Sunday, February 3, 2013

Himpunan Helwa Kebangsaan 2013 (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau sebelum ni aku biasa menghadiri (bajet macam selalu je -___-') talk atau conference yang lebih kepada tarbiyyah membentuk diri dan kekuatan dalaman, tapi kali ini Himpunan Helwa Kebangsaan 2013 telah memanggil aku serta wanita-wanita malah seluruh masyarakat yang sedar untuk bergerak di lapangan.

Aku sedar, himpunan ini telah memberi impak yang besar dan tanggungjawab yang berat untuk aku sama-sama berjuang di medan dakwah. Aku faham yang tugas dakwah ni adalah tugas kita semua umat Islam sebagai khalifah di muka bumi ini. Tapi seringkali keraguan terhadap kebolehan dan keupayaan diri membuatkan aku tidak memanfaat betul-betul segala nikmat yang Allah kurniakan untuk memaksimumkan potensi diri. Masih berusaha lagi untuk meningkatkan keyakinan diri.huh..

Ucapan Utama dari  Yg Bhg. Dato' Dr Siddiq Fadzil
Pertama kali aku melihat dan mendengar ucapannya sangat terpesona dengan gaya bahasa dan lontaran kisah-kisah pejuang-pejuang wanita di zaman Rasulullah yang disusun cantik sehingga aku tak mencatat langsung isinya di buku nota. MasyaAllah indah sungguh bahasanya. Malah tak terakam video untuk didengar kembali -____-'...Bulan Mac ni, kalau dr siddiq fadzil ni jadi datang uia, memang kena prepare camera untuk rakam.haha. Nak catat aku rasa, tak seindah apa yang didengar. Sekadar catat point2 penting mungkin boleh.

Dr Wan Azizah yang mendapat Anugerah Sayyidatina Khadijah



Anugerah Sayyidatina Aisyah pula telah diberikan kepada Allahyarhamah Khalijah Mohd Salleh. Pertama kali juga aku dengar nama ini. Tapi bila tengokkan travelog video sumbangan-sumbangan beliau sewaktu hidup memang sangat banyak. Al-fatihah buat beliau.

Gabungan 4 speaker mantop
Apa yang aku nampak, tokoh-tokoh wanita ini bukan sahaja giat dalam kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan sejak diawal remaja malah mereka juga adalah pelajar-pelajar cemerlang ketika menuntut dahulu. Ini bermakna, sebagai pelajar bukan alasan untuk kita tidak terlibat dalam kerja-kerja sosial dan lapangan dakwah. Tetapi penglibatan kita di medan dakwah ini juga bukan alasan untuk kita tidak cemerlang dalam akademik. Semuanya boleh dengan izin Allah dan komitmen pada diri.

Kata Puan Nordiran Idris, dalam berdakwah ini perlu istiqamah. Antara langkah untuk terus istiqamah di medan yang penuh cabaran ni ialah:
1. banyak diam
2. bersungguh-sungguh dalam beribadah ketika waktu sahur
3. biasakan lapar
4. beruzlah

Medan ini perlukan kita untuk beri komitmen, bermujahadah( memerangi nafsu) diikuti dengan tazkiyatun nafs(pembersihan jiwa) dan kemudian melakukan tindakan dan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.

Moga kita diberi kekuatan melakukannya..

No comments: