Sunday, January 3, 2016

Discrimination

Bismillahirrahmanirrahim..

Yeah I have just found this suitable word for thing that has been joking by Ustazah  Mahaya Manap last Thursday (ohh I should contact her for my upcoming project after graduated Insyaallah) while reading an article for my ethics final examination tomorrow.

According to Oxford Advanced Learner' s Dictionary, discrimination is described as:
1. the practice of treating something or a particular group in society less fairly than others (because of age/ racial/ sex/ sexual discrimination)
2. the ability to judge what is good, true, etc.
3. the ability to recognize a difference between one thing and another.

On the other hand, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) define discrimination (or diskriminasi in Malay) as:
1. layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb. (kaum)
2. perihal atau perbuatan mengenakan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan. (harga)
3. perihal membeza-bezakan seseorang dr segi kedudukannya dlm masyarakat;(social)
4. layanan yg ber­beza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; (kaum)

People have generally agreed that discrimination is an unjust act of treating others based on their status, abilities, sex, racial and other standards. Of course, in some situations we hate this to  happen in our society and to us (especially) but in reality this is not the case. Perhaps we also practice it sometimes unconsciously  towards other people that we face everyday.

Fair and balance is very subjective things to measure. The same goes to feelings like love, hate, sad and happy. Different people interpret them in different ways in light of their own values and life experiences. Nonetheless, there are rules and code of conduct made by human and/or in line by our religion teaching that can be used by us as  guidelines.

I sometimes wondering, we always asking for our rights and justice, but do we actually know our rights and do we stand at the right place? Yeahh sometimes the answer is obviously and logically there for us to stand up, but in some situations it is better for us to keep silent while there is no way for consensus (maybe applicable to things that are not related to our aqidah).

haha.. I remember the ustazah said to us,
"Kalau Ahmad Maslan kata orang sekarang kena buat #2kerja dan berjimat, semua bising. Tapi cuba kalau mak ayah atau guru kita yang cakap mesti kita ambil je nasihat tu."
hahaha.. ada betulnya juga. Diskriminasi kita ni. Sekian.

So one of my #Azam2016 is to practice silent. Don't want to start argue with people anymore. Huh.. even I did it yesterday (damn). Oklah if the discussion or debates (that cannot be avoided) seems to have no end, I should be the one who give in and stop first. InsyaAllah. Pray for me!

Anyway, I like this quoting:
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, 
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

“Diam-diam ubi berisi”

Saturday, January 2, 2016

harapan

Bismillahirrahmanirrahim..

It's already entering 2016.. ohh time. I would say my 2015 was a year full of ups and downs, surprises, struggles and lessons.

Penutupnya yang buat aku kembali muhasabah dengan segala tindakan dan peristiwa hidup yang berlaku sepanjang tahun. Alhamdulillah syukur dengan segala aturan Allah.  Kita belajar dari kesalahan diri dan manusia sekeliling. Dan bawa sebagai pelajaran hidup untuk mengemudi kehidupan yang masih berbaki.

Kadang-kadang pelik dan amaze juga pada makhluk yang namanya insan ini. (haa.. sebenarnya pelik pada diri sendiri!). Dia mampu tersenyum walau kadang penuh gejolak dijiwa. Adakalanya menangis. Bukan kerana lemah, tapi terasa diri disuntik semangat dan kekuatan baru. Dan kadang-kalanya hanya berdiam, bukan mengiyakan keadaan tapi merasa yang kata-kata itu sudah tidak membawa apa-apa makna. Kematangan dalam me-respond sesuatu keadaan barangkali. Huh. *positive dengan diri sendiri.

Tahun 2016 diharap menjadikan diri ini lebih baik dari sebelumnya, berjaya untuk mencapai segala cita-cita yang telah dipasakkan dan dilindungi Allah dari perkara yang sia-sia.

Ya, satu perkara yang aku lihat membawa manusia untuk masih bersabar diposisinya adalah harapan. Harapan kerana percaya Allah tidak akan mensia-siakan usaha dan doanya saban hari.


