Monday, October 12, 2009

Jenis-jenis manusia- PART 1

Dekat dunia ni ada macam2 jenis dan ragam orang. Namun begitu,kepelbagaian ini bukanlah bergantung semata-mata kepada masyarakat majmuk yang berbilang bangsa,iklim, mahupun keturunan anda sekalipun. Tapi kenyataanya, andalah penentu siapa diri anda.Yang mana satu saya, yang mana satu anda?- Selepas mengkaji jenis2 orang ini, anda bolehlah menukar diri anda atau remain untuk jadi anda. Tiada paksaan, tiada diskriminasi.

~enjoy reading, enjoy thinking!~

1. Orang yang sombong:
Semasa hidup, anda tidak mahu sujud pada tuhan yang menghidupkan anda iaitu Allahu Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala di langit dan di bumi kecuali jin dan manusia yang sombong.

2. Orang yang mati hatinya:
Apabila dibaca ayat2 al-Quran, Hadith dan cerita2 kebaikan, tidak ada apa2 kesan dalam jiwa anda untuk bertaubat.

3.Orang yang dunggu kepala otaknya:
Virus malas anda memang menjadi-jadi!Anda malas dan tak nak buat ibadat tapi anda rasa Allah tak akan menyeksa anda atas kelalaian anda dan boleh pula rasa tenang dengan kemaksiatan yang anda lakukan.Tahukah anda bilakah anda akan mati?

4. Orang yang kuat:
Bila marah tu, anda tak seperti orang lain yang mengamuk-ngamuk tak tentu pasal, baling semua barang dekat depan mata atau hempas pintu sampai nak tercabut engselnya ke. Sebaliknya, anda tahan marah, berubah posisi atau mengambil wudhuk atau membaca al-quran. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

5. Orang yang lemah:
Satu hari anda bersama rakan2 seperumahan anda berjalan2 di shopping complex berdekatan . Terserempaklah dengan seorang rakan yang sedang berjalan mesra, berpimpinan tangan dengan balaknya. Anda pun dengan seronoknya bercerita dengan rakan2 seperumahan anda tentang hubungan intim rakan anda itu,bagaimana mereka boleh rapat,betapa bestnya hubungan mereka, tanpa rasa benci dalam hati anda apabila melihat kemungkaran tersebut.

6. Orang yang bakhil:
Anda memang kedekut! Berat sangat lidah anda yang ringan itu untuk berselawat, bertasbih dan bertahmid.

7. Orang yang buta:
Anda tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran apatah lagi mengambil pelajaran daripadanya.

8. Orang yang tuli:
Dah berapa banyak kempen2, ceramah2, pamphlet2 diedarkan kepada anda dan mengajak anda untuk meninggalkan perkara2 mungkar dan melakukan perkara2 yang baik tapi anda buat ‘don’t know’ je. Macam benda2 tu hanyalah untuk tatapan semata-mata. Anda tetap dengan prinsip anda:

“biarlah aku dengan dunia aku..”
“Jangan sibuk hal orang lain, jaga tepi kain masing2 ok!”



to be continued..

1 comment:

Anis Juwairiyah said...

atikah..thnks ek.peringtn lagi...
tanak komen lagi..
ko smbung lagi part 2 tu.;)