Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

takut

Bismillahirrahmanirrahim..
"Kau tahu tak, beberapa tahun ni bas yang aku naik dari kedah mesti sampai dalam pukul 7 lebih kat kuantan."
"Habis tu hang solat subuh kat mana? Dia berhentilah time suboh?"
"Tulah yang aku tension weh. Dia tak penah berhenti plak tu" 
"Hang tak suro pak cik bas tu berhenti ke?"
"Takut wehh..."

Inilah realiti masyarakat kat luar. Satu yang aku nampak, masyarakat yang semakin jauh dengan agama, sehingga lupa pada kehidupan beragama. Kedua, masyarakat kita (dan kita) yang sering hidup dalam ketakutan walaupun untuk menegakkan satu kebenaran, menegakkan satu yang hak.

Kata-kata Prof Tariq Ramadan dalam klip video Spirit of RIS 2013 menyentap jiwa aku saat mendengarnya buat pertama kali,

"What are you doing with your education? Are you using this education to be the agent of change or just integrated absent and visible citizens?"


Sampai bila kau mahu hidup dalam ketakutan (cakap pada diri sendiri). Kita belum diuji dengan cubaan dibunuh atau dirogol atau diseksa dengan dasyatnya seperti saudara seIslam kita yang lain tapi itupun kita tak mampu untuk bercakap, "pakcik, boleh berhenti sekejap tak, saya nak solat subuh".. paling kecik pun mungkin kita akan bertekak sedikit di depan bas dan mengejutkan semua penumpang yang sedang lena tidur..

kebenaran itu pahit. bak kata dr mat rofa.

Diri sendiri pun perasan bila berdepan dengan perkara yang bersangkut-paut bab agama atau perbincangan isu atau sesuatu masalah yang besar kita rasa takut untuk menyuarakan dek kerana rasa rendah diri terhadap ilmu yang kurang atau inferiority terhadap manusia sekeliling. Dan akhirnya mengambil pendekatan diam dari berkata apa-apa. Tapi tidak sepatutnya isu melibatkan akidah dan sesuatu yang haq kita biarkan. Selain kita mendapat mudarat, orang lain pun turut kita bawa sama kerana tidak mendapat kefahaman yang jelas...dan sebenarnya banyak lagi isu-isu sejagat yang memerlukan kita untuk tampil kehadapan menyelesaikannya atau paling tidak pun menyatakan stand kita untuk perkara tersebut! *semangat tahun baru dah masuk

"This is our time. And the challenges of our time are our challenges. And our fibre, our matter will be measured based on how well we stand up to these challenges " -Imam Zahid Shakir, Spirit of RIS 2013

Moga tahun baru ni kita dapat pertingkatkan lagi kualiti hidup kita. Bukan setakat akademik saja yang cemerlang [yang hanya pada paper semata-mata dan exam-oriented (dalam konteks Malaysia)], tapi kita juga perlu seiringkan activisme, intellectualisme dan spritualisme kita pada masa yang sama. Hidup biar berjasa!

*spirit of RIS sedang merasuk jiwa untuk tahun baru ni. haha.


sekadar perkongsian.. wallahua'lam. 

Friday, October 25, 2013

Sumber kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim..





Kekuatan barangkali boleh dibahagi kepada dua yakni kekuatan fizikal dan kekuatan rohani. Tidak berpada/cukup kalau seseorang itu punya kekuatan fizikal sahaja dan menumpukan hanya untuk memperkasa kekuatan fizikal tanpa jiwa rohani yang kental. Kekuatan fizikal yang tampak hebat dimata manusia bila-bila sahaja boleh tumbang jika rohaninya lemah.

Sebab itu mudah sahaja kita dengar cerita-cerita manusia (malah kisah hidup kita sendiri) yang bekerja keras mengejar dunia tetapi hidup sering-kali berasa kecewa dan gelisah kerana sentiasa tidak berasa cukup dengan segala yang dikecapi. Kita mungkin punya kekuatan fizikal untuk mengejar cita-cita (duniawi) kita tapi tak cukup kekuatan rohani untuk redha dengan segala ujian Allah dipertengahannya dan ketentuan Allah diakhir usaha kita..

