Showing posts with label cubaan. Show all posts
Showing posts with label cubaan. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

Pecah masuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama juga dah tak usha blog ni. Seingat saya last buka sehari sebelum balik kuantan hari tu, betul2 the day of maal hijrah.1 Muharam melabuh tirainya dengan saya melihat kejayaan pencuri pecah masuk rumah saya pagi2 buta. Orang azam tahun baru nak jadi lagi baik, dia azam nak ceroboh rumah orang. memang terbaik!

Kesian adik saya, Faiz kena curi hp yang tak sampai sebulan beli hasil titik peluh dia. Dia pun satu, pencuri tu ambil jam tangan kat tangan dia pun tak sedar. apa da. purse papa dengan beg mama pun dia sempat ambil. Nasib baik dia tak sempat masuk bilik saya. kalau tak habis lesap laptop dalam tu. Alhamdulillah..

Yang tak puas hatinya dengan pegawai penyiasat yang datang pagi tu. Setakat ambil gambar je buat cukup syarat siapkan report then balik gitu je semua orang boleh buat. Bila suruh ambil kesan cap jari dengan kasut yang ada, macam2 alasan. kering sangatlah, basah sangatlah susah nak ambil. Memanglah barang yang hilang tak sampai sejuta pun, tapi mereka memang tak patutlah buat macam tu memandangkan dah banyak gila kes curi kat kawasan tu. Pencuri tu pun kami syak budak2 sebab dia tak ambil benda berat2 macam tv ke komputer ke. Pernah dulu sekali sport shoes saya nak masuk asrama pun dia pergi ambil dengan payung dekat sebelah rak kasut (sebab masa tu hujan lebat).

Kesimpulan dari kes pecah masuk ni,
1. saya tak berperasaan sangat mungkin sebab tak ada barang saya yang hilang atau azam bersama hijrah saya yang mungkin masih segar masa tu. err..
2. kena biasakan bangun malam/ pagi2 buta (dengan kata lain, bangun bertahajud). Mungkin pencuri tu tengok rumah ni asyik gelap je pukul 3,4 pagi.hehe..
3. berhati-hati sepanjang masa
4. think positive. setiap kejadian tu ada hikmahnya. jadinya kena redha dan yakin dengan Allah.
5. kalau betul la budak yang dicakap-cakap oleh orang sekeliling tu, maybe kita kena tanya dia baik2 (sebab tak ada bukti). mana tau dia kena paksa oleh orang lain ke. maybe dia ada problem ke. bukan dengan jalan mudah, belasah ke sebab saya yakin keganasan tak akan selesaikan masalah. kita sekarang ni lebih pandai bercakap. jarang yang care. jarang yang give a cent. (cakap untuk diri seniri juga)
6. 'pihak berkuasa' tu memang memburukkan la nama pegawai2 lain yang ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab mereka. kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga. (kalau la tau nama mereka, awal2 lagi saya dah buat report sebelum rosak semua susu)

cukup untuk malam ni. InsyaAllah kalau berpeluang nak cerita journey ke kl, ke cfs dan ke kem kepimpinan (under scholarship BKTA) baru2 ni atau at least upload la sekeping 2 gambar bila internet ok macam dekat  taman tun yang dpt hsbb.



Best regards,

Tuesday, June 22, 2010

Cagu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum rakan-rakan semua!

Lama juga saya sudah tidak mengupdate blog. Sejujurnya, sudah 4 hari berturut-turut saya berada di rumah. Selalu sahaja online tetapi tiada idea untuk menulis.

Ingin saya berkongsi dengan anda mengenai cagu atau cengkam kuku. Inilah yang sedang saya alami sekarang.

Cagu ni adalah satu penyakit berlaku di ibu jari kaki. Pada awalnya, ia memang amat-amat sakit. Ibu jari kaki saya membengkak dan berdenyut-denyut (rasa macam tak boleh jejak kaki kat tanah. sakit sangat). Beberapa hari lepas tu, ia mengeluarkan nanah yang amat-amat busuk. Pada mulanya saya ingat ada bangkai tikus mati dalam rumah saya. Rupanya tidak sama sekali.

Kata orang tua2 cagu ni mungkin disebabkan:
1. Salah potong kuku. Baru saya tahu kuku hendaklah dipotong lurus seperti pahat, bukannya bentuk bulat/ U (tapi tak cantik la)
2. kasut sempit
3. kena hempap something yang berat hingga kuku tu memakan/mencengkam isi jari kaki hingga bernanah
4. penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik

Untuk saya, mungkin disebabkan no 1 atau 4.  No 4 sebab saya rasa semenjak 3 minggu bekerja ni, saya sering membiarkan kaki saya lembab di dalam kasut terutama lepas berwudhuk. Kedudukan surau dan tempat berwudhuk yang kurang strategik (terbuka) menyebabkan saya lebih selesa berwudhuk di tandas yang bersih berdekatan tempat saya bekerja. Lantas menyarung saja kaki yang agak lembap di dalam kasut. Mungkin tanpa pengetahuan saya, kuman-kuman sedang sibuk membiak di ibu jari kaki saya sebagaimana saya sibuk merework pvc sheet tu.

