Sunday, July 4, 2010

Persediaan yang Lagi Penting

Bismillahirrahmanirrahim..

6 Julai 2010 bakal mencatatkan sejarah bagi pelajar CFSIIUM
yang bakal berangkat ke Kuantan
mahupun Gombak
untuk meneruskan perjuangan
dalam menyambung pengajian dalam bidang masing-masing.
InsyaAllah.

Mesti ramai yang tengah sibuk mengemas beg,
dokumen-dokumen, buku-buku.
ohh.. jangan dilupa kain putih untuk Taaruf Week!
hampir saja saya terlupa :)

Rasa berdebar-debar pulak..
sampai badan pun rasa dah suam-suam ni..
rasa macam tak bersedia lagi

Di sini saya ingin berkongsi tips dari
Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah
Tips Mencucikan Hati

Nak menuntut ilmu ni,
hati kenalah bersih supaya senang ilmu nak masuk (khas dituju untuk saya)
ilmu itukan cahaya
cahaya susah nak masuk dan lekat kalau hati tu gelap.
Tapi bukan setakat time nak belajar je kan?

Mari kita sama-sama amalkan!
Tak dapat buat semua, sikit pun jadi la..


Tips Mencucikan Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat





Best regards,

1 comment:

nasuha said...

best post!!!keep it up...hehehe