Sunday, February 6, 2011

Abang Maju

Bismillahirrahmanirrahim..

p/s: entry ini sedikit lagha. jadi bolehlah tekan Ctrl+w kalau ada kerja lain yg lg utama.


semoga terus maju!

Hari ni saya nak promote sikit bas bernama Maju ni. Bukan apa, khas untuk kawan2 yang biasa guna public transport untuk travel mana. Sebabnya,

1. Dua kali saya naik dari JB-Kuantan lalu jalan mersing yang belit-belit macam permutation tu tak rasa pening atau nak muntah.

2. seat dia amat selesa.besar, siap ada headrest pillow lagi. so, tengkuk memang tak lenguh la tidur dalam bas walaupun lebih 5 jam.

3. Abang drebar tu memang peramah habis sampai penumpang yang tak pernah tak tidur dalam bas pun boleh segar mata. lagi2 dapat seat 1A (sebelah drebar).serius, cukup peramah!

4. enjin dia bagus. ohh..saya bukan pakar bab2 ni. tapi bas ni baru lagi. Enjin baru 5, 6 bulan pakai. Jadi, probability untuk tersadai berasap tengah jalan amat tipis berbanding dengan syarikat bas yang dah lama beroperasi. InsyaAllah..

5. tayar sebijik rm1000! ni tak tipu punya. tayar bas express memang mahal sebab kena berkualiti untuk keselamatan penumpang. dan tayar bas maju ni ditukar sebulan sekali. syarikat tak rugi apa2 sebab dia ada bas henti-henti sekitar jb yang boleh guna pakai tayar yang ditukar oleh bas express ni.


bas henti-henti pusing2 jb
6. anda berpeluang untuk tahu info2 terkini berkaitan kawasan yang anda lalu ( kata, abang drebar peramah). contohnya, kisah gajah2 keluar sondol kelapa sawit sebab tak dapat makan musim hujan ni, tempat makan yang murah, tempat pancing ikan patin, kawasan rumah burung layang2( baru saya tahu sekarang burung layang2 ni da boleh ternak dalam rumah buatan. tak payah cari dalam gua lagi), cerita bas2 yang tergolek, nama pak cik yang berniaga kat tepi jalan, tengok rumah pm, klinik keluarga pm dan macam2 lagi. serius peramah. rasa macam naik bas pelancong pulak!

7. kalau rasa2 tak ada tiket bas nak balik tu, tahan je la bas maju ni daripada beli tiket dekat ulat2 tiket yang cekik darah tu.insyaAllah, kalau dia ada seat kosong, dia kasi naik punya. macam sorang pasangan suami isteri yang nak balik Mersing. Nasib baik pasangan tu berani nak tahan bas yang dah nak gerak. rezeki betul dapat naik.

8. sebab abang bas tu lah saya belajar untuk menilai sesuatu benda tu dari sudut positif. Positif kepada manusia walaupun seorang pengemis di tepi jalan, positif pada musibah yang penuh hikmah, positif pada fitrah alam yang terkandung pelbagai rahmat, positif pada Allah yang menciptakan dan merancang segala benda dekat dunia ni. betullah, bezanya orang yang berilmu dengan orang yang tak berilmu, orang yang berfikir dengan orang yang tak walaupun hanya pemandu bas expresss.kagum!



bertegur sapa dgn pemancing di tepi jalan
Rasa seronok tengok orang yang gembira dengan kerja dia. Tak ada tension2, pening2 kepala, ceria je. Saya pun nak. oh, abang ni kahwin masa umor 18. anak paling besar dah tingkatan 2 kat sekolah agama dekat gopeng. umur 17 da bawa trailer besar yang biasa angkut kayu balak tu. sekitar 90-an masa umur 23 da dpt kumpul duit beli honda civic. beli rumah. best tak? uissyy..banyak betul saya tahu pasal abang maju ni...tak cerita pasal anak dia lagi.. sebabkan saya kagum, saya nak dedicate satu pantun;

kerana madu setitik, sedap susu sebaldi,
kerana abang maju baik hati, saya kasi publish satu entry.

ok tak pantun ni?lepas ni korang boleh la try naik bas maju ni. Yang tahu dia ada pergi terengganu, jb, kuantan. negeri lain tak tahu la..
Note: point 4 ke atas, abang ni yang cerita.


***

"Kulihat kebahagian itu  bukan milik orang yang berharta banyak, melainkan kebahagian itu hanyalah milik orang yang bertaqwa."-quoted from dr Aidh


 

Best regards,

3 comments:

Sumaiyah said...

pergh memang maju lah tikah
1 malaysia!

hahaha

sesungguhnya tanda kebesaran Allah ada di mana2. beruntunglah bagi mereka yang menemuinya!

take care!

btw, harap2 tempat hang tak banjir noo

nay. said...

alhamdulillah..
jb setakat ni tak daq lagi.sistem perparitan da dbtulkan akhir tahun lps kt tempat2 yg biasaq kena banjir.hehe..
insyaAllah..

nay. said...
This comment has been removed by the author.