Monday, October 15, 2012

lama terkurung

Bismillahirrahmanirrahim..


pelajaran dan peringatan tu kat mana-mana pun boleh dapat.

Tengok ibu mengandung
kendong perut yang sepikul tu ke hulu ke hilir
sudah boleh ingatkan kita tentang besarnya pengorbanan seorang yang bergelar IBU
allahuakbar

melihat pengemis di tepi jalan pun
boleh ingatkan kita
betapa besarnya nikmat kesenangan yang Allah dah bagi dekat kita
syukur alhamdulillah

hatta tengok kesungguhan semut pun
boleh jadi kagum
wah, kuatnya mereka bekerja!

tak perlu tunggu dari mulut cikgu dalam kelas
atau jiran sebelah bilik
atau mak ayah kat rumah untuk ingatkan kita
alam dan kehidupan ni sendiri merupakan guru terbaik untuk kita
indeed.

kita yang kena cari
kita yg perlu lebih berfikir
atas segala apa yg berlaku di sekeliling..

~layangkan fikiran jauh ke langit biru~


verily therein is indeed a reminder for him who has a heart or gives ear while he is heedful – Qaaf,50:37
15052011,0340

back in 2011, bersama anak2 org asli di sg mas ketika DACSAS..

No comments: