Tuesday, January 15, 2013

adil baru puas hati

bismillahirahmanirrahim..

Ketidakadilan semestinya akan mewujudkan ketidakpuasan hati kan?

Tipulah kalau kita tidak diadili dengan adil, kita akan tenang sambil cicah roti dengan kacang phool dan acting cool macam takde apa yang berlaku. Even kanak-kanak yang dijanjikan aiskrim lepas berjaya cabut uban atok dia pun akan memberontak kalau apa yang dijanjikan tak dapat. Si kanak-kanak yang masih belum baligh pun sudah faham akan konsep adil dan saksama apatah lagi manusia dewasa yang lebih bijak dalam menyatakan hak keadilan dan kesaksamaan.

ahh..Makin meluat melihatkan berita-berita yang keluar dimuka depan akhbar,kaca tv dan internet sejak dua menjak nak dekat pru-13. Semuanya bangkit menyuarakan ke-betul-an pihak masing-masing sambil menjatuhkan 'reputasi' pihak lain. Yang takde kena-mengena dengan politik pun habis semua dikaitkan dengan nama politik dan parti. Sampaikan isu air yang biasa dirujuk ke syarikat bekalan air pun tiba-tiba dikaitkan dengan parti. Apakah? Dekat tv kata satu macam, di internet keluar bermacam2 dari segenap segi dan pelosok. semuanya ingin menang tapi tak pernah lari daripada mencaci orang. haila tak paham la! dan berpesta la sekalian makhluk syaitan melihatkan gelagat manusia yang tak berkesudahan berkelahi.

Stop. Bukan ini yang mahu aku luahkan pada awal pembikinan entry ini.

***

Harapan.
Aku hanya mengharapkan agar pru kali ini akan dijalankan dengan adil. Semua pihak diberi ruang dan peluang yang sama rata juga bebas untuk bermanifesto dan berdebat di hadapan rakyat jelata atau menggunakan media massa yang ada. Teringat akan kupasan Dr MAZA sewaktu Obama menang sebagai president yang aku amat setuju serta panduan dan ingatan ini bagi mereka yang berada/ ingin berada ditampuk pemerintahan.  

Ini saja sebenarnya.

Sedikit keratan untuk tatapan aku,
Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:
“Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”
Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.
gulp!nanges lah kau tika, nanges.

***

bila diadili dengan baik, baru puas hati. walaupun keputusan nanti tak menyebelahi diri insyaAllah semua pihak akan puas hati sebab yang menang itu memang layak untuk menang. dan juga vice versa.

memetik kata-kata Obama saat kemenangan,
"… we may have battled fiercely, but it’s only because we love this country deeply and we care so strongly about its future.”
nak menang bukan sebab rebutkan kuasa semata tapi lebih untuk nak berbakti dan berkhidmat pada rakyat, negara dan agama <3 nbsp="nbsp" p="p">

apa-apa pun..
the key is justice
the master key is of course, pemahaman terhadap sistem islam itu sendiri
Sebab, negara Islam, mestilah kena diperintahperpandukan syariat dan nilai-nilai islami
dan justice tak lain tak bukan ANTARA nilai Islam yang dah diajar nabi 
tak gitu abu, ah chong, kumalasari?

eceh..berpatun pulak malam-malam buta gini.

only my 2 cents. wallahua'lam

Saturday, January 12, 2013

mudah dengan-Nya

bismillah..

sesuatu yang kita tidak biasa dengannya memang mulanya akan jadi kekok. tapi bila kita dah biasa insyaAllah kita akan get used to it. mudah.

mudah.
kadang-kadang (dan selalu juga) kita mudah mengeluarkan kata-kata tapi kurang melakukan apa yang dikatakan.

"cakap memang mudah, buat tengok."
"cakap memang senang, cuba kena kat batang hidung sendiri."

haa.. amek kaw!

pernah baru-baru ni saat tengah genting menghadap exam yang tinggal lagi satu dua paper untuk dihabiskan, Allah uji  bila kata-kata sendiri hampir saja memakan diri, meluluhkan hati hingga berkecai sepai! tapi alhamdulillah..satu ujian/musibah itu sebenarnya membawa kepada muhasabah :)

teringat kata-kata Ustaz Hasrizal sewaktu membaca blog dia tadi,
"Musibah-musibah itu walaupun hakikatnya musibah, ia hadir sebagai kurniaan"
credit
kata seorang penceramah ni (tak ingat); sabar itu mudah kalau dilatih dari awal. dari sekecil-kecil melayan anak kecil, atau lagi penting, menggegas dan menggagahkan diri untuk solat awal waktu saat kerja menimbun atas meja atau mendengar masalah rakan sewaktu diri pun dalam keadan depressed dengan masalah sendiri.. bila ujian besar melanda diri InsyaAllah diri telah bersedia mengahadapinya hasil daripada latihan terhadap ujian yang 'kecil-kecil' ini.

dan sememangnya semua benda akan menjadi mudah dan dihadapi dengan mudah kalau kita think positive dan sandarkan ia pada Allah.. Subhanallah..

mudah bukan?ayuh latih!


p.s: Alhamdulillah.. dipermudahkan untuk mengupdate blog setelah berkurun lamanya ditinggal sepi :)



Friday, November 16, 2012

Palestin

Bismillahirrahmanirrahim..


walaupun kita tak mampu nak berjuang ke sana, keep updating about them and let the World know. Mungkin ada pihak atasan naik muntah hijau tengok update kita lalu membuat sesuatu untuk mereka.

p.s: hari ni sayyidul ayam. hari yg paling byk waktu2 mustajab doa. *doa the only least thing but the best act that we can do in this restraints

niat menulis

Bismillahirrahmanirrahim..

langsung terbaca ini,

"Menulis. Bukan sekadar keghairahan. Bukan juga sekadar mengisi lapang.

Tapi ia alat untuk mencapai tujuan. ;D "-angelpakaigucci

lantas, apa niatku menulis diblog ni?apa tujuan yg nk aku capai? 

perlu sentiasa diingatkan dan mengingatkan diri sebelum menulis agar tidak lari dari maksud asal.hmm.. *garukepala*

Gaza diserang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim..

'reading all the updates on Gaza making me feel helpless.'

ohh lebih bersalah rasanya kerana lambat cakna isu ini.

saat aku sibuk menghabiskan ulangkajiku semalam yg tak habis2 untuk exam pagi tadi, rupanya saudaraku di tanah barakah sana sedang dibunuh dan dibom dengan amat dasyat sekali.

saat aku sibuk berdoa agar examku berjalan lancar dan segala urusanku dipermudahkan, aku lupa untuk cicit kan doa untuk saudaraku di sana.

forgive me Allah and my dear brothers and sisters there..

aku sedar, sesibuk mana kita dgn urusan kerja kita, jangan kita lupakan org sekeliling kita. walaupun hanya seketika. bahagi masa sebaik mungkin utk melaksanakan tanggungjawab dan urusan diri dan mengupdate isu2 semasa. jgn kita ambil endah tak endah isu2 semasa..buku2 bukak juga, jgn lupa bukak berita. sembang2 gelak2 juga tapi jgn lupa saudara2 kita yg ditindas. *memang kena batang hidung sendiri*

sedang kita berdoa untuk diri kita dan keluarga jgn lupa juga diselitkan doa untuk mereka, saudara seIslam kita yang sedang bergelut dan ditindas kerana doa itu senjata mukmin.

p.s:sehari tak baca berita, macam2 berlaku.tergamam aku. dunia hari ini yang penuh cerita. dan derita.