Friday, April 9, 2010

Dialog Rasulullah & iblis

Rasullullah SAW pernah bertanya kepada iblis: “Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku.Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah SWT.”

Jawab Iblis: “Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya.”

Tanya Rasullullah SAW lagi: “Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab Iblis: “Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:
1. Mereka mengakui menyintai Allah SWT tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar.
2. Mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.”

Firman Allah SWT kepada Iblis: “Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan…”

Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah SWT .Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Insyaallah. Semoga hari Jumaat yg mulia ini kita maksimumkan sbyk mungkin dgn perkara2 berfaedah, yg mendekatkan diri kita dgn Pencipta kita, Allah.

dan..

tak lupa utk mencari dan merebut satu saat yg mana Allah perkenankan apa saja doa kita saat itu. Perbanyakan doa ketika:
1. matahari naik
2. matahari tergelincir
3. matahari tenggelam
4. mendengar iqamat
5. katib naik atas mimbar
6. org berdiri utk solat

sekian.salam jumaat.

No comments: