Muzik memang dah sebati dalam hidup aku. Hari-hari tak sah kalau telinga tak di sumbat dengan earphone. Pernah satu masa dahulu aku terlibat dalam kumpulan ghazal di johor bahru.Nama kumpulan aku, Kumpulan Ghazal Seri Kenangan Johor. Tidaklah sepopular kumpulan adik-beradik, Daya Tebrau.
Masa permulaan aku belajar main violin. Lepas tu give up dan bosan dengan alat muzik ni (amat lenguh tangan & teleng kepala). Aku bertukar kepada peti harmonium (yang ada kipas-kipas tu). Selain itu, aku juga belajar macam mana nak main tamborin dan markas ikut tempo. Di sebabkan tiada basic music, most of us belajar by heart, bukan by note.cehh..at last aku quit. unofficially lepas masuk asrama. thanks pak cik hassan (cikgu violin & peti harmonium aku). thanks cikgu2 yg lain. thanks tok OT. thanks Yayasan Warisan Johor. thanks team member, sbb bagi pengalaman yang best.
Ni ada satu artikel yg aku baca. sempat copy. tapi terlupa nak ambil link. hasil tulisan Faisal Tehrani. Bacalah (walau agak panjang tapi menarik!) kalau nak tambah ilmu baru dan pengetahuan tentang muzik..
***
Fahaman Epicurea
Dunia hari ini punyai macam-macam masalah. Misalnya kelazatan dan kesenangan atau keseronokan dan keriangan adalah sesuatu yang mesti diburu dalam hidup. Itu sahajalah yang benar, yang betul, yang mesti dituju dan merupakan kebaikan.
Untuk kefahaman semua, fahaman seumpama ini ialah satu aliran yang diasaskan oleh Epicurea. Ada sesetengah manusia mengenal fahaman tidak senonoh ini sebagai cyrenaicism. Ideologi ini, menyangkakan hidup di dunia hanyalah untuk berlazat-lazat saja. Ideologi ini kemudian terbahagi pula kepada macam-macam jenis yang lain. Ada fahaman yang mementingkan keseronokan untuk diri semata-mata digelarkan dengan nama egoistic hedonism, yang jenis lain pula dinamakan universalistic hedonism iaitu keseronokan di peringkat universal dan ada juga falsafah hidup yang bergelar psychological hedonism iaitu manusia ini konon-kononnya buat apa sahaja pun atas keinginan untuk mencapai keseronokan dan kelazatan.
Bukan anti muzik
Saya tidak anti sebarang muzik. Muzik yang tidak kembali kepada Pencipta kita dan sebaliknya meresahkan dan menjauhkan daripada kenyataanlah yang saya anti. Untuk pembaca muslim, saya perlu ingatkan hanya takwa sajalah pusat pegangan kita. Berharaplah sampai mati supaya kita duduk dalam kerangka ini. Allah menyebut dalam surah Ali Imraan ayat 112 tentang dimensi sebenar hal kesenian dan kebudayaan ini: Mereka akan ditimpa kehinaan, kecuali berpegang teguh pada ajaran agama Allah iaitu hablumminallah dan juga nilai-nilai kemanusiaan iaitu yang disebutkan sebagai hablumminannas. Soal muzik adalah soal budaya. Muzik bukan soal hiburan semata-mata seperti yang difahami oleh anak muda kita sekarang ini. Ia lebih dari itu. Oleh kerana muzik telah ada pada bangsa-bangsa bukan Arab juga, maka adakah kerana Islam datang kepada mereka, muzik itu harus dibasmi?
Dalam Islam, muzik ini untuk membebaskan kita dari dunia kebendaan, supaya dapat bebas dari hal-hal sementara yang ada di dunia ini dan menginsafkan diri kita justeru membawa kepada hal-hal yang lebih abadi. Sayang sekali segelintir anak muda kita, mengejar muzik yang kosong. Malah mereka itu menyangka muzik semata-mata hiburan dan keseronokan. Mereka tidak nampak muzik itu rapat dengan jiwa, dan jiwa yang tenang membawa kepada Tuhan. Muzik yang mereka dengar itu malah tidak dapat membawa kepada Tuhan.
Anak-anak muda di luar yang gila benar mahu menjadi bintang dan idola itu bukan sangat reti mengenai perkara ini. Anda tentu terkesan yang mereka hanya nampak kemewahan dan kemasyhuran menanti. Mereka tidak tahu sepicing pun mengenai muzik merawat mental juga emosi. Anda harus lebih tahu daripada mereka yang irama muzik sangat berpengaruh menumbuhkan emosi apatah lagi keadaan mental. Muzik tentu sahaja dapat menjadi terapi kejiwaan.
Muzik dan sains
Tidakkah mereka tahu yang muzik menjana kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin. Inilah jenis hormon yang berfungsi untuk menenangkan manusia. Muzik seumpama rock yang iramanya berfrekuensi lebih dari 12 hz akan hanya mendorong pendengar menjadi agresif, radang, baran dan merosakkan kesihatan dengan melajukan detak jantung. Sedang irama ney misalnya (sejenis serunai orang sufi: sila baca novel Advencer Si Peniup Ney) itu frekuensinya seputar 8 ke 10 hz, justeru temponya yang tidak pantas menjadikan fikiran tenang dan memberi santai di jiwa. Tidak hairan juga kalau irama yang berfrekuensi 4 hingga 8 hz, itu membuatkan orang lagi cepat tidur.
Islam, muzik & terapi jiwa
Anda harus lebih tahu daripada anak-anak muda yang mahu sangat menjadi bintang dan idola di luar itu. Ini ada benarnya hinggakan satu masa dahulu terdapat pasukan muzik di rumah sakit Sultan Beyazid kedua di Edirne wilayah Turki Othmaniyyah. Bukankah mereka menggunakan haruman dan irama sufi sebagai terapi rawatan untuk pesakit. Anda yang belum pernah mendengar hal ini tentu sekali kini menjadi lebih berpengetahuan bahawa Islam menawarkan muzik lebih daripada untuk keseronokan. Lama sebelum perang Akkerman, dalam tahun-tahun 1480an ketika bangsa-bangsa barat masih jahil dan belum mengenal gitar apatah lagi organ atau sains dan seni muzik, Sultan Beyazid II telah menubuhkan sebuah kompleks kesihatan di Edirne, menggunakan bunyian air, muzik dan wangian daripada bunga-bungaan untuk merawat orang-orang yang tidak sihat.
Justeru muzik dan menjadi pemuzik itu satu kerja mulia yang memberi perkhidmatan untuk kemanusiaan tetapi muzik hari ini dan segala macam program mencari bakat baru itu apa sumbangannya kepada kemanusiaan? Tetapi masa kini mereka terlalak-lalak mengaku bahawa kami adalah penyumbang kepada kemanusiaan.
***
kesimpulannya..
aku tak nak cakap.
fikir sendiri.
~kita adalah apa yang kita dengar~
atau ke
apa yg kita dengar corak diri kita? ( Atikah's theory)
No comments:
Post a Comment