Sunday, September 5, 2010

Tabahkan hatimu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti untuk mid sem dah mula dah. 2 September lepas mahalah dah mula kosong. Ramai yang mula pulang ke kampung halaman masing-masing..cehh..selesai pun 3 paper maut. analytic geometry, number theory dan ungs..huissyy..

Petang khamis tu, lepas meeting ketua biro untuk program gathering raya lepas cuti ni saya bergegas keluar dari bangunan cts tu menuju ke kereta pak teh. Pak Teh ni ala2 prebet sapu untuk budak2 uia yang tak berkereta. macam saya.

lokasi: hospital kuantan, aras 2, icu 6

Allah..tak saya sangka keadaan beliau seteruk itu. Izwar..Dari jauh saya dah terlihat sekujur badan lemah, kaku di atas katil. Cuba gagahkan diri bersama Mun, teman sebilik yang merupakan classmate kepada Izwar. Kami sebak. Jelas kelihatan beberapa jahitan dikepala. Matanya, wajahnya, bibirnya yang penuh luka dan bengkak membayangkan betapa dasyatnya kemalangan tempoh hari. Allahuakbar.. terkesima sebentar di sisi katil..Ya Allah, berikanlah beliau kekuatan, bantulah beliau..

Berita kemalangan 5 sahabat tu amat mengejutkan ramai. Dua daripadanya merupakan classmate saya sem ini. hafiz dan akif. Hafiz dikhabarkan patah kaki dan bengkak2 di muka dan telah dipindahkan ke hospital ipoh. barangkali lebih dekat dengan keluarga. Akif pula hanya luka2 ringan dan telah pulang ke terengganu. 2 teman yang lain Izzat dan Muhsin tidak berapa pasti detail ceritanya.

Keesokannya, saya menemani 3 lagi sahabat melawat Izwar dan Muhsin sebelum kami pulang bercuti. Keadaan Izwar makin baik. Tapi nurse kata selagi dia ada dekat wad icu tu makanya masih belum stabil lagi. Tidak seperti semalam yang kaku. Dia mula bergerak kaki dan tangan dan cuba menggerakkan badannya apabila saya cuba bercakap dengannya. Pergerakannya agak aktif hingga saya terpaksa memanggil nurse untuk mengawasi takut2 habis tercabut tiub2 yang berselirat. Dia seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu tapi tak terluah melalui suara. Takungan air mata jelas kelihatan dimatanya. Perit rasanya berdiri lama di situ..

Kami bergerak ke tingkat 5 melawat Muhsin. Maknya disitu. Kasih seorang ibu, tabah berjaga siang dan malam di hospital menjaga anaknya. Muhsin kelihatan sungguh tenang. Redha dengan segala dugaan yang menimpa diri. Alhamdulillah..kaki pun dah selamat masukkan besi.

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Insya Allah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Keikhalasan mereka menuntut ilmu, susah payah mereka kuantan-kl-kuantan. Bukan semua kita sanggup. Insya Allah ganjaran pahala yang besar buat mereka yang sabar dan tabah.. Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku..


"Doa seorang muslim bagi saudaranya yang tidak berada di tempat adalah dipenuhi. Di sisi kepalanya ada seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan suatu kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat yang diwakilkan itu menjawab, Amin, dan bagimu seperti itu pula. (Diriwayatkan Muslim)


Best regards,

2 comments:

Nor Amalina Mohamed Johari said...

Semoga diorang diberikan kesembuhan untuk terus berbakti pada Deen. Amin.
p/s: Bestnya dapat lawat diorang Tikah :)

nay. said...

Alhamdulillah..berpeluang cz tiket balik lambat sikit. Insya Allah, berkat doa semua they'll be fine.