Friday, April 16, 2010

Jauh perjalanan luas pemandangan..


"Mak cik, nasi putih dgn sambal kerang berapa?" Pengguna bijak 9 tahun.

"Tengoklah awak ambil banyak mana" mak cik berniaga kt tropicana.

budak tu.. "Kalau kerang satu kira berapa?"

haha..pandai gila budak kecik ni.tak pernah aku jumpa org seprecise mcm tu.3 hari cuti tanpa gaji, too many things had happened. From JB-Muar-KL-UEM Building-JB..UEm Building??huhu..mmg tak le lupa la. To recap:

1. Monday. Pergi SAMURA (sek. men. sains muar) ambil sijil spm. wah.. samura sudah maju! pintu masuk elektronik, rumah cikgu dah bercat. pink & yellow (not a good combination actually). padang dah lawa. kawasan sekitar kubur pun begitu..koop dah maju( tp, still akak koop yg lama).office masuk tak yah bukak kasut lagi.hehe..(ada org kena tegur sbb buka kasut). student pun dah tak payah risau utk fikirkan cara utk mencapub kerana, kalau anda cemerlang muka dan nama anda akan digantung di sepanjang jalan menuju ke sekolah =)

bas JB-Muar= RM15.20 (2jam setengah)
teksi Muar-SAMURA= RM12 (tak smpai 10 minit)

2. Selasa. gerak seawal 7.15 pagi dari rumah kenit(mak cik) dan terus menuju ke cfsiium utk mengambil transcript.mengejut bakal doctor and dentistry (syira & anas) yg tak de class pagi tu..then, study utk interview dkt bilik mereka. Masa tu mmg tak tau apa yg bakal ditanya oleh Khazanah nanti. Jadinya, cubalah utk mengingat segala mission,vision, objective, BoD Khazanah..semua latest issues..sports, one Malaysia, NEM etc..berdebar kot.Thanks anas, payungkan aku sampai bas rapid dtg.

3. Rabu. The first stage of Khazanah Watan scholarship selection process. Buat sesiapa yg bakal shortlist, diharap anda semua jgn lah percaya pada satu blog yg menceritakan experience dia masa interview khazanah because there was no interview at all for the first stage ni! Anda juga jgn terpedaya pada kata2 org yg dkt information centre dkt KL central yg memberitahu UEM building hanyalah disebelah je. tak de lah sebelah yg digambarkan. tq kepada ayah akmar yg sudi menghantar. Akmar budak bioscience.
 
Utk masuk ke dlm bangunan tersebut, anda akan di scan oleh pegawai imegresen bertugas from head to toe. After check nama dkt receptionist counter, semua applicants akan naik lift sampai tingkat 7 menuju ke odyssey hall. sambil menunggu semua masuk, jgn segan silu utk minum mineral water yg disediakan dan gula2 utk hilangkan darah gemuruh bila dpt tahu ada IQ test.tak salah jadi first person yg merasmikan.hehe..

Try to make friends with other applicants. mereka tu org2 hebat. Sebelah aku, farhana. budak uia pj gak.bioscience. pointer 3.73. hehe..aku ingat. depan ada Keong, engineering student and Mei Ling, biomedic. aku jumpa junior aku dkt convent.haha..budak registration time taaruf week pun ada.(shazana tak silap.hehe..sorry lupe)

IQ test. buat sesiapa yg blum try kefungsian akal utk menjawab semua, jgn risau. dia ada divide into 5/6 parts. every parts dia akan briefing sikit and kasi trysatu soalan. tapi, kena cpt2 tangkaplah masa briefing tu. kalau tak fhm boleh tanya org sebelah atau instructor. Ada kena lorek2; cari lukisan geometri yg dia nak dlm lukisan yg berserabut, susun kronologi cerita,probibility yg if and only if tu..teka nombar dkt tmpt kosong; 6,55,12,50,18,45....,....mula2 mmg tak dpt tgkp, tp lps tu ok la. 42 soalan utk 6 minit. mana sempat!lain lah kalau dah praktis. yg beginner mcm aku ni..hui..redha je la.

Apa2 pun aku dah try the best yg aku boleh. kalau tak dpt, maybe tak de rezeki.Ada yg lebih baik dari itu. Allah itukan Maha Mengetahui. At least, aku dah tahu dasar2 negara ni. Apa yg PM tgh usahakan, sejarah2 Malaysia, latest issues kt luar & dlm negara, menteri2...selama ni buat aci tak aci je. Aku pun dah semakin nampak hala tuju aku dlm field yg aku pilih ni. Tapi kalau dpt, ada lagi 2 sessions. interview and meet the Board of Director. Dato' Seri Najib chairman tau..

Apa yg aku belajar, seperti kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Merugikan betul. Apa2 interview better call org tu tanya, what kind of selection process will be? Jika bernasib baik dia akan jwb, IQ test atau group discussion ke.. mcm Keong & Farhana.

No comments: