urmmchakk!..
dah berabuk betul blog ni aku tengok..
lama juga dah tak online ni..
Baru2 ni adalah tengok satu drama tv ni. menarik cerita dia.kisah seorang lelaki yg cuba nak guide seorang perempuan.Perempuan ni dari broken family, a bit social la tp ada potensi utk dibimbing ke jalan yg lebih baik.jalan menuju Allah.
Apa yg memusykilkan aku, dlm masa yg sama lelaki tu boleh pula meminta couple dan bersentuhan kulit dgn perempuan tu. Mungkin rata2 kita rasa perkara ni biasa. Couple. biasalah..yg lelakinya rasa kurang macho kalau tak de aweks, perempuan pula rasa tak laku bila tak ada org yg nak. Yang penting islamization tu ada. sikit2 pun jadila..
ana uhibbuka fillah..sejauh mana kita mampu mencintai seseorang itu kerana Allah? Mencintai Allah melebihi cinta kita kpd kekasih kita?
Niat yang baik tak menghalalkan cara yang haram
Walaupun dah rasa yg si pulan/pulanah tu bakal kita punya husband/wife in the future. Itu 'in the future'. 'future' tu pun tak sampai lagi. Perancangan Allah. Siapalah kita yg boleh predict. Sekarang mungkin kita boleh gelak ketawa dan bersuka-ria. Namun gelak tawa kita itu menambahkan bukti kepada Allah ttg keberanian kita mendurhakaiNya.
Teringat kata2 Ustazah Asiah Aling masa awal2 kelas fim dulu..
"Bagaimana institusi keluarga tu nak kukuh kalau permulaanya sudah kita cemari dengan perkara2 yg tidak diredhai Allah."
***
" Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" (Al-Ankabut,69)
InsyaAllah kalau ada terdetik dalam hati kita akan kesalahan kita, janganlah kita berlengah lagi utk berhijrah. Takut2 saat hidayah Allah itu dtg kita lengah-lengahkan, bila ia hilang kita akan terus hanyut dgn kesalahan kita hinnga ke akhir hayat..wal iya zubillah, mudah-mudahan Allah memelihara kita..
self-monologue
Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, InsyaAllah Allah Taala akan permudahkan jalan itu. Amin..
No comments:
Post a Comment