Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah lama aku biarkan ia sakit. Aku sibuk dengan hidup aku. Kononnya mahu berusaha menggapai cita-cita yang murni. Tapi aku lupa (dengan izin Allah) dialah penggerak aku satu masa dulu saat aku pancangkan cita-cita 'murni' itu, saat aku dalam keadaan parah dan 'lost'. Dan kini dia sakit. Dia merajuk yang amat sangat. Aku sangat takut dia yang tulus ikhlas bersamaku dulu lari meninggalkan aku..
Ya Allah.. 3 minggu cuti yang bakal tiba ini aku harap aku dapat merawat sakit dukanya terhadap aku. Aku mahu melihat wajah ibu ayah aku dahulu, kemudian barangkali aku mahu pergi mengembara bersamanya yang rajuk buat seketika. Bersunyi- sunyian dengan-Mu. Melihat keagungan alam ciptaanmu ini. Dan aku mengharap dapat aku merawat kejauhan dia (dan aku tahu ia tanda kejauhanku kepada-Mu juga Ya Allah)...aduh rasa hati ini..
Semoga hati ini tidak meronta-ronta lari daripadaku. Semoga dia tenang. Tenang la walau seketika duhai hati. Tinggal satu paper je pagi ini. Dan aku janji (InsyaAllah) aku akan berusaha mencintaimu, merawat rajukmu dan menjagamu sebaik mungkin. Tidak akan aku sia-siakan masa 3 minggu ini. Biiznillah..
Ya farijal hamm, Ya kasyifal ghamm, Ya man li 'abdih, Yaghfir wa yarham.. Astaghfirullaha rabbal baraya.. Astaghfirullah minal khotoya..
No comments:
Post a Comment