Ada satu tips yang dikongsi oleh Ustazah Nor Hafizah dalam Usrati di IKIM.fm tadi untuk kita mungkin boleh sama-sama beramal agar diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah.

Kata ustazah yang ketika menukilkan satu hadis, kemulian seorang mukmin adalah pada bangun malamnya. Dan dalam surah al-Muzzammil juga Allah mengajak kita untuk bangun solat pada waktu malam kerana padanya lebih kuat mengisi jiwa dan menyiapkan kita untuk menempuh siang yang panjang dan sibuk.
 
Ya, yang selama ini kita cari adalah kekuatan jiwa/rohani/ ukhrawi (namakan sahaja apa yang seangkatan) untuk menempuh kehidupan dunia dan akhirat dengan jayanya tapi kita manusia sering tersalah pilih kerana pandangan alam kita yang limited yakni hanya untuk duniawi.  Maka kita lupa untuk memperkuat rohani kita setiap hari walaupun hanya untuk bertahajud 2 rakaat.

[1] Wahai orang yang berselimut!. 
 [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 
 [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, 
 [4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. 
 [5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). 
 [6]Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. Al- Muzzammil, 73: 1-6


Indahnya Islam! Semuanya dah diajar dalam kitab yang mulia dan suci al- Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Semoga kita ditingkatkan ilmu dan kefahaman juga diberi kekuatan untuk terus istiqomah beramal dengannya..

Salam Jumaat yang penuh berkah!
Mahallah Maimunah 8, IIUM Kuantan



Wallahualam.

Monday, March 28, 2011

Halawatul iman

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!

Saban hari semalam dengan nota-nota bahasa melayu, otak ni ligat berfikir benda lain. respon kepada apa yang dilihat daripada keadaan sekeliling.

all this while, i've just realized that our actions indeed give a very huge impact to us today and to our future. they too affect the people around us.

saya tak tahu nak cakap macam mana. tapi, hmm..macam mana nak mula eh.

tanggungjawab kita dekat dunia ni amat besar. amat amat besar sampai kadang2 saya rasa nak nangis bila tengok diri sendiri lepas pandang tugas2 tu begitu saja. even tak de pegang jawatan tinggi-tinggi pun,  tanggungjawab jadi kakak, jadi anak, jadi student, kawan kepada kawan,  roommate kepada ahli bilik 2.8, salah seorang dari masyarakat setempat ni pun dah cukup dah. kalau ada list of duties yang saya perlu buat tak tahulah saya dah fulfill semua ke belum. mesti ada banyak petak2 kosong yang belum tick lagi.

kadang2 kita tak sedar bila kita ada peranan dalam masyarakat sekeliling, segala apa yang kita buat akan diperhatikan oleh orang. lagilah besar tanggungjawab tu bila diamanahkan dengan tugas sebagai ketua negara, ketua keluarga, ketua kampung, segala jenis ketua termasuklah jadi orang paling tua dalam kelompok sesuatu masyarakat. he..segala perkara, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. cara kita berpakaian, pembawakan diri, pergaulan semua akan dilihat. barangkali dijadikan contoh dan diikuti. macam artis.

pernah dulu, saya marah adik saya sebab dia suka sangat dengar lagu rock metal yang entah apa2 dan memeningkan kepala bagi saya. apa dia jawab, kakak tu asik dengar lagu mariah carey boleh pulak. haha sama je tak de beza.dusshhh.. amek kau. kena sebijik! dan teguran budak kecik ni kadang2 terkesan juga.

teringat masa zaman asrama dulu, setiap petang before maghrib tu mesti ada naqibah yang on duty pergi bilik ke bilik minta turun musolla baca mathurat dengan solat jemaaah maghrib. tapi masa tu memang agak keras kepala sikit. lagi2 bila tengok ada je naqibah yang tak turun, borak2 makan2. apa lagi, tunjuklah rebellious sikit. dorang boleh takkan kita orang tak boleh. apalagi, selamba melepak dalam bilik. turun lambat2. atau terlalu lambat sampai kena sodom (solat dalam dorm). buruk betul perangai.

