Sunday, July 10, 2011

suci bersih

Bismillahirrahmanirrahim..


Bersih 2.0 yang hebat berlangsung semalam mendapat liputan meluas dan negative daripada media massa dan rakyat tempatan secara amnya. Ramai yang tidak berpuas hati dengan perhimpunan ‘haram’ ni kerana menganggap ia satu tindakan yang memalukan Malaysia dan menyusahkan rakyat! Mana tidaknya, kebanyakan jalan-jalan menghala ke ibu kota ditutup, jalan alternatif menjadi sangat sesak sehingga pengguna jalan raya terpaksa berada di atas jalan raya berjam-jam lamanya luar daripada kebiasaan, para peniaga terpaksa tutup kedai dan menanggung kerugian yang amat teruk dan pelbagai lagi. 



Aku yang berada di johor bahru ni pun tidak terkecuali untuk merasa kehangatannya dan terpanggil untuk menyediakan satu post ringkas tentang perkara yang bakal melakarkan sejarah tanah air ni.

Bagi aku sebagai pelajar yang cetek ilmunya, tidak ada masalah untuk kita di negara yang mengamalkan demokrasi ini untuk melakukan sebarang demonstrasi selagi mana ia tidak membahayakan keselamatan rakyat jelata dan menjejaskan keamanan negara.

Mengulas dari kata-kata Dr Asri,

“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

Demonstarasi merupakan jalan terakhir yang boleh dilakukan sekiranya rundingan damai, bantahan bertulis dan sebagainya tidak diambilkira. Namun begitu, mereka yang menyertai perhimpunan atau demonstarasi ini perlulah mengikut tatacara yang betul seperti tidak merosakkan harta benda awam atau  menggunakan keganasan seperti mencederakan orang ramai untuk menunjukkan ketidak puasan hati.

Aku bukanlah pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Aku golongan’ ketiga’,  stabil atas pagar (belum masa yang layak lagi untuk condong  ke sebelah kanan atau kiri) dan masih memerhati. Aku melihat benda ni dari aspek yang berlainan. Jika benar apa yang selama ni dipegang oleh tampuk pemerintahan , maka tidak perlu ada kerisauan atau ketakutan untuk membenarkan bersih 2.0 untuk berhimpun dan menyuarakan tuntutan mereka yang aku fikir  merupakan salah satu reformasi yang baik untuk pembaikan dan perubahan untuk masa depan negara. Tuntutan mereka simple:

1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Sebagai pemerhati, aku rasa kerajaan tidak sepatutnya menyekat perhimpunan ini yang telahpun mendapat kebenaran  daripada Yang di-pertuan Agong sendiri kerana ia boleh menambahkan skeptikal rakyat terutamanya siswa siswi yang lebih tegar dalam mencari kebenaran. Lebih baik sekiranya disediakan medium untuk semua pihak bersuara tanpa ada deskriminasi. Parti-parti yang terlibat sama ada BN/PR pula tidak seharusnya mengunakan perhimpunan ini  sebagai medium  menjalankan adegan kepartian tetapi untuk mencapai satu  kesepakatan dalam sistem politik di negara kita pada masa hadapan.Y.akinlah kejayaan pasti akan dijulang oleh pihak yang tulus dan benar.sekian.





Best regards,

4 comments:

Syara Shin said...

Nice one tikah! Aku sependapat dgn kau. Aku tak faham kenapa nak bantah BERSIH ni padahal tuntutan dorang tu benda-benda yang baik. Aku sangat tak puas hati bila ada yang berbaju kuning ditangkap. Apa kes ni? Tu kan hak peribadi masing-masing?

Nor Amalina Mohamed Johari said...

:)

Perhaps diorang tak sudi dibersihkan?

Apa yang diorang suka is membersihkan mereka yang menyertai Bersih.

Wallahua'alam.

nay. said...

hak kebebasan suara yg selama ni kt banggakan..huh?!

bunga said...

hehe..tu dia cik tikah kita..banyak benda nk kena tengok kan bila isu macam ni. sungguh3 besar..yang penting,jangan cepat melatah. find the best way untuk kemaslahatan ummah :))