Alhamdulillah..segala Puji adalah bagi Allah tuhan yang memberi nafas untuk aku hidup sehingga sekarang ni..
Setinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas segala nikmat yang diberikan.
Setelah sekian lama, dapat juga mengupdate blog :) maaf blog kerana melupakan kamu buat seketika.
Malam ni rasa nak online. Lupakan seketika latihan linear algebra yang mengantukkan, Modern algebra yang memeningkan dan segala benda yang berbentuk akademik.
ohh.. tadi ada halaqah, lepas beriftar jamaie. Perbincangan dan perkongsian mengenai Syukur. Nampak simple benda ni bukan?
Atas apa pun yang kita terima sekarang ni. kita patut bersyukur. bersyukur pada siapa? mestilah pada Allah yang berikan kita segala nikmat ni. Nikmat hidup senang, nikmat kesihatan, nikmat kepandaian, nikmat ada ibubapa, nikmat berkeluarga, nikmat dikelilingi dengan kawan2 dan sahabat2 yang baik, nikmat makan, nikmat tidur,nikmat kesabaran, nikmat kesedaran, nikmat nikmat nikmat ..ohh.. banyaknya nikmat kalau nak disenaraikan.
even sakit tu pun satu nikmat. Allah bagi kita demam contohnya, mungkin sebagai satu kifarah untuk dosa2 kita sebelum ni. Allah bagi kita ruang untuk berehat, muhasabah diri yang semakin menjauh.Tak nak kita tanggung beban dosa yang bertimbun-timbun kat kubur nanti. Allah bagi kita selesema, hilang satu deria- bau buat seketika. dapat kita elak satu bala bau taik kucing yang bersepah kat koridor mahallah. alhamdulillah..
Kadang-kadang tu kegagalan dalam hidup buat kita tersedar yang kita masih tak berusaha kuat ke arah nak capai kejayaan tu. Kadang2 cakap je nak bekerja keras tapi tak pun buat. Kegagalan tu ajar kita jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya... Ataupun Allah tu nak uji sejauh mana kita boleh redha dengan qada' dan qadar ketentuanNya. Tak semestinya apa yang kita usahakan tu kita akan dapat directly or immediately sebab kita bukan maksum. tu semestinya. :)
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al- Baqarah, 216)
" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." ( Al- Baqarah,286)
Bersyukurlah atas segala yang ada sekarang. Positive dengan Allah and say Alhamdulillah!
Alhamdulillah.. saat ini masih lagi terasa segala nikmat itu ialah nikmat. InsyaAllah..
Best regards,
2 comments:
aku doakan kau maksom...hehehe
thanks AJ >,<
Post a Comment