Friday, October 9, 2009

Marvellous!

entry ini khas untuk rakan tanpa mesra, A*ir**.haha..Faham2 jelah orang itu ya! =)

Malam ini saya ingin bercerita mengenai makanan. Topik yang amat mengujakan saya kerana saya memang suka makan. Hari ini saja sudah berapa kali saya makan. Breakfast dengan apam bakar, time rapat umum dengan hazirah di sekitar Bandaraya Johor Bahru siang tadi juga kami sudah makan2, balik rumah makan lagi dan sekarang pun baru lepas pulang dari open house. Makan lagi!



Allah telah menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuh-tumbuhan serta binatang ternakan untuk manusia mengambil hasilnya. Dengan makan, bertambahlah tenaga kita untuk kita teruskan hidup dan menjadi khalifah di muka bumi ini.



Pelbagai makanan boleh didapati terutamanya di Malaysia yang tidak mempunyuai krisis kekurangan makanan seperti negara2 lain. Alhamdulillah.. Namun harus diingat, kita sebagai umat Islam hendaklah makan makanan yang halal lagi toyibah(baik/good) dan juga tidak melanggar syariat Islam sewaktu kita nak mendapatkan makanan tersebut. Anjing, bab-1, arak sememangnya HARAM.



Makanan yang halal juga mestilah dari sumber yang halal. Ingin berkongsi satu cerita mengenai ustaz arab saya yang amat menjaga kehalalan(??) sumber pendapatan yang dicarinya. Bayangkan, dia akan melepaskan kita orang betul2 pada waktunya. Tak lambat, tak juga kurang. Kalau dah habis awal tu, dia akan isi dengan nasihat, tazkirah sikit, sirah ke sampilah habis waktu kelas tamat. Kalau dia ada hal; lambat sampai kelas/kena habis awal/tak dapat datang dia akan minta izin dan minta maaf kat kita orang.



Kata ustaz, gaji yang diberikan adalah untuk setiap saat, minit dan jam yang dia ajar.kalau dia lambat 10 minit misalnya (dia cuba mengira +,-,×,÷, gajinya dengan berapa minit yang dia ‘curi tulang’..saya pun tak berapa faham sangat kira2 ni) berapa sahaja gaji halal yang tinggal untuk bagi dekat anak,isteri makan.Para suami/bakal suami-take note! Itulah kata Ustaz Afi yang amat menjaga tuntutan Islam secara syumul (menyeluruh/comprehensive). Ustaz ni sporting tau!



Cuba lihat diri kita. Dapat duit biasiswa guna untuk apa?? Kerajaan bagi untuk kegunaan pembelajaran; buku2,makan,duit tiket balik.. Kita pula guna untuk shopping,enjoy2, beli hp baru, tengok wayang (untuk peringatan pada diri yang kadang2 terlupa). Berkat ke duit kita tu?? Wallahua’lam. (dah luar topic makan ni)



Sambung balik pasal makan. Makan pun tak boleh sampai banyak2. Kena ada limit. Kalau kita makan terlalu banyak, bukan setakat menggemukkan malah menjadikan kita malas. Sebelum makan tu bacalah bismillah. Makan tu slow2, jangan gelojoh. Lebih baik ikut sunah nabi; kunyah 40 kali (nak lebih 40 sampai betul2 lumat pun boleh). Habis makan tu bacalah doa lepas makan. Kalau tak ingat bolehlah ucapkan Alhamdulillah.


******

Makanan Para Genius Islam

1. Madu
2. Kismis
3. Susu segar
4. Telur
5. Halia
6. Limau oren
7. Buah delima
8. Daging burung merpati
9. Otak ayam
10. Daging ayam (tak ckp kulit/lemaknya)
11. Daging biri2
12. Kekacang
13. Buah badam
14. Kemenyan putih(kemenyan serani/luban/kundar)
15. Za’faran (crocos sativus)
16. Bunga kobis
17. Bunga cengkeh
18. Labu

Elakkan!
1. Organ dalaman
2. Cikedis(fast food)
3. Minuman bergas
4. Jeruk2, asam2


p/s
#Kalau datang Johor jangan lupa try laksa johor, mee rebus, murtabak(size & kuah dia berbeza dari kat kl),nasi beriani, yong tau fu (lain juga.Ia berkuah), ABC(tinggi seperti puncak gunung yg bertoping aiskrim)+++
#Kawan2 kat uia jangan terkejut bila tengok muka aku naik cuti ni da chubby.hehe..
#Bosan tak entry aku kali ni A*ir**…haha..tak da unsur2 math k
#panjang juga aku cerita bab makan.he~~


Rujukan:

Mengendalikan Perut
Hukum Pemakanan Islam
Dampak Buruk Makanan Haram bagi Orang Muslim
Rahsia Pemakanan Genius Islam

4 comments:

hanis naziera said...

betul tu..kalau makan kene beringat2..ader jgk orang mati tercekik sbb makan..masyaallah..

Nur Atikah Yusof said...

haha..kelakar la u hazirah..tp betut2. Makan jgn ikut nafsu je nnt badan binasa.

SuMaiYaH said...

uih, motif sungguh letak kek regist! hahahaha

lindu sama kamu semuaa... apply dop utk 3rd intake? :)

Nur Atikah Yusof said...

Aku nak gi. Tapi ada induction course sampai 25hb. Boleh x? Dia 25&26 kn?