Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Esok Hari Arafah

Bismillahirrahmanirrahim..



Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW : 

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). 

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). 

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : 

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA
 
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- 

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. 

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : 

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : 

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. 

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. 

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. 

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32) 

Sebuah hadis menyebut  : 

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan ) 


p/s: Insya-Allah, kalau ikut calender esok 9 Zulhijjah. Jom sama-sama   merebutnya!


Best regards,

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa!

Bismillahirrahmanirrahim..

Macam tak percaya pula esok hari ni (dah lepas 0000) puasa..
Rasa macam baru je lepas terawih dekat masjid malaya uia pj tu..
Macam baru je jalan kaki dengan Anas & Syira, buka puasa tiap-tiap hari kat sana..
balik terawih, sambung moreh dekat mahallah zainab.huhu..
Pergi bazaar Ramadhan..
bubur lambuk..
tadarus..
qiamulail..
raya..

Semalam pergi KOP (kulliyah of pharmacy) ada launching of Ihya' Ramadhan Programme. Besar KOP tu. Tapi bangunan dia tak adalah nampak macam sunyi-sepi-terbiar macam dekat CTS..

Ada talk kat sana oleh Ustaz. Suhaimi Md Saad. Tajuk dia Ramadhan oh Ramadhan. Talk yang best tambah lagi dengan mc yang kelakar dan jadi tukang translator dan pengkonklusi bm-bi.

Rasanya ni lah talk pertama yang sy pergi kat uia ni. Kat sini memang beza dengan cfs dulu. Dulu setip minggu ada je talk. Kadang-kadang tu satu malam sampai 2,3 talk, sampai confius budak-budak ni nak pergi yang mana satu. Kalau kat sini jarang-jarang la. Mungkin sebab jadual yang agak pack menghadkan masa untuk organize sesuatu event.

Berbalik pada talk tadi. Rasa macam nak share beberapa point yang sempat dikutip. Kata ustaz, bulan puasa ni adalah bulan yang mana Allah nak tengok siapa di kalangan hamba-Nya yang bertaqwa.

Taqwa ni sesetengah orang kata takut. tapi bukan macam takut dekat hantuss, takut yang kita lari darinya. Taqwa ni antara takut dan rindu. Takut kita pada Allah tak menjauhkan diri kita kepadaNya tapi makin dekat dan makin rindu pada Allah. Kata ustaz lagi, orang yang bertaqwa ni dia terima sahaja apa yang ditentukan oleh Allah. Never say NO. Sebab setiap perintah tu ada hikmah yang besar yang kita sendiri kadang-kadang tak sedar.

Puasa. Puasa ni juga merupakan latihan bagi kita. Contohnya:

1. Bangun sebelum subuh untuk sahur,
kita dilatih sebulan untuk bangun pagi sebelum subuh. dengan latihan ni insyaAllah diharapkan kita dapat praktikkan selepas dari bulan Ramadhan kerana orang mukmin mulakan hidup sebelum subuh, bertahajud, tunggu azan subuh dan solat beramai-ramai(jemaah).

2. Tepati masa
kalau puasa, sure kita on time bila bab buka puasa. kadang-kadang azan pukul 7 lebih, 6.30 dah duduk depan meja makan, tunggu biduk berbunyi. Baguslah tu sebab sunat menyegerakan (maksudnya, punctual la) berbuka dan makruh kalau melambat-lambatkan (btw, ada ke orang yang saja-saja lambat?). Semua sharp on time.Waktu puasa ni lah semua ambil tahu bila waktu maghrib yang sebenar-benarnya.. Islam nak ajar kita tepati masa, bukan setakat dalam skop solat dan ibadah semata tapi juga dalam segala urusan kehidupan. kena praktis ni!

3. Perbanyakkan ibadah
solat terawih yang kita buat dalam bulan Ramadhan tu melatih kita untuk kekalkan solat 5 waktu sehari semalam selepas Ramadhan Kalau solat terawih 8,20 rakaat tambah lagi dengan witir 3 rakaat mampu kita buat insyaAllah 5 waktu wajib solat tu tak tinggal. Dalam pada itu, kita juga dilatih untuk solat berjemaah. Pahalanya berlipat ganda.

Ustaz juga menyarankan kita berqiamulail dan merebut sepuluh malah terakhir Ramadhan. Semoga kita berjumpa dengan satu malam yang ganjarannya seperti 1000 bulan beribadat kepada Allah, lailatulqadar.

Selain tu, kena banyakkan baca al-quran. Much better kalau tahu maknanya. Tapi kalau tak tahu, usahan cari yang tafsir supaya kita boleh tengok terjemahannaya.Baca sikit-sikit dulu pun tak apa sebab Rasulullah suka amalan yang sedikit tapi istiqamah.

Itulah serba sedikit yang sy dapat dalam ceramah tu. Sekadar mengisi ruang blog yang dah macam bersawang ni dan nota mengingatkan diri yang sering lupa dan alpa ni. Selamat menjalani ibadah puasa dan maaf zahir dan batin kalau ada salah silap.

Orang mukmin adalah mereka yang hari ni lebih baik dari semalam.
Semoga Ramadhan kali  ni lebih baik daripada Ramdhan yang lepas.

Best regards,