Sunday, March 14, 2010

Cari kerja

Bila cuti lama2 ni, lebih kurang 4 bulan mulalah rasa bosan bila duduk rumah je. Mulalah melonjak-lonjak rasa nak kerja. Nanti dkt main camp, first sem kena support sendiri. Tu yg kena cari duit lebih.


Semalam pergi interview kerja. Interview gitu2 je dkt kedai baju area2 rumah. Maka mulalah interview panas antara aku dgn tauke cina kedai tu:

tauke: u boleh start kerje hari selasa depan. Basic rm7oo. masulk ini kerje pukul 10 pagi dan habis pukul 1o malam.
aku: *anguk2* (dlm hati cuba membayangkan, giler 12 jam! mcm kerja kilang kut..)
tauke: ade ape2 lagi mau tanye?
aku: sir, rehat mcm mana?
tauke: u kalau bawak itu bekal u makan dkt sini je. Kalau tak bawak, u beli lah dkt kedai di depan sana atau di mana2 u suka. Tapi, u kena bawa ke kedai dan makan disini. Sebab ye nanti, kalau ade customer mali u kene serve.
aku: ohh..
tauke: ade ape2 lagi?
aku: kalau nak sembahyang macam mana?
tauke: dekat sini i tak provide tmpt utk u semayang tp u bole pergi di warung di depan sana. u semayan berape kali?
aku: I sembahyang? nanti tengah hari pukul 1.15, ptg dlm 4.30, maghrib..mlm 7.30....
tauke: u mmg jenis org yg semayang eh?
aku: *angkat kening*
tauke: tak de..sebab di sini pekerja2 I semue tak pergi..

Huishh..masa aku dgr tu, tak panas pula telinga aku. Kalau pekerja2 dia semua cina,india ke apa aku kesah dia org solat ke tak. Ni semuaya anak Melayu yg memang dah tang2 lahir sbg Islam. Aku masa tu dah tak tau nk ckp apa dah kt tauke cina tu. Senyap je la.

Macam nilah masyarakat Melayu sekarang. Claim diri sbg Islam tp tak de langsung walau secebis nilai2 Islam yg dibawa. Masalah sosial tak yah ckp la. At least jgn la memalukan agama sendiri depan mata org2 lain. Aku nak back up pun tak tau nak back up apa. Tak kan nak ckp "ohh tauke, mungkin diorang dtg period sepanjang keje kat sini sbb tu tak boleh sembahyang". Tauke tu phm ape.. Aku bukannya apa. Kesian kat mereka2.. Aku pun tak de baik mana.

Pagi tadi baca2 lah artikel kt iluvislam ni. Tetiba terpandang satu arikel ni. Tjuk besar:
Jawatan kosong- jom apply!
aku pun ape lg, bukak la. Rupa2nya pasal ni. Ni aku copy paste utk dikongsi,



Temuduga: Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Wallahua'lam.





4 comments:

munirah.zulkifli said...

bagus2 tikah..dh tu ko keje mane nnt?kedai tu r?

nay. said...

entahlah..tengok dlu la selasa ni mcm mane.

eida said...

kdai cina mmg cmtu la tkah..ak da pena kena da b4 nie.kwn2 keje ak pkai tdung jek but solat xtw.tny sal kiblat taw lak.nsb bek ak ad hstel lu.

syahir abu sahmah said...

salam tikah,
tertarik dengn mainan hati kamu dekat kedai tempat kerja tu..
=)..mungkin ade hikmahnya kamu dterime bekerja di situ,
Mungkin Allah ingin kamu bantu kawan2 disitu yg mungkin belum berkesedaran tentang solat tu..
langkah seorang da'ie tu x mudah bukan?tapi insyaAllah kalau ade orang yg mengetuk pintu2 hati yg masih tertutup tu,lorong hidayah tu dah kita bawakkan, dan harap2 Allah berikan hidayah pade mereka..
hidayah tu milikNya kan??ade abang ni kasi tau sy,
mungkin kita boleh jadik ejen perubahan tu daripada saekadar menjadi pemerhati kepade perubahan..
insyaAllah..
semoga baik2 aja..=)
salam