bila dah besar sikit ni saya terfikir kenapa kita suka ikut orang kalau mereka buat perkara yang tak elok? i mean, perkara yang tak elok tu lebih kepada perkara yang Allah larang atau perkara yang sia-sia.dan kenapa kita yang dah besar ni tak boleh jadi qudwah hasanah pada orang sekeliling kita.  yes, we are all human and human do mistake. i do mistake. you too. boleh ke kita salahkan kelemahan2 kita ni untuk terus bergelumang dengan segala perkara2 buruk ni. Allah gives us aqal for us to think and make changes.

kadang2 kita tak perasan yang selama ni kita campur adukkan diri kita dengan perkara baik dan tidak. kita rasa dah ok cukup solat 5 waktu, puasa, sedekah segala bagai tapi dalam masa yang sama kita buat juga tabiat2 buruk yang lain. kalau rasa nak berubah tu sebenarnya betul ke kita dah letakkan kedua-dua tapak kaki kita dekat jalan yang kita pilih tu? ke satu tapak lagi teragak-agak nak ikut jalan tu ke tak. kalaulah diibaratkan seperti syurga dan neraka, boleh ke kita duduk tengah2, separuh badan kat syurga separuh lagi nak rasa2 api neraka tu?

entahlah. kenapa kita begitu mudah terpedaya dengan nafsu kita? susah nak jawab. saya pun tengah cuba bertarung. sebab saya pun selalu kalah dengannya.begitu bermaharajalela nafsu ni.

dan kadang2 kita begitu letak pengaharapan yang tinggi pada seseorang hingga bila orang tu hancurkan segala harapan kita, segala kepercayaan kita, kita jadi begitu kecewa. kita lupa yang manusia ni kadang-kadang lupa. kadang-kadang tersasar juga. kita lupa yang Allah tu ada untuk kita bergantung harap. lupa pada Rasulullah SAW yang boleh dijadikan contoh terbaik.

there was one time kak alya had quoted one hadis,

Ada 3 perkara, barangsiapa yang memiliki 3 perkara tersebut maka dia akan merasakan manisnya iman:
1. Cinta pada Allah dan Rasul lebih dikasihi olehnya daripada selain kedua-duanya
2. Tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api neraka
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)

and Rasulullah SAW once said, if you feel no shame, do whatever you wish. and i really hope one day, we all can feel the sweetness of iman by having a little shame of doing some bad things.bit by bit. one day insyaAllah..

p/s:this is only my mere observation and opinion. a kind of self reflection that perhaps will be nicer if it could be shared with you guys. i know i'm not good enough to talk about religion related topic .. but yet it's our duty to try our best to learn, practice and share the knowledge that we'd learned. tugas amar maaruf nahi munkar tu takkan terlaksana kalau semua orang nak tunggu diri jadi perfect.


Best regards,

Friday, February 25, 2011

Dia lagi tahu...

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah..segala Puji adalah bagi Allah tuhan yang memberi nafas untuk aku hidup sehingga sekarang ni..

Setinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas segala nikmat yang diberikan.

Setelah sekian lama, dapat juga mengupdate blog :) maaf blog kerana melupakan kamu buat seketika.

Malam ni rasa nak online. Lupakan seketika latihan linear algebra yang mengantukkan, Modern algebra yang memeningkan dan segala benda yang berbentuk akademik.

ohh.. tadi ada halaqah, lepas beriftar jamaie. Perbincangan dan perkongsian mengenai  Syukur. Nampak simple benda ni bukan?

Atas apa pun yang kita terima sekarang ni. kita patut bersyukur. bersyukur pada siapa? mestilah pada Allah yang berikan kita segala nikmat ni. Nikmat hidup senang, nikmat kesihatan, nikmat kepandaian, nikmat ada ibubapa, nikmat berkeluarga, nikmat dikelilingi dengan kawan2 dan sahabat2 yang baik, nikmat makan, nikmat tidur,nikmat kesabaran, nikmat kesedaran, nikmat nikmat nikmat ..ohh.. banyaknya nikmat kalau nak disenaraikan.

even sakit tu pun satu nikmat. Allah bagi kita demam contohnya, mungkin sebagai satu kifarah untuk dosa2 kita sebelum ni. Allah bagi kita ruang untuk berehat, muhasabah diri yang semakin menjauh.Tak nak kita tanggung beban dosa yang bertimbun-timbun kat kubur nanti. Allah bagi kita selesema, hilang satu deria- bau buat seketika. dapat kita elak satu bala bau taik kucing yang bersepah kat koridor mahallah. alhamdulillah..