Saya hanya merawatnya menggunakan dettol secara berkala dan makan ubat-ubatan yang doktor berikan (antibiotik, ubat tahan sakit & prolase). Pertama kali saya dapat habiskan kesemua biji ubat tahan sakit! Tidak dilupakan, rawatan tradisional menggunakan inai-tumbuk-sendiri. Ia boleh megecutkan jari anda.

Langkah-langkah awal merawat cagu

Ohh.. esok saya start semula kerja. Saya hanya berharap yang baik-baik saja berlaku. Semoga kesakitan ni menghapuskan dosa-dosa saya yang banyak telah saya buat selama saya hidup ini amin..


itik pun tau salah kalau merungut.manusia..manusia..


p/s: nampak sopan pula menggunakan 'saya' instead of 'aku'. hehe.. saya nak jadi baik macam kawan-kawan saya. Bersopan-santun adalah salah satu ciri-ciri yang patut dicontohi. Mari praktikkan personaliti insan soleh wa solehah!

Best regards,

Saturday, June 5, 2010

blackout!

Bismillahirrahmanirrahim..

Bekerja sebagai operator kilang bukanlah kerja mudah seperti yang dijangka. Anda memerlukan ketahanan fizikal agar tidak jatuh pengsan apabila bekerja 12 jam tanpa henti (cehh.. rehat 3 kali sebenarnya) atau jatuh kelopak mata gara-gara tertidur apabila bekerja di shift malam. Anda juga memerlukan kemantapan mental untuk sabar menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

cerita pagi tadi.

Lebih kurang pukul 1.35 pagi , selepas rehat 35 minit dengan nasi hujan panas (sumbangan ikhlas pihak HR company di hari Jumaat yang mulia) aku telah di serabutkan dengan berpuluh-puluh 'sheet' (setiap satu mempunyai 56 blok-blok  access card) untuk di rework.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, aku ditugaskan menjaga machine ATS tak-berapa-nak-betul 1.1 seorang diri. Kerjanya mudah saja. Menunggu machine tu mengeluarkan sekeping 'pvc sheet' kemudian menggunakan alat 'buzzer' yang mengeluarkan bunyi cengkerik untuk check setiap 56 blok-blok tu. Bunyi cengkerik akan keluar bila wire betul-betul di bonding dengan module ( atau bahasa kita, chip) oleh machine ATS tak-berapa-nak-betul 1.1 (again). Jika tidak, aku perlu melekatkan kapton tape( sebagai tanda ia perlu di rework) dan aku perlu pergi bonding manually!

p/s: terms yang digunakan mungkin kurang tepat.


Ambil senyap-senyap..

Dan semalam pagi tadi, machine tersebut mencabar kesabaran aku. Aku amat serabut dan gelabah kerana terlalu banyak sheet yang pending gara-gara machine ATS tak-berapa-nak-betul 1.1 banyak mengeluarkan sheet yang rosak dan perlu di bonding  sendirian berhad. Hanya yang mampu, bekerja pantas semaksimum yang boleh dan mengharapkan miracle dari Allah. Untuk menenangkan hati, aku pun berzikir. Teringat seorang ustaz/ motivator (tak ingat siapa) cakap kalau dalam keadaan stress atau tekanan sebut,

la haula wala kuwwata illa billahil aliyilazim..

Tiba-tiba, pukul 3 lebih tadi BLACKOUT!!!

Dan perkataan yang pertama keluar dari mulut aku..

Alhamdulillah..

Gembira tak terkata. Terlupa seketika perkataan takut berada dalam kilang yang gelap gelita. Sebab apa? Aku dah terlepas dari beban kerja yang menyerabutkan itu. Lebih kurang 3.50 pagi macam tu, kami diarahkan pulang. Walaupun tak dapat full gaji untuk hari tu, tapi tak kesah pun. Yang penting dapat balik awal =)

Nikmatnya bila sampai di rumah. Betapa banyaknya nikmat yang Allah kasi dekat aku. Syukur alhamdulillah..

