Friday, November 27, 2009

Our choice..

Al-Fatihah..
Buat cousin aku,
Muhamad Arsyad bin Muhd. Raffik.
12 years old boy nak masuk 13 this january.
Arwah telah dipanggil ilahi lebih kurang 4.30 pagi tadi.
Meninggal sebab sakit jantung..
Alhamdulillah selamat dikebumikan before solat jumaat tadi.
Semua berjalan lancar.
Saudara mara pun semua ada pagi ni.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa.


Firman Allah Ta’ala:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)


Kematian.. Satu lagi peringatan buat aku dan semua yang masih hidup.Kita tak tahu bila nyawa kita akan diambil.Entah esok atau lusa atau sebentar lagi. Wallahua'lam.Selagi sihat ni, kita manfaatkan hidup kita semaksimum mungkin.Jauhkanlah segala maksiat, tingkatkan amal salih.Takutkah kita apabila malaikat maut datang mencabut nyawa,kita masih bergelumang dengan dosa?nauzubillah.minta dijauhkan.

Things're easier said than done.

Ya..aku tau.aku pun tengah cuba.aku pun tengah rasa. Bak kata orang dulu2; bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.=)

Insya-allah.Allah bersama kita.

No comments: