ohh tidak! dah lama giler tak tulis kat sini.
bismillah..
assalamualaikum n good evening everyone!
huh.. tak sangka masa cepat betul berlalu. dah masuk minggu ke-3 lectures. lectures yang berjalan laju macam kilat. tak cukup nafas je rasa. Alhamdulillah dipanjangkan umur juga oleh Allah untuk merasa kehidupan yang singkat ini. moga bermanfaat.
Cakap pasal umur, i'm now officially 21! saat melangkah umur 21 tu ingat lagi masih di Melaka. beraya di kampung. baru 4 syawal rasanya masa tu. dan lain daripada tahun2 yg lepas, mama bagi hadiah yg menakutkan dekat aku. katanya tahun ni mama kasi ' kunci kebebasan'. yup KUNCI KEBEBASAN yg selama ni aku nak. haha.. lawak bila teringat. tapi sekarang ni jadi cuak bila melihatkan segala keputusan, tindak tanduk dan segala benda yg aku buat akan jatuh di atas bahu sendiri.(ceh, padahal sejak aku baligh dulu dah memang dosa2 yg aku buat kena tanggung sendiri). semoga usia kita ini diberkati...ha.. hari tu juga seorang wira negara terkorban di somalia ketika membuat liputan di negara miskin tersebut. al-fatihah buat allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.. semoga penghujung hayat kita juga sama2 berada di jalan Allah..
hmm..
Semalam aku belajar something dari seorang kawan.. belajar untuk menerima segala teguran orang sekeliling. kadang2 kita tak sedar yang kita ni dah melakukan kesilapan.maka pentingnya orang sekeliling untuk mengingatkan kita. dan siapa sangka dengan teguran itulah kita boleh baiki kelemahan2 yg ada dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Itulah KUASA TEGURAN. kuasa yang dah lama diberi mandat oleh Allah dan diajar turun-temurun sejak zaman Rasulullah lagi untuk kita laksanakan. (atau mungkin anda lebih familiar dengan words amar maruf nahi munkar). Bukan mudah nak buat. perlu mengumpul segala daya kekuatan kut. tapi nak tak nak kena cuba dulu kan? thanks teman kerana menegur! :)
apalagi ye..
Seperti yang dijangka tahun ke-2 ni agak padat juga. tapi Alhamdulillah sem ni semua lecturers best2. what a bless. dr samsun dengan math method, dr pah dengan advanced calculus, dr nik intro to statistic, madam yati, and bro sharaff utk EAW (stands for English for Academic Writing) dan tak lupa kepada 2 lecturers edu yg fantastic lagi energetic, dr mohyani dan dr joharry.. Sem ni dah start ambil subjek minor.. insyaAllah aku yakin minor of education ni adalah pilihan yg terbaik buat aku. Apa yg terjadi lepas ni kita serah kepada Dia yang Maha Mengatur..
ohh.. memang byk betul benda berlaku sejak tiga minggu ni. khamis ada quiz. presentaion lagi. topik2 yang bertali-arus berlalu tanpa sempat dijengah dan difahamkan semula. hmm.. harapan cuma satu. sem ni moga berlalu dengan tenang dan jayanya. tak nak procastinate things banyak sgt. ..semoga mood gemilang satu masa dulu dapat dibangkitkan semula. Amin..
quiz pertama petang td :DDD |
thank you Allah for this wonderful life!
p.s: entry ni ditulis malam semalam tp tak sempat post sebab internet yg mcm siput. sekian.
1 comment:
xleh blah ade gmbr whiteboard ditulis oleh dr samsun..haha
Post a Comment