Showing posts with label unexpected. Show all posts
Showing posts with label unexpected. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

Pecah masuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama juga dah tak usha blog ni. Seingat saya last buka sehari sebelum balik kuantan hari tu, betul2 the day of maal hijrah.1 Muharam melabuh tirainya dengan saya melihat kejayaan pencuri pecah masuk rumah saya pagi2 buta. Orang azam tahun baru nak jadi lagi baik, dia azam nak ceroboh rumah orang. memang terbaik!

Kesian adik saya, Faiz kena curi hp yang tak sampai sebulan beli hasil titik peluh dia. Dia pun satu, pencuri tu ambil jam tangan kat tangan dia pun tak sedar. apa da. purse papa dengan beg mama pun dia sempat ambil. Nasib baik dia tak sempat masuk bilik saya. kalau tak habis lesap laptop dalam tu. Alhamdulillah..

Yang tak puas hatinya dengan pegawai penyiasat yang datang pagi tu. Setakat ambil gambar je buat cukup syarat siapkan report then balik gitu je semua orang boleh buat. Bila suruh ambil kesan cap jari dengan kasut yang ada, macam2 alasan. kering sangatlah, basah sangatlah susah nak ambil. Memanglah barang yang hilang tak sampai sejuta pun, tapi mereka memang tak patutlah buat macam tu memandangkan dah banyak gila kes curi kat kawasan tu. Pencuri tu pun kami syak budak2 sebab dia tak ambil benda berat2 macam tv ke komputer ke. Pernah dulu sekali sport shoes saya nak masuk asrama pun dia pergi ambil dengan payung dekat sebelah rak kasut (sebab masa tu hujan lebat).

Kesimpulan dari kes pecah masuk ni,
1. saya tak berperasaan sangat mungkin sebab tak ada barang saya yang hilang atau azam bersama hijrah saya yang mungkin masih segar masa tu. err..
2. kena biasakan bangun malam/ pagi2 buta (dengan kata lain, bangun bertahajud). Mungkin pencuri tu tengok rumah ni asyik gelap je pukul 3,4 pagi.hehe..
3. berhati-hati sepanjang masa
4. think positive. setiap kejadian tu ada hikmahnya. jadinya kena redha dan yakin dengan Allah.
5. kalau betul la budak yang dicakap-cakap oleh orang sekeliling tu, maybe kita kena tanya dia baik2 (sebab tak ada bukti). mana tau dia kena paksa oleh orang lain ke. maybe dia ada problem ke. bukan dengan jalan mudah, belasah ke sebab saya yakin keganasan tak akan selesaikan masalah. kita sekarang ni lebih pandai bercakap. jarang yang care. jarang yang give a cent. (cakap untuk diri seniri juga)
6. 'pihak berkuasa' tu memang memburukkan la nama pegawai2 lain yang ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab mereka. kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga. (kalau la tau nama mereka, awal2 lagi saya dah buat report sebelum rosak semua susu)

cukup untuk malam ni. InsyaAllah kalau berpeluang nak cerita journey ke kl, ke cfs dan ke kem kepimpinan (under scholarship BKTA) baru2 ni atau at least upload la sekeping 2 gambar bila internet ok macam dekat  taman tun yang dpt hsbb.



Best regards,

Wednesday, April 28, 2010

pão penerus hidup

pão sudah sebati dlm darah dagingku..
sejak dulu lagi 
terutama ketika aku menempuh zaman pra-siswazah di cfsiium
dialah yg sudi menemani aku tika pagi
ketika study,
mahupun bila fadz,rummateku tiada di bilik.
dialah penyokong kuatku utk berdiet =)
 dan mengurangkan perbelanjaan harian aku sehinnga 30%
syabas bete!

pão bukan 'pau'. mungkin dlm kumpulan yg sama.itu bahasa portugeese. In malay we call it roti.
petang tadi tergerak hati nak search jakim. nak check halal tak roti yg aku bawa dkt office. Surprisingly,jawapannya,
Sijil Tamat Tempoh (berkuatkuasa 30 mac 2010)

Alang2 tu, search product lain. roti yg biasa aku beli dkt kiosk zainab tu tak ada dlm senarai! Perlu lebih berhati-hati lepas ni.


ohh..jgnlah mudah terpedaya dgn logo halal apatah lagi kalau yg tak ada.

Nasib baik sekarang ni boleh tahu direct terus ke jakim dgn sms. Just a simple step:
taip halal[bar code] then, send to 32728

eg: halal[ 9551234567891]

nak online pun boleh. 

mencari yang halal tu kan tanggungjawab kita.

p/s: hari ni mama first time masak ikan keli..almaklumlah dkt rumah ni faiz dgn aqilah je yg mkn. first time juga aku merasanya walaupun sedikit geli mula2. sodap jugak! papa puasa satu hari.haha..


Thursday, April 8, 2010

cuaknya!!

Jantung aku dah berdegup kencang ni...

Dupdap..dupdap..

Tadi baru je dpt email.dari..

The Khazanah Watan Scholarship Programme

berdebar2 kot..



Dear Candidate,
On behalf of Yayasan Khazanah, we are pleased to inform that you have been short-listed to attend the first stage of the Khazanah Watan Scholarship Programme selection process.

Details of your session are as follows:

Date : 14 April 2010 (Wednesday)
Time : 9.00am – 12.00noon
Venue : Odyssey Hall, Level 7, Mercu UEM Building, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur.

 Alhamdulillah..
Dpt shortlisted..
Tak sangka kut.. 
Nampaknya kena minta cuti ni..

Thanks kpd Sir Nazim yg suruh mengapply.hehe..

Doakan aku nanti!


apa yg perlu prepare?? 

still berdebar2 lagi.. 

 p/s: sape lg dpt? ti bole gi sama2.hehe.budak2.