Tuesday, October 27, 2009

people

Jangan salahkan orang ..
jika mereka tak memenuhi cita rasa kita
sedangkan kita selalu tak ambil kesah pasal mereka
kita selalu merendah-rendahkan mereka..

Jangan salahkan orang..
kalau mereka tak menepati masa
sedangkan kita selalu buat mereka tertunggu-tunggu
dengan sengaja.
mungkin itu tanda protes mereka terhadap kita.

Jangan salahkan orang..
kalau mereka tak menjawab panggilan atau membalas message kita
sedangkan kita selalu buat tak nampak je panggilan mereka
kita hanya pandang sepi
dan teruskan kerja lain seperti biasa

Jangan salahkan orang..
kalau apa yang kita cakap tak diambil peduli orang lain
sedangkan kita selalu buat ikut kepala sendiri
Malaysia ni kan negara demokrasi

Jangan salahkan orang..
kalau nasihat kita tak didengari orang
sedangkan kita sama je dengan orang yang dinasihati
cakap tak serupa bikin!

kesimpulanya..
jangan salahkan orang kalau buat perkara yang kita tak suka
sedangkan kita selalu buat benda yang orang tak suka
jangan selalu menunding jari, mencari kesalahan orang
sekali, dua kali tak pe..
boleh diterima dan consider lagi..
manusia mudah lupa..
tapi kalau dah jadi habit...

takut2 hilang kepercayaan orang terhadap kita
hilang rasa hormat orang terhadap kita

kita mungkin tak nampak perasaan orang
mereka still mereka yang sama
tapi mungkin juga mereka itu malas nak bangkitkan isu

Bebaskan diri kita dari berhipokrit ini
kerana itu adalah sifat2 orang munafik
iaitu "bila bercakap dia berdusta, bila berjanji dia memungkirinya dan bila diberi tanggungjawab dia mengkhianatinya."


p/s:entry ni tiada dituju pada mana pihak.cuma pendapat seorang yang kurang cerdik pandai.mungkin releven untuk sesetengah pihak.mungkin juga tidak relevan langsung untuk sesetengah pihak.relevankah aku dihatimu?

2 comments:

hanis naziera said...

hurm..jgn slhkan org kalau tak terima kita,sebab belum tentu semua org terima kita..
=)

atikah said...

hmm..betul2.semua org ada hak masing2.tp jgnlah sekali2 memandang rendah atau perbodohkan org lain.let there be peace on earth.*smile*