Bekerja sebagai operator kilang bukanlah kerja mudah seperti yang dijangka. Anda memerlukan ketahanan fizikal agar tidak jatuh pengsan apabila bekerja 12 jam tanpa henti (cehh.. rehat 3 kali sebenarnya) atau jatuh kelopak mata gara-gara tertidur apabila bekerja di shift malam. Anda juga memerlukan kemantapan mental untuk sabar menyiapkan segala tugasan yang diberikan.
cerita pagi tadi.
Lebih kurang pukul 1.35 pagi , selepas rehat 35 minit dengan nasi hujan panas (sumbangan ikhlas pihak HR company di hari Jumaat yang mulia) aku telah di serabutkan dengan berpuluh-puluh 'sheet' (setiap satu mempunyai 56 blok-blok access card) untuk di rework.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, aku ditugaskan menjaga machine ATS
p/s: terms yang digunakan mungkin kurang tepat.
Ambil senyap-senyap.. |
Dan
la haula wala kuwwata illa billahil aliyilazim..
Tiba-tiba, pukul 3 lebih tadi BLACKOUT!!!
Dan perkataan yang pertama keluar dari mulut aku..
Alhamdulillah..
Gembira tak terkata. Terlupa seketika perkataan takut berada dalam kilang yang gelap gelita. Sebab apa? Aku dah terlepas dari beban kerja yang menyerabutkan itu. Lebih kurang 3.50 pagi macam tu, kami diarahkan pulang. Walaupun tak dapat full gaji untuk hari tu, tapi tak kesah pun. Yang penting dapat balik awal =)
Nikmatnya bila sampai di rumah. Betapa banyaknya nikmat yang Allah kasi dekat aku. Syukur alhamdulillah..
Tetiba teringat saudara Islam kita di Palestin. Kesiannya bila fikirkan nasib mereka di sana di bawah kekejaman Israel Laknatullah. Dengan nikmat kesenangan dan keselesaan kita di Malaysia ni, aku memohon rakan-rakan yang membaca dan diri aku sendiri agar tidak putus-putus berdoa untuk mereka di sana. Mungkin kita bukanlah manusia yang terpilih untuk berjihad di sana. Namun dengan doa dan usaha insya Allah zaman kegemilangan Islam akan dijulang semula satu hari nanti.
Apa yang boleh diusaha? Pada fikiranku, mungkin salah satunya sebagai pelajar kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Gunakan segala kemudahan yang ada untuk dapatkan ilmu yang bermanfaat. Jadi expert dalam bidang yang kita ambil. Tak kesahlah bidang apa sekalipun. Insya Allah kita boleh guna pakai untuk menaikkan Islam semula.
Best regards,
No comments:
Post a Comment