Thursday, November 12, 2009

Azam (bukan nama orang)



sekadar hiasan...(suspect a!)

salam sejahtera pada semua..

3 minggu sudah aku berada di bumi cfs ini..bumi yg bertuah lagi mendamaikan.cewahh!!hampir 3 minggu juga tidak mengupdate blog ini.3 minggu menunggu elaun tak masuk2.3 minggu yg penuh diisi dgn segala pelbagai aktiviti di sini.

Ini adalah sem terakhir aku di sini. Hanya 12 contact hour saja. Weekend yang bermula Khamis:1 pm hingga Isnin:10 am setiap minggu.haha.. Amat sedikit berbanding rakan2 lain.hehe.. (jangan jeles semua!). Classmateku..jangan asyik tidur je ok=)

Kebiasaannya, kita akan berazam untuk setahun sekali. Tapi sejak menjadi student u ni (cehh!), azam aku akan di alter and diupgradekan setiap sem mengikut kesesuaian dan kehendak hati yang selalu berubah-ubah.

Contohnya, sem akhir ni aku nak isikan masa aku semanfaat yang boleh dengan segala macam program2 kat sini. Tapi more towards majlis2 ilmu dan progaram2 yang boleh hidupkan hati aku yang hampir nyawa2 ikan ni. At least keluar dari sini nanti dapatlah something. Tak adalah sia2 duduk sini study semata2 untuk score pointer flat-4.=p

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar." (Al-'Asr)

Seingat aku sepanjang sem1 sampai sem3 memang aku tak ikut langsung apa2 talk atau program kat sini melainkan join beberapa club. penat ex-roommate aku ajak,ajak dan ajak budak kepala batu ni (kesian su & fa). Memang rugi betul bila ingat2 balik, masa yang banyak dihabiskan dengan enjoy2 shopping, lepaking, socializing..Teruk giler!

Nasib baiklah tersedar sem2 akhir ni. Tersedar bila dah tak ada orang yang selalu ingatkan kita(padan muka! buat pandai je dulu).. Contact hour pun sikit so bolehlah join banyak2 program.

3 minggu ni je dah banyak program2 kat uia ni. PRESSS seeker week lah, SMAC(sports & martial art carnival), banyak giler talk best2, class tasmiq, usrah etc. Tapi tak adalah aku dapat pergi semua. Mana yang senang dihati dan ada masa usha2 lah..

Kesimpulannya, jomlah kita isi masa dan diri kita dengan benda2 berfaedah. Kurangkanlah benda2 menyeronokan hidup dunia yang menjauhkan kita dari Pencipta alam sebenarnya. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. Sesal kemudian tidak berguna.. (lebih ditujukan untuk diri sendiri)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ( Al-Baqarah:216)


thanks korang =)

2 comments:

Anis Juwairiyah said...

wah2..
at last..
blog diupdtekan!

;)...
congrte!
jgn lepas ni..
3 minggu untuk updte lagi..
sudah r..

atikah said...

haha..anis..anis..macam tak jumpe je setiap hari=p