang rajin and ada masa, nak solat dhuha pun sempat. tapi, aku kasi notis berhenti serta merta bulan ni disebabkan masalah dalaman syarikat yang memaksa aku berhenti. Maaf Naza dan Kak Ros. Segala sebab musabab aku dah tulis dalam surat tu. Harap mereka faham.
Dalam masa itu, aku juga menerima panggilan dari Khazanah scholarship dan Yayasan TM untuk pemilihan pemegang biasiswa. Khazanah mungkin sudah terlepas. Sekarang menunggu jawapan dari TM.
Kalau tengok, 2 bulan ni masa aku banyak habis untuk hal2 duniawi memanjang. Cuma adalah luangkan masa sikit untuk bekalan aku kat kubur kelak. bacaan al-quran & mathurat lepas solat tu mungkin dah jadi rutin masa dekat cfs dulu. Alhamdulillah.. tapi cukup ke setakat tu?
Teringat aku kata2 En. Nik tentang 3 kategori manusia:
1. orang yang Berjaya, iaitu mereka yang hari ini lebih baik dari semalam
2. orang yang terpedaya, iaitu mereka yang hari ini sama macam semalam
3. orang yang celaka, iaitu mereka yang hari ni teruk dari semalam
Persediaan ke main camp memang dah kena mula da. Bukan setakat nak kena bayar entrance fee 310 atau prepare tuition, hostel and related fees yang lebih 2000 tu, tapi persediaan mental, rohani & jasmani pun nak kena mantap juga. belajar makin tingi, cabaran mesti makin tinggi.
2 bulan lagi..bukan masa yang lama.. kena guna betul2 ni.sesiapa ada program best2, apa2 cadangan yang brilliant ke? share2 la..
Dan yang paling penting persediaan kita menempuh mati. Dah sedia ke kita? Lambat lagi? Mungkin tribute buat allahyarham akh Nabil Marwan ni boleh memberi semangat baru buat kita. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment