Showing posts with label nota hidup. Show all posts
Showing posts with label nota hidup. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Zindagi ek safar hai suhana..

Bismillahirrahmanirrahim..


Life is a worderful journey. Hidup adalah satu perjalanan indah..

Yeah. Indah perjalanan hidup yang dirancang Allah walau dalamnya penuh konflik, cabaran, pahit, manis, tawau, hitam, kelam, kelabu, celaru, segala macam yang semuanya menambah  perasa buat life ni untuk takde lah rasa plain dan dull aja. Rasa ups and downs untuk orang kebanyakan macam aku ni normal la kan?

Kalau kira fikir positif dan optimis, memang semua benda yang terjadi tu akan nampak indah je kan? Tak kisahlah benda baik ke buruk. Benda baik tu boleh jadi stepping stone untuk kita buat lebih baik, dan yang buruk tu sebagai reference untuk kita tak buat the same thing in the future. Tak ke indah hikmah perjalanan hidup kita ni kalau diambil pelajaran?

Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future..

Ni semua bahana novel terbaru hlovate, Anthem yang buat aku balik refleks diri atas apa yang dah berlaku dalam hidup aku and kinda motivation for life I think. Bersyukurlah dengan kehidupan yang ada sekarang sebab ada orang lagi hebat kut ujian dari Allah. Walau hanya watak dalam novel,, Perhaps, it's a good kickstart untuk aku yang baru start holiday dan tengah serabut dengan things yang datang yang rasa macam tak cukup nafas nak teruskan, yang tak cukup tanah nk pijak? Allahu Allah.. Moga Allah beri kekuatan untuk benda baik.

And it's really inspired on what kak jiji (in Anthem) said.

" The past matters. But only as a reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah."
 
" Bukan sebagai beban yang kita bawak ke depan yang buatkan kita rasa segan untuk jadi lebih baik dari semalam. Yang judge kita Allah, bukan manusia. Ingat tu je."

Dan masih tak terlambat lagi nak belajar walau umur dah menjangkau 23. Belajar untuk bersihkan hati. Belajar untuk hidup berlandaskan syariat. Belajar untuk ambil semua kebaikan bukan hanya untuk diri sendiri faham dan pegang tapi cuba juga untuk sebarkan kebaikan pada orang sekeliling. dakwah fardiyah (terms yang baru belajar malam tadi dengan kak wan) yang buat aku rasa tak senang duduk.huh.. 

And perhaps I need to learn how to take one step at a time…
Too much things datang bertubi-tubi untuk aku garap. Dan mungkin kena guna carta priority kerja yang fazril ajar time induction pkpim baru-baru ni. 4 petak urgent vs priority.



Zindagi ek safar hai suhana..

p.s: esok dah nak gerak ke upm untuk intern. 

06132013 1454

UTM with kak wan

Tuesday, January 29, 2013

Voluntary works dan usaha dakwah

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak sampai 10 minit entri aku sebelum ni dipostkan, sudah ada seorang blogger mat saleh komen dengan mengajak aku follow blognya yang memaparkan pandangan kristian. Pantas!

Melihatkan betapa gigihnya orang-orang Kristian menyampaikan dakyah mereka langsung teringat dekat talk Madam Martinelli Hashim sewaktu Volunteerism Conference semester lalu. Kata beliau anak-anak melayu kita punya kadar resilience (daya tahan) yang rendah. Betapa ramai anak muda sekarang yang mudah mengikut budaya-budaya luar daripada segi berpakaian, cara cakap, pergaulan sehinggalah ke cara hidup seharian. Malah ada yang sanggup menggadaikan akidah akibat terpengaruh dan kurang daya tahan dalam diri. Punca utamanya satu, kegersangan hati pada agama iaitu kefahaman Islam itu sendiri. Dan mungkin juga salah kita sendiri umat Islam yang tidak gigih dalam menyebarkan Islam ke seluruh pelosok manusia. Moga Allah ampunkan kelemahan diri kita dan moga kita semua dipelihara Allah di akhir zaman ini..

Madam Martinelli Hashim


Mengimbas kembali apa yang telah Madam Martinelli sampaikan sewaktu conference tersebut, kata beliau lagi;
 Jihad is not only going to the battle field. We have a bigger jihad here at IIUM, in our society.
Doing a voluntary works itupun satu medan perjuangan dakwah. Tapi bukan semudah bercakap. Ia memerlukan opportunity, capability dan interest untuk buat semua itu. Aku sendiri masih berjinak-jinak mempelajari selok-belok medan dakwah ini yang merupakan sunnah terbesar dibawa oleh Rasulullah saw.

Madam Martinelli juga mengetengahkan 5  issues penting yang perlu dilihat dalam kalangan remaja Muslim:
1. Aqidah
2. Drugs
3. Free sex
4. LGBT
5. Unity

Dan kata beliau lagi dalam membuat kerja-kerja voluntary ni, perkara penting yang perlu diatasi di kalangan anak-anak Melayu Islam terutamanya adalah mengenai isu moral dan resilience.

Akhir sekali, beberapa quote yang sempat aku rakam sewaktu conference tersebut,
If you do not go, you will never have what you want
If you do not ask, the answer will be NO
If you do not step forward, you will always be in the same place
Words are meaningless without action 
 Yes, words are meaningless without action. Aku selalu dilemma nak cakap takut-takut tak buat. Tapi takkan nak tunggu diri perfect baru nak cakapkan. Alamatnya memang tak sampai la sedikit ilmu yang kita dapat ni kat orang lain..InsyaAllah, berusaha selagi yang mampu untuk meneruskan usaha dakwah ni walaupun tak segigih apa yang telah diusahakan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

A195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al- Baqarah, 2:195)

p.s: lebih seminggu jugak conference ni 'menghantui' hidup aku. fuhh..- ____-'