Saturday, December 26, 2015

Budak-budak

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi ni teringat kat tiga kisah budak-budak yang buat aku senyum dan amaze sorang2..

Kisah #1

Ni dapat waktu call mama suatu masa dahulu.. ada sorang cousin aku ni, umur adalah dalam 4,5 tahun aku rasa. Perempuan. Satu hari ayah dia kerap keluar rumah malam2. Mungkin sudah lama diperhatikan. Dan mungkin juga sudah lama tidak mendapat perhatian ayahnya itu. Makanya, dengan hati yang tulus murni dan mulut yang sudah pandai berkata-kata, dia pun bertanya ayahnya: " Ayah kenapa asik keluar rumah je malam-malam? Sebelum ni takde pun. Ayah dah tak sayang ibu lagi ke?" Lalu terbisulah ayahnya, juga ibunya kerana takut-takut si suami berfikiran si ibulah yang mengajar untuk berkata-kata sedemikian.

Kisah #2

Beberapa hari lalu ke masjid. Sedang kalut-kalut bergegas ke tempat wudhuk sedang imam sudah pun mengangkat takbir, jalan di sebelah aku sorang budak kecil. Adalah dalam kira-kira 3 ke 4 tahun menengokkan saiz badannya. Aku perhati je. Dia datang sebelah aku lalu membuka sendiri paip yang rendah tu. Ingat nak main air. Tapi rupanya nak ambil wudhuk juga dengan aku. Amazingly dia buat ikut tertib yang betul walaupun tak sempurna, muka selamba je tak tengok aku kat sebelah. Masuk ruang solat, dia pun ikut sekali, sarung tudungnya dan solat di sebelah aku dan ibunya. Lepas saja dia buat sujud mendahului imam ketika rukhuk, dia pun menghabiskan solatnya dengan salam lalu keluar saf dan bermain dengan sahabat2 yang sedang menunggu di luar. Hampir saja aku tersenyum dengan kelucuannya. Walaupun wudhuk dan solatnya masih tak sempurna, tapi dari satu sisi lain mungkin dia dah tahu yang benda tu wajib buat.

Kisah #3

Semalam aku dengar satu perkongsian waktu usrah nurani dekat ikim.fm. Ada seorang tetamu jemputan tu bercerita perihal anak bongsunya yang baru berusia 3 tahun kut..Bila ditanya tentang siapa yang perlu kita paling cintai, pandai anaknya menjawab Allah dan Rasul. Siapa paling berkuasa, dijawabnya Allah. Apa yang perlu dibaca setiap hari, dijawabnya al-quran. Lebih kurang macam tulah soalannya (mungkin lain sikit tapi isinya begitulah). Si ibu yang berkongsi cerita ni kata yang dia tak pernah ajar pun anaknya bagi jawapan macam tu untuk soalan sekian-sekian. Tapi mungkin sebab biah yang diwujudkan dalam keluarga; hidupkan sunnah dalam keluarga, banyakkan membaca al-quran, abang kakaknya yang tahfiz dan sering kali dibawa ke majlis ilmu menjadikan kefahaman tu datang dengan sendirinya dari penglihatan dan pendengarannya. barangkali..

***

Nah gambar Zainudin dan Husna, anak Imam Idrees. Cute kan. Fasih bdk ni cakap Melayu
Aku rasa budak-budak kecil ni sangatlah bijak sekali. Fasa kanak-kanak yang mana dorang akan menyerap segala maklumat yang didengar dan dilihat yang kadang-kadang orang-orang tua (ibu bapa especially) tak sedar potensi tersebut. Mungkin moment waktu kecil sebahagiannya akan dilupakan bila dah besar tapi dengan pengalaman dan informasi yang disedut sejak dari kecil barangkali itulah membina karakter dan jiwa anak-anak ni bila dah besar.

