Friday, November 16, 2012

Gaza diserang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim..

'reading all the updates on Gaza making me feel helpless.'

ohh lebih bersalah rasanya kerana lambat cakna isu ini.

saat aku sibuk menghabiskan ulangkajiku semalam yg tak habis2 untuk exam pagi tadi, rupanya saudaraku di tanah barakah sana sedang dibunuh dan dibom dengan amat dasyat sekali.

saat aku sibuk berdoa agar examku berjalan lancar dan segala urusanku dipermudahkan, aku lupa untuk cicit kan doa untuk saudaraku di sana.

forgive me Allah and my dear brothers and sisters there..

aku sedar, sesibuk mana kita dgn urusan kerja kita, jangan kita lupakan org sekeliling kita. walaupun hanya seketika. bahagi masa sebaik mungkin utk melaksanakan tanggungjawab dan urusan diri dan mengupdate isu2 semasa. jgn kita ambil endah tak endah isu2 semasa..buku2 bukak juga, jgn lupa bukak berita. sembang2 gelak2 juga tapi jgn lupa saudara2 kita yg ditindas. *memang kena batang hidung sendiri*

sedang kita berdoa untuk diri kita dan keluarga jgn lupa juga diselitkan doa untuk mereka, saudara seIslam kita yang sedang bergelut dan ditindas kerana doa itu senjata mukmin.

p.s:sehari tak baca berita, macam2 berlaku.tergamam aku. dunia hari ini yang penuh cerita. dan derita.


No comments: