Monday, October 12, 2009

Jenis-jenis manusia- PART 2

entry ini adalah sambungan daripada 'Jenis-jenis manusia-PART 1'
bole baca dulu PART 1
nanti tak faham pulak =)
~enjoy reading, enjoy thinking!~


9. Orang yang sibuk:
Anda amat sibuk dan tidak mengambil berat waktu solat anda seolah-olah anda mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

10. Orang yang manis senyuman:
Apabila anda di timpa musibah anda berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman =)

11. Orang yang menangis airmata mutiara:
Apabila anda sedang bersendiri, lalu anda mengingati akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosa yang lalu sehingga mengalir airmata.

12. Orang yang kaya:
Anda bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak haloba dengan nikmat dunia yang sementara ini.

13. Orang yang miskin:
Anda tidak puas dengan nikmat Allah dan sentiasa ingin menambah-nambah harta kekayaan. Anak, isteri ditinggalkan semata-mata ingin mencari kekayaan duniawi yang tiada penghujungnya.

14. Orang yang pandai:
Anda sedar akan amal ibadat anda yang kurang, lalu berusaha mempertingkatnya dan bersiap-sedia untuk hari kematian kerana kehidupan dunia ini hanyalah seketika sedangkan akhirat kekal abadi. Tahniah! Anda memang seorang yang pandai.

15. Orang yang bodoh:
Anda beriya-iya berusaha kuat untuk dunia sedangkan hari akhirat anda abaikan. Anda sibuk mengejar tutorial,assignment dan pembacaan yang tak habis2 sedangkan solat wajib anda lambat-lambatkan. Jangan sampai nyawa anda ditarik ketika anda sedang berseronok-seronok dengan hal keduniaan.


to be continued..
last but not least =)

1 comment:

Anis Juwairiyah said...

ala....
sambungan lagi.
kecewa aku tau!;(..
aku rasa mcm dh bnyk sgt diri aku
dalam ketegori2 ni..

tpi seryes tanak jdi orng yg bodoh tu.sgt takut.
;(