Monday, October 18, 2010

Cabaran muda mudi

Bismillahirrahmanirrahim..

Final exam semakin hampir!!ohh .. tidak. Rasa muak pula bila buka buku math..

Kehidupan kita lebih-lebih lagi bila tinggal berjauhan dengan family memang seronok selalu. Yelah, bila mak ayah jauh dari pandangan mata mudah untuk kita bertindak sendiri. Nak keluar sampai lewat malam tak ada orang nak marah, kita asyik lupa solat, ayah tak tahu,nak berjoli duit ptptn/scholarship, nak perhabiskan duit rakyat tak de siapa nak kesah, nak dating single/double date, beromantik,  menghabiskan kredit 200,300 sebulan pun tak pe. tak de siapa nak bebel.huh!?/

kita lupa ada kuasa yang lebih besar sentiasa melihat kita.
Ada makhluk Allah yang taat yang duk mencatat segala amalan kita tanpa rehat sesaat pun
kita lupa yang umur 20 bukanlah muda lagi, bila2 je boleh ditarik dan distopkan jangka hayatnya

kalau dulu time spm kita rasa kita dah belajar sungguh-sungguh tapi result dapat ala kadar je
kita lupa yang waktu tu kita selalu escape kelas, escape riadah sorok bawah skirting katil, orang berjemaah kat musolla kita sodorm (solat dalam dorm), orang pergi outing minta sign warden, kita punya kad outing putih bersih sebab biasa fly je.
keberkatan dalam hidup tu tak ada.

Nasib baik Allah Maha Penyayang kasi kita peluang lagi
at least dapat masuk u, walau tak di oversea. dapat hidup menikmati alam ni lagi
nak suruh kita berfikir dan berfikir dan insaf.
tapi tak insaf2 sebab kita ego. kita sayang nak tinggal benda2 yang sebati dalam diri.
kita takut tak ada orang nak kawan kepada kita yang 'skema jagung' dan yang tak 'up-to-date' lagi.

seperti kata kawan saya, tujuan hidup ni adalah untuk mencari mardatillah..
keredhaan Allah.
kalau kita fikir balik matlamat akhir hidup ni,
nak picit shower form orang lain dalam bilik air pun kita tak jadi buat
nak bawa periuk belanga, rice cooker dalam mahallah pun tak jadi.
bukan sebab takut kena compound rm50/100
tapi sebab kita ikut rules and regulation mahallah
supaya Allah redha dengan segala tindak tanduk kita kat muka bumi ni.

"One day We shall call together all human beings with their (respective) Imams: those who are given their record in their right hand will read it (with pleasure), and they will not be dealt with unjustly in the least. But those who were blind in this world, will be blind in the hereafter, and most astray from the Path." (Al-Israa, 71-72)

semoga mata ini tak buta lagi untuk menilai yang mana buruk dan yang mana baik
semoga hati ini tak keras lagi nak terima segala nasihat dan teguran orang
semoga akal masih waras dan sihat untuk berfikir dan berfikir
semoga kudrat masih kuat untuk meneruskan ibadat dan tanggungjawab dunia.
semoga bibir segar dengan zikrullah dan ucapan yang baik2
semoga diri ini bukan dari golongan cakap tak serupa bikin.bukan dari kalangan munafiq..
semoga keyayaan diraih bersama, bukan setakat dikertas exam tapi juga di kehidupan yang kekal abadi kelak.

p/s:entry ni khas untuk mengingatkan diriku yang sering alpa dan lalai dengan nikmat duniawi ini. Maaf jika ada yang tersinggung.



Best regards,

2 comments:

syahir abu sahmah said...

hihi..
dalam hidup ni selalu kan ade up and down nyer..
moga2 setiap kali down nyer tu datang,
mudah2han ia x jatuh lama n x bangun2..
hapar2 dikuatkan tuhan utk diri semula..
terime kasih juga atas ingatan melalui post ni..
hihi..
salam..
=)

nay. said...

yup syahir,
moga kuat utk bangun balik.
tp bila dah kt atas, jgn terlalu selesa sbb bila2 je boleh terjatuh kalau leka.
my pleasure, tq.
w'salam.