"Sesungguhnya mereka yang dididik merupakan hasil dari pendidikannya. Jika pendidikan itu baik, maka akan menyebar pula kebaikan dan keberkahan kepada selain dirinya. Begitu pun mereka yang dididik dengan buruk, maka keburukan itu tidak akan berhenti sampai pada dirinya saja, melainkan akan menyebar kepada mereka yang ada di sekitarnya dalam beragam bentuk"
- petikan dari kitab Mendidik Anak dengan Benar, tulisan al-Habib al-Allamah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.
Peranan pendidik itu milik kita semua. Di rumah, ibu bapa memainkan peranan terlebih dahulu dalam mentarbiyyah anak-anak dengan mempersiapkan jiwa dan akal mereka dengan memahami seruan agama. Kemudian anak-anak dihantar ke sekolah dan mulalah peranan guru-guru dalam memberi ilmu duniawi atau ukhrawi selain menyelitkan nilai-nilai yang membina jiwa anak-anak yang sedang membesar. Masyarakat sekeliling juga punya peranan yang besar dalam mewujudkan environment (baca: suasana) yang baik. Ya, kita memang punya peranan masing-masing.
*peluh |
Sedih melihatkan kes buli pelajar perempuan beramai-ramai baru-baru ni. Tidak langsung ada rasa belas-kasihan dan takut akan akibat perbuatan mereka malah rasa bangga dengan menghebahkan kepada dunia. Allah Allah.. Moga Allah membuka pintu hati mereka untuk kembali kepada fitrah dan matlamat hidup yang sebenar. Ini belum lagi kita luaskan skop pada masalah-masalah sosial yang lain; kes rogal beramai-ramai, buang anak, penggal kepala orang, dadah dan lain-lain. Takutnya memikirkan diri menghadapi dunia akhir zaman ini.
Mungkin betul kata seorang sahabat baru-baru ni, saat dunia akhir zaman orang beriman akan berdoa untuk dicabutkan nyawa kerana tersangat takut menghadapi kezaliman dunia ini. Betapa dasyatnya dunia ketika itu. Manusia dah tak takut untuk menghadapi mati kerana tak tertahan dengan peritnya hidup di dunia. Allahuakbar..
p.s: entah kenapa aku masih bertahan lagi saat ini. melayan student sambil berkongsi apa yang difikirkan sejak siang tadi di sini. Ya Allah berkatilah masaku.
Mahallah Maimunah 8
IIUM Kuantan
0143
No comments:
Post a Comment