Wednesday, January 26, 2011

calculative mind

Bismillahirrahmanirrahim..

Selesai juga exam untuk first round ni. Lepas Chinese New Year ni ada 3 paper lagi menunggu.huh..

serabut tak serabut. Rasanya sem ni tak adalah serabut sangat macam sem lepas. Walau pun 2 subjek kena belajar dalam group tanpa lecturer. Linear Algebra dan Calculus II. Bukan sebab uia tak cukup tenaga pengajar matematik. Tapi Prof Torla tu memang saja je nak suruh kami perah otak, explore subjek tu sendiri. Tapi nampaknya semua tenang dan selesa belajar secara pbl (problem-based learning) ni. wow..

kusut tak kusut pun, last week saya tetap berbelah bagi sama ada nak stay kat bilik study atau pergi kenduri kahwin lecturer dekat cfs dulu. Plan awal memang nak pergi pun, siap dah bayar duit bas rm14.30. Nak menyesal disebabkan salah pilih method dalam group untuk buat pbl ni tak boleh juga. Group lain lebihkan kepada buat semua latihan yang ada dalam textbook tu. Kata senior prof akan keluarkan soalan sejibik macam dalam buku.  so, siapa yang dah buat semua latihan dalam tu kira mudahlah bagi mereka bila exam. Kami pula memilih untuk fahamkan concept, theorem dan examples dulu. Makanya, pada minggu sebelum exam Alhamdulillah kami berjaya cover semua topik untuk exam tapi exercise satu pun tak buat lagi! mantap! (tak pe, naik cuti ni masih ada masa nak tukar strategi)

panas tak panas badan. nak dijadikan cerita, hari sebelum ke kenduri  Sir Nazim tu saya terbaring je atas katil gara2 ubat selesema yang gila ngantuk tu. Malam tu, melihatkan ada lebih 10 topik lagi perlu dibuat latihan dan perjumpaan silat yang menuntut diri untuk hadir esoknya kerana yuran rm50 dah bayar, saya decide untuk tidak hadir ke kenduri sir, maaf sir. Maaf pihak pengurusan bas! hehe..

watchha!! malam esoknya, tanpa rela hati. saya pergi juga majlis mengijazahan silat dekat sungai sap tu. Pengijazahan? apo ke bendo nya ni?? Mula2 rasa tak nak pergi tapi disebabkan rasa inkuiri untuk tahu tu tinggi saya beranikan diri untuk pergi. tulah, sebelum daftar tak nak buat background research dulu. Kata senior yang uruskan tu, ni majlis biasa je. Macam adab la nak menuntut ilmu tu, kena jumpa guru dia, minta kebenaran. Orang Melayu kan penuh dengan adab.

something to ponder.
Selalu juga terfikir kenapa masyarakat Melayu ni mempunyai banyak sangat adat istiadat, pantang-larang. contoh biasa, jangan duduk atas bantal nanti bontot bisul, anak dara tak baik duduk tepi tangga nanti tak kahwin dll. macam manalah bantal tu boleh trigger bontot untuk keluarkan bisul.lol..tu tak pe lagi. mama kata sebab tak sopan duduk atas bantal. cuma orang tua2 ni hiperbola sikit.

begitu teguhnya pegangan orang Melayu pada adat ni sampai ada peribahasa; biar mati anak, jangan mati adat. entahlah.. Yang pastinya, bagi saya kalau ia tak bertentangan dengan ajaran Islam, tak ada unsur2 khurafat atau unsur2 'pelik' boleh diterima lagi. Tapi kalau ada yang sampai kena mandi minyak la, pakai tangkal la, kena tidur atas kain putih tiga malam berturut-turut la, tak boleh ini tak boleh itu tanpa sebab musabab yang boleh diterima logik akal, saya agak musykil.

Bak kata Dr Razak, kita tak boleh terima bulat2 sesuatu ilmu atau maklumat apa yang datang dekat kita. make used of our logical mind, references, revelation, to think, confirm and claim the facts. that's, the actual Muslim scientific mind goes. Rasa berguna pula belajaq mathematical argumentation, proving by contradiction, kelas ungs, kos, calculation ..

Apa2 pun Selamat Bercuti buat rakan2 cts. Selamat pulang dan selamat balik. >,<



Best regards,

2 comments:

Anonymous said...

dah cuti ke? =D
brape lame?

nay. said...

Anon,
dah..
tambah tolak, ada la dlm seminggu :)
sape ni?