Tetiba teringat saudara Islam kita di Palestin. Kesiannya bila fikirkan nasib mereka di sana di bawah kekejaman Israel Laknatullah. Dengan nikmat kesenangan dan keselesaan kita di Malaysia ni, aku memohon rakan-rakan yang membaca dan diri aku sendiri agar tidak putus-putus berdoa untuk mereka di sana. Mungkin kita bukanlah manusia yang terpilih untuk berjihad di sana. Namun dengan doa dan usaha insya Allah zaman kegemilangan Islam akan dijulang semula satu hari nanti.

Apa yang boleh diusaha? Pada fikiranku, mungkin salah satunya sebagai pelajar kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Gunakan segala kemudahan yang ada untuk dapatkan ilmu yang bermanfaat.  Jadi expert dalam bidang yang kita ambil. Tak kesahlah bidang apa sekalipun. Insya Allah kita boleh guna pakai untuk menaikkan Islam semula.


Best regards,

Sunday, May 16, 2010

dah buat fb =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamuailaikum dan selamat petang buat semua..

Base on tajuk di atas , agak begitu lambat bagi orang lain kalau aku baru nak buat accaunt fb.

Mungkin dari dulu aku tak buatnya sebab isu fb yang aku paparkan di blog lama aku (sudah ditutup). Iyalah, orang kata kalau cakap tapi tak buat, buat apa. Cakap macam tak serupa bikin! Jadi aku membatalkan niat aku seketika. Contentnya seperti ini: klik sini! (Sumaiyah, aku buat link kau eh)

Lepas tu ramai yang memujuk suruh buat (ceh..bajet)..dugaan..


Mostly yang nak buat fb sebab nak jumpa balik kawan-kawan lama. Macam aku, kalau boleh nak jumpa balik dengan kawan-kawan aku start dari aku tadika dekat Taska Daya Murni (Taman Melawati)- Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya- Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, Seremban- Sekolah Mohd Khir Johari- Sek Men I.J Convent, JB- Sek Men Sains Muar..banyak juga aku pindah sekolah dulu. Kalau kumpulkan kawan-kawan semua, kut penuh satu Dataran Merdeka!

Bro Syahir (ex-head prefect sekolah lama) ni pula ada menulis dalam artikel dia tentang facebook satu keperluan..cubaan lagi buat aku.

Dan bila Ustaz Zaharuddin membincangkan perkara yang sama dalam blognya, aku berfikir lagi.

Aku takut sangat bila aku terlalu leka dengan benda2 hiburan ni (internet, tv & music). lagha dan melalaikan..Lagi, bila masuk laman2 yang meng'link'kan kawan-kawan. macam facebook, my space, friendster dan blog ni.

Yelah..berapa ramai kawan-kawan kita yang dekat luar pakai tudung, baju tutup aurat semua tapi bila bab 'showtime', expose segala gambar yang mendedahkan rambut dll. Sudah terang lagi bersuluh yang benda ni salah. Mungkin mereka kurang peka..Kadang-kadang aku takut juga kalau link kan mereka dan meyebabkan ramai pula yang view mereka. Bukan apa, aku takut termasuk juga dalam dosa bantu-membantu dalam melakukan maksiat.(maksiat mata, maksiat hati..etc)

Dan manalah tau bila ada sesiapa yang tak puas hati dekat aku, jadi commenter terbaik tulis bahasa2 kesat dekat profile aku.huh.. (fikir over pula)

Teringat pula dalam Kitab Bidayatul Hidayah karangan Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a dalam fasal pertama: Cara-cara meninggalkan maksiat yang zahir. Bab menjaga dua tangan.

"Maka hendaklah engkau menjaga kedua tanganmu daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah dan engkau jaga pula tanganmu daripada mengkhianati amanah atau simpanan orang dan daripada menulis sesuatu yang tidak boleh dituturkan, kerana tulisan adalah satu di antara dua lidahmu maka hendaklah engkau jagakan qalammu (tulisanmu) daripada menulis sesuatu yang diharamkan memperkatakannya."

Akhirnya, aku buat juga kata putus..

Tak jadi buat facebook!

Tajuk di atas tu? (scroll kejap). Umpan je buat kawan-kawan yang teringin sangat suruh aku buat fb. haha..

Dan buat tuan punya badan yang dari dekat terminal seremban tanya aku the reason why aku tak buat. (you know who you are). Maybe kau boleh proceed dengan kajian kau dan bentangkan dekat aku. aku support! debater kan hebat!

Aku rasa banyak lagi perkara penting yang perlu dikejarkan. duduk dekat blog buat entry ni je pun dah makan masa (walaupun asyik buat link je, malas nak tulis) . Banyak pros and cons. Kalau aku buat maybe banyak yang kontra dari niat sebenarnya. Entah.. benda yang tak sure ni baik aku lupakan.hmm..

Wallahua'lam.