Kadang-kadang tu kegagalan dalam hidup buat kita tersedar yang kita masih tak berusaha kuat ke arah nak capai kejayaan tu. Kadang2 cakap je nak bekerja keras tapi tak pun buat. Kegagalan tu ajar kita jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya... Ataupun Allah tu nak uji sejauh mana kita boleh redha dengan qada' dan qadar ketentuanNya. Tak semestinya apa yang kita usahakan tu kita akan dapat directly or immediately sebab kita bukan maksum. tu semestinya. :)

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al- Baqarah, 216)

 " Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." ( Al- Baqarah,286)

 Bersyukurlah atas segala yang ada sekarang.  Positive dengan Allah and say Alhamdulillah!




Alhamdulillah.. saat ini masih lagi terasa segala nikmat itu ialah nikmat. InsyaAllah..




Best regards,

Wednesday, November 24, 2010

Dirimu begitu berharga..

Bismillahirrahmanirrahim..

Entry ini khas buat diriku, mereka yang bergelar wanita dan juga buat kaum adam yang hidupnya tidak lari daripada kelompok  kaum hawa (sama ada ibu, adik, kakak, nenek, rakan dan sepapatnya).

terimalah....


2 Sebab Wanita Masuk Neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". (nauzubillah)

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Sedang memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tutur kata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." 

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

C&P (copy and paste) dari: Ustaz Azhar Idrus's blog


Wallahu'alam


Best regards,

Monday, November 15, 2010

Esok Hari Arafah

Bismillahirrahmanirrahim..



Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW : 

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). 

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). 

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : 

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA
 
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- 

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. 

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : 

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : 

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. 

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. 

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. 

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32) 

Sebuah hadis menyebut  : 

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan ) 


p/s: Insya-Allah, kalau ikut calender esok 9 Zulhijjah. Jom sama-sama   merebutnya!


Best regards,

Tuesday, April 27, 2010

filem kita, budaya kita

 urmmchakk!..

dah berabuk betul blog ni aku tengok..
lama juga dah tak online ni..

Baru2 ni adalah tengok satu drama tv ni. menarik cerita dia.kisah seorang lelaki yg cuba nak guide seorang perempuan.Perempuan ni dari broken family, a bit social la tp ada potensi utk dibimbing ke jalan yg lebih baik.jalan menuju Allah.

Apa yg memusykilkan aku, dlm masa yg sama lelaki tu boleh pula meminta couple dan bersentuhan kulit dgn perempuan tu. Mungkin rata2 kita rasa perkara ni biasa. Couple. biasalah..yg lelakinya rasa kurang macho kalau tak de aweks, perempuan pula rasa  tak laku bila tak ada org yg nak. Yang penting islamization tu ada. sikit2 pun jadila..

ana uhibbuka fillah..sejauh mana kita mampu mencintai seseorang itu kerana Allah? Mencintai Allah melebihi cinta kita kpd kekasih kita?


Niat yang baik tak menghalalkan cara yang haram

Walaupun dah rasa yg si pulan/pulanah tu bakal kita punya husband/wife in the future. Itu 'in the future'. 'future' tu pun tak sampai lagi. Perancangan Allah. Siapalah kita yg boleh predict. Sekarang mungkin kita boleh gelak ketawa dan bersuka-ria. Namun gelak tawa kita itu menambahkan bukti kepada Allah ttg keberanian kita mendurhakaiNya.

Teringat kata2 Ustazah Asiah Aling masa awal2 kelas fim dulu..

"Bagaimana institusi keluarga tu nak kukuh kalau permulaanya sudah kita cemari dengan perkara2 yg tidak diredhai Allah."

***

" Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" (Al-Ankabut,69)


InsyaAllah kalau ada terdetik dalam hati kita akan kesalahan kita, janganlah kita berlengah lagi utk berhijrah. Takut2 saat hidayah Allah itu dtg kita lengah-lengahkan, bila ia hilang kita akan terus hanyut dgn kesalahan kita hinnga ke akhir hayat..wal iya zubillah, mudah-mudahan Allah memelihara kita..


self-monologue
Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, InsyaAllah Allah Taala akan permudahkan jalan itu.  Amin..