Saturday, October 10, 2009

Marhaban ya marhaban!

Kumpulan Marhaban Kg Melayu Majidee

Hari ni aku ikut atuk pergi marhaban.Siapa yang unfamiliar dengan perkataan ni? Marhaban ni kind of traditional culture kat Johor ni (tak tau negeri lain macam mana) during Hari
Raya Aidilfitri.

Usually, setiap kawasan perumahan dekat Johor ni akan ada Marhaban group. This group, macam group atuk aku ni semua perempuan(mostly pangkat nanny) will go from house to house then adalah bacaan selawat ke atas nabi, pastu ada doa selamat untuk tuan rumah and bacaan2 lain. Time ni mereka akan berdiri dalam holaqoh selama lebih 15-20 minutes.

Habis semua2 tu, tibalah masa untuk makan2. Macam hari ni, siang aku dapat pergi 2 rumah and malam ni ada dalam 4 rumah including rumah atuk aku. Alhamdulillah., banyaklah dapat makan.hehe..Kalau ada rezeki macam aku siang tadi, tuan rumah buat sekali dengan majlis potong jambul cucu dia, so dapatlah makan daging kambing aqiqah yang fresh dan dimasak beriani. Yum2!!Kalau tuan rumah baik, dia akan sediakan plastic supaya kita boleh bungkus makanan bawa balik. And budak2 kecik macam aku akan dapat duit raya atau jajan(gula2/keropok).haha..=)

Jemput2=P


Rezeki jangan ditolak =)


Marhaban ni bukan setakat boleh build good relationship antara jiran, malah boleh menyihatkan badan. Untuk satu rumah je dah berdiri dalam 20 minit berselawat, pastu nak ke rumah lain kita berjalan kaki. Dari pukul 8pm sampai pukul 10 lebih tadi.huh..penat juga la. Respect la nanny2 yang stamina mereka, hebat!


Makcik2, nanny2 bersembang (beramah mesra)

p/s: gambar tak berapa ok.guna camera hp murah je =P



No comments: