Lama juga dah tak usha blog ni. Seingat saya last buka sehari sebelum balik kuantan hari tu, betul2 the day of maal hijrah.1 Muharam melabuh tirainya dengan saya melihat kejayaan pencuri pecah masuk rumah saya pagi2 buta. Orang azam tahun baru nak jadi lagi baik, dia azam nak ceroboh rumah orang. memang terbaik!
Kesian adik saya, Faiz kena curi hp yang tak sampai sebulan beli hasil titik peluh dia. Dia pun satu, pencuri tu ambil jam tangan kat tangan dia pun tak sedar. apa da. purse papa dengan beg mama pun dia sempat ambil. Nasib baik dia tak sempat masuk bilik saya. kalau tak habis lesap laptop dalam tu. Alhamdulillah..
Yang tak puas hatinya dengan pegawai penyiasat yang datang pagi tu. Setakat ambil gambar je buat cukup syarat siapkan report then balik gitu je semua orang boleh buat. Bila suruh ambil kesan cap jari dengan kasut yang ada, macam2 alasan. kering sangatlah, basah sangatlah susah nak ambil. Memanglah barang yang hilang tak sampai sejuta pun, tapi mereka memang tak patutlah buat macam tu memandangkan dah banyak gila kes curi kat kawasan tu. Pencuri tu pun kami syak budak2 sebab dia tak ambil benda berat2 macam tv ke komputer ke. Pernah dulu sekali sport shoes saya nak masuk asrama pun dia pergi ambil dengan payung dekat sebelah rak kasut (sebab masa tu hujan lebat).
Kesimpulan dari kes pecah masuk ni,
1. saya tak berperasaan sangat mungkin sebab tak ada barang saya yang hilang atau azam bersama hijrah saya yang mungkin masih segar masa tu. err..
2. kena biasakan bangun malam/ pagi2 buta (dengan kata lain, bangun bertahajud). Mungkin pencuri tu tengok rumah ni asyik gelap je pukul 3,4 pagi.hehe..
3. berhati-hati sepanjang masa
4. think positive. setiap kejadian tu ada hikmahnya. jadinya kena redha dan yakin dengan Allah.
5. kalau betul la budak yang dicakap-cakap oleh orang sekeliling tu, maybe kita kena tanya dia baik2 (sebab tak ada bukti). mana tau dia kena paksa oleh orang lain ke. maybe dia ada problem ke. bukan dengan jalan mudah, belasah ke sebab saya yakin keganasan tak akan selesaikan masalah. kita sekarang ni lebih pandai bercakap. jarang yang care. jarang yang give a cent. (cakap untuk diri seniri juga)
6. 'pihak berkuasa' tu memang memburukkan la nama pegawai2 lain yang ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab mereka. kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga. (kalau la tau nama mereka, awal2 lagi saya dah buat report sebelum rosak semua susu)
cukup untuk malam ni. InsyaAllah kalau berpeluang nak cerita journey ke kl, ke cfs dan ke kem kepimpinan (under scholarship BKTA) baru2 ni atau at least upload la sekeping 2 gambar bila internet ok macam dekat taman tun yang dpt hsbb.
Best regards,
No comments:
Post a Comment