Bismillahirrahmanirrahim..
29 Mei 1453H
Sultan Muhammad al-Fateh bersama tentera-tenteranya berjaya menawan Kota Konstantinopel. Direalisasikan 800 tahun selepas sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam Perang Khandaq,
"..Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.."(HR Imam ahmad)
Mereka berjuang bermati-matian dengan didasari iman dan taqwa untuk merealisasikan hadis nabi kerana mereka yakin asal ianya keluar dari mulut Rasulullah yang mulia, maka ia tidak pernah akan salah. Mereka berebut-rebut mengejar kemuliaan untuk hidup mulia atau mati syahid. Kita pula, sejauh manakah kita yakin dengan janji2 Allah dan Rasul dan menterjemahkannya dengan tindakan? Allah Allah
juga
29 Mei 2014
DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang ditabalkan selaku Sultan Perak Ke-35. Sultan yang disebut-sebut rakyat jelata tanah Melayu sebagai sultan yang menghormati para ilmuan dan meletakkan kedudukan ilmuan di tempat yang sepatutnya. Moga negara ini dilimpahi rahmat dan pertolongan Allah dengan adanya raja-raja yang memerintah dengan didasari dengan ilmu, iman dan taqwa di setiap negeri pemerintahannya.. Allah peliharakan sultan, Allah peliharakan tanah air ini.
No comments:
Post a Comment