Teringat sembang-sembang aku dengan seorang kawan ni, katanya dia lebih prefer anak dia ni bermain-main, cuba sendiri instead of kita ajar dia macam-macam. Takut anak pressure. Tapi untuk aku masa kecil ni lah anak-anak ni perlu di-guide dan dididik dengan macam-macam perkara membaca, hafal al-quran, music, bahasa, matematik dan lain-lain. Sebab umur macam ni memang otak macam span kering, senang nak serap dan kembang. Bagi aku yang pernah jadi kanak-kanak, pressure ni bukan sebab buat banyak benda tapi sebab kita buat kena paksa dan high expectation dari orang dewasa. Tambah lagi, kata-kata yang demotivate bila kita tak buat ikut certain expectation. hah.. tu memang pressure. Even orang besar pun rasa pressure macam tu. Tapi depends kat orang kut benda ni.

Dan betullah kata ibu kepada anak Kisah #3, ada 3 perkara yang nabi ajar untuk diterapkan dalam diri anak-anak ni yakni cinta pada Rasulullah, cinta pada ahlul bait dan membaca al-quran. Bila tiga-tiga ni dah tersemat betul-betul dalam diri anak-anak, Insyaallah anak itu akan membesar dengan jati diri yang teguh, walaupun campak kat mana atau belajar bidang apa sekalipun tetap agama akan jadi sandaran..

Nabi pun cakap, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orang tuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

So hang dah bersedia ke Atikah nak galas tanggungjawab yang besar ni? Hang 3 perkara tu pun masih fail lagi..huh. Aku rasa cukuplah post yang 'ringkas' ni untuk hilangkan hang perasaan nak kawen tu  (hahaha) dan ingatkan hang untuk belajar bersungguh-sungguh dan bersedia mental dan fizikal. Sampai masanya tu nanti semua halangan takkan jadi masalah lagi kan.. Takut hang gelabah plak masa tu sebab tak ready.

baby ni pun pelik tengok kau sengih2 kambing. haha

Wednesday, December 2, 2015

Nasihat untuk diri..

Bismillahirrahmanirrahim..

dan kepada future husband..

***

Diceritakan pada suatu hari ada seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.
Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."
***
Peace.

Saturday, November 7, 2015

Seribu alasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan hi semua!

Again setelah lama menyepi. Terasa nak post satu benda buat ingatan pada diri. Jumpa ni tadi waktu tengah belek2 file dalam laptop untuk disusun.


Tengok dari tarikh file ni disimpan, aku rancang angan-angan ni tahun 2012. 3 years back. Zaman muda yang penuh semangat dan penuh cita2. Makin meningkat umur ni rasa makin deteriorate semangat tu.

Bila tengok, rasa mcm aku just on the track.  Just nice. Tahun depan Insyaallah habis master.. tapi rumah tu mcm tak dpt je. 2017 sambung phd kat overseas. Dasyat. Sekarang ni rasa nak sambung dlm Malaysia pun fikir beribu kali. Entahlah.

Memang dalam otak sekarang ni ada 2 main concerns. Study. Family. Kadang2 tak tau nak cari titik penyatuan. Mama setiap kali call gaya mcm nak suruh keje je. Aku pula dalam dilemma nak teruskan bidang ni ke tak. Takut, tak yakin dan beberapa internal dan external factor buat aku rasa nak cenderong ke cadangan mama sebagai alasan untuk lari kejap dari apa yang aku buat sekarang. Hmm entahlah.. moga Allah tolong aku buat keputusan yang terbaik lepas master ni. Ohh kahwin pun dalam concern aku sekarang ni. Ni pun tak nampak lagi macam mana nak harmonikan dengan 2 main concerns kat atas ni.

Kita punya seribu alasan untuk lari dan seribu sebab untuk berjaya kan?Lalu kenapa kita asyik bagi alasan untuk menggagalkan diri kita? Huh.. persoalan ni sangat berat untuk aku jawab.

Ok. Bye. Caucincau!

